Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Dua hari sebelum kejadian minda sudah mula berfikir. Berfikir di luar kotak, jangkaan yang bakal-bakal terjadi, paling ditakuti apabila orang memandang dengan pandangan yang tidak adil. Entahlah, jauh sangat berfikiran walaupun tidak ada keperluan sebenarnya. Hari kejadian, aku memilih outfit paling simple, aku menunggu Auni dan Syafiqah bersiap untuk ke sekolah dengan tangan dan kaki sudah mula sejuk.
Degup jantung makin luar biasa, badan sudah mula menggigil. Oh my! aku bangun berjalan-jalan sekitar rumah dan minum air. Dokumen yang diperlukan ku belek lagi, doa dan zikir tidak putus ku baca agar urusan hari ini berjalan dengan baik. Dada mula rasa nak meletup, rasa sesak yang tidak lepas. Rasa hendak muntah pun ada. Aduhaiii! rileks Syasya, it's just a school. Fikir satu-satu, jangan fikir semua.
Aku cuba bertenang sebaik sahaja berbalas mesej dengan Sha. Dia minta aku menarik nafas dalam-dalam, buat teknik pernafasan. Aku mengalami penafasan yang pendek-pendek. Rasa nak pekak telinga pun ada. Menaip mesej pun shaking. Calm Syasya calm... just follow the flow, tak tahu tanya. Ignore yang lain-lain. Tersangkut dalam jem panjang memang memeningkan cuma dapat juga aku menenangkan hati, berbual dengan Auni bagaikan bercakap dengan diri sendiri. Dia tidak peramah seperti Arrizqi dan Adli.
Lalu di hadapan sekolah Arrizqi, dia sudah pun menunggu, tetapi aku hanya teruskan perjalanan sahaja kerana aku akan masuk ke sekolah Arrizqi nanti sebaik sahaja menghantar Auni dan Syafiqah terlebih dahulu. Selepas hantar Auni dan Syafiqah, aku ke sekolah kebangsaan balik semula, aku perlu masuk untuk mengambil wang bantuan awal persekolahan Adli dan Arrizqi. Aku membantu seorang ibu memimpin anaknya untuk sama menyeberang jalan sesak. Sesak dada kurang sikit bila dapat berbual dan Arrizqi mendapatkan aku di luar pagar sekolah.
"panaslah umie, mulut saya kering." ujarnya berpimpin tangan masuk ke sekolah semula.
"Ersyad tunggu sekejap, saya kena ambil duit korang dulu, kereta jauh tunggu tempat redup." aku memujuknya, dia memang belum sembuh demam sepenuhnya tapi hendak ke sekolah juga pagi tadi setelah dua hari bercuti.
Aku berjalan ke kaunter pendaftaran untuk ambil nombor, di sambut dengan senyuman dan huluran tangan Miss Nik, cikgu bahasa inggeris Adli merangkap jiran sebelah rumah. Ya Allahuakbar, emosi rasa sesak tadi beransur lega, hilang semua menggigil dan gelisah. Pandangan pun jadi terang semula.
"tahun lima sini, nak tanya rumah jalan berapa?" usiknya. Eh?
"jaga-jaga abang dia polis tau, haaa... Norerfan Adli nombor 22" ujarnya sambil menilik dokumen yang aku berikan.
"masuk dewan yang!" teriaknya lagi, apabila nampak aku hendak beratur di barisan tahun empat pula.
"nak nombor darjah 4" ujarku.
"oh ye! meh sini... shortline, akak tolong sekejap ni. Anak dia darjah 4, lupa anak dia ada dua orang." Miss Nik menghulur dokumen Arrizqi kepada yang menguruskan. Atas pertolongan semua di situ, dapatlah memotong giliran, terima kasih. Aku terus masuk ke dewan. Ke kelas Adli lebih dahulu, guru kelasnya lelaki, kemudian ke kelas Arrizqi, alamak ni kakak tadi yang ku potong gilirannya, hehe... tak apa menunggu sekejap aku nampak Nurul, temanku juga. Alhamdulillah dipermudahkan urusan di sini.
Aku menuju pintu pagar, Arrizqi menyambutku dan di sapa pak guard yang sama menunggu, pak guard seorang ini, peramah sangat denganku. Aku hanya balas dengan lambaian tangan, menuju kereta bersama Arriqi, berhenti menapau donat redvelvet dan air, Nurul berjumpa denganku semula. Kami berbual sekejap sebelum pulang ke rumah. Fuh! Alhamdulillah, syukran ya Allahuakbar, semuanya baik-baik sahaja.
Beginilah keadaan aku setiap kali aku berhadapan dengan perubahan jadual yang berbeza daripada biasa, tambahan terpaksa berhadapan dengan orang yang aku tak kenal. Semenjak aku sakit, aku jadi takut dengan orang ramai apatah lagi dengan pandangan orang ramai. Fobia. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih kepada yang membantu pada saat-saat diperlukan. Legaaa!
Semalam punya story, fuh!
No comments:
Post a Comment