Sunday, 18 July 2021

Hari loceng pintu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!  

Sungguh Allah swt memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas. - surah Ali Imran ayat 37.

Disaat aku hendak menyendiri, disaat siapa-siapa aku tidak mahu temui, disaat aku mahu dengan dunia aku sendiri, merendah diri, aku dilimpahi rezeki yang tiada henti sepanjang hari. Allahuakbar, murahkanlah, limpahkanlah, mudahkanlah, rezeki dan urusan para sahabatku, ahli keluargaku juga saudara-maraku sekalian. 

Tuan Asben masih berkerja, jadi aku mula menjalankan operasi mengorek dapur untuk menghabiskan sekalian bahan basah mahu pun kering. Kepadanya jika berkesempatan nanti, aku kirimkan list barang dapur berikutan paranoidnya aku hendak keluar rumah- mak belum vaksin nyahhh!!! 

Arrizqi kata dia hanya mahu nasi lemak sahaja, aku siapkan lauk sardin sekali, janji dapat main games- bertuah anak. Adli hendak pizza, dah lama tak makan pizza. Selalunya memang tuan asben je yang order, jadiii marilah kita order sendiri esok, bukan hari ini. Aku hendak menguli pau village berintikan coklat Delfi. Sian aku tengok botol coklat tu kontang-kanting dengan isinya yang masih banyak, daktiga tak suka sangat, dorang lebih suka yang harga kayangan tu jugak, Nutella. Arrizqi awal-awal tolak pau, dia memang tekak taktaulah, jarang suka makanan yang ala-ala minum petang or banyak tepung. Menu berat tak apa, pedas berapi pun dia makan. 

Aku buat saja pau village, bersila menguli sehingga doh menjadi, hehe. Mengukus dengan periuk beli di Langkawi, menggunakannya untuk pertama kali. Masa membeli tu kononnya untuk masak banyak bila ada tetamu hendak datang ke rumah, senang bila ada satu bekas yang besar, hrmmmm pkp tak habis-habis maka mohla kita guna siap-siap. Menjadi pau village berinti coklat, lenyap tujuh biji yang tidak sampai 5 minit diletak atas meja. Sedang melayan Kdrama, loceng pintu berbunyi, jiran hantar roti jala bersama serawa duyan pandan. Alhamdulillah, kenyang sehingga malam menjelma. 

Esoknya, order pizza pula, mengenang daktiga mentari atas kepala baru bangun, jadi kita santai-santai sahaja. Menunggukan Pizza, GrabFood pula yang sampai, jap-jap-jap macam aku kenal. Owh! sepupu  tuan asben, datang hantar seguni manggis kiriman abah dan Mija dari kampung. Mujurlah Mija sudah bagitahu di whatsapp. Amin- sepupu tuan asben terus pulang kerana dia masih on duty. Kembali menunggu Pizza by FoodPanda. Arrizqi  setia dengan handphone sambil berdoa agar Pizza sampai dengan selamatnya. Pizza sampai Arrizqi sambut depan pintu pagar, laju betul depa bertiga makan memang betul-betul menunggu Pizza, haha!. 

Seguni manggis daripada bapa mertuaku. Tq abah!
Parcel misteri. Terima kasih pengirim.


Biskut raya daripada Eina. 

Loceng pintu berbunyi lagi, satu parcel misteri sampai, datangnya  daripada Cyberjaya. Cyberjaya, ini sangat rare. Aku sangat jarang ada kawan daripada Cyberjaya. Sepanjang hari dok berfikir siapakah sahabatku yang berada di Cyberjaya, lengkap aku hantar butir kepada tuan asben yang masih di tempat kerja- manalah tahu scam ke kan?, mudah-mudahan yang baik sahaja datang kepadaku, inSyaaAllah. Tidak habis  keraguan dan kemusykilan, loceng pintu berbunyi lagi. Kali ini  datang lagi rezeki 24kotak susu, siap dengan biskut raya, aduhaiii jiran- baik-baik belaka. Aku selalu beli hasil dagangan Eina ni, rezeki untuk orang yang rajin. Cukuplah melihat daktiga ceria di hari cuti yang mulut hanya nak mengunyah sokmo. 

From Eina lagi, selepas mama di Johor buat tayangan, Eina pun hantar.

Stoberi kegemaran daktiga.

Habiskan semua yang ada di atas meja sehingga licin bersih. Aku dengan Kdrama tanpa kesudahan, daktiga dengan games memasing, minta buat kerja sekolah memang tidaklah. Cuti is cuti, no schoolwork please! Aku memang sengaja habiskan sekalian barang basah dan kering kerana tuan asben akan pulang dengan barang dapur nanti, dia sudah  pun beli. Sebaik sahaja tuan asben balik, rezeki masih lagi datang. Ya Allahuakbar, syukur penuh rahmat, mudahan rezekiku juga murah dan mudah sepertimana mereka yang suka memberi dan memberi dan memberi. Daktiga gembira sungguh. Emak happy bila anak-anak happy...! (majaaa!!!?)  Ok jom sambung My Roommate is Gumiho, but my Roommate is policeman!- sempat interframe. Alhamdulillah!

Sekian dulu entry  kali ini, hendak packing Chocodap's untuk kesayangan. Daaa... see ya!

5 comments:

Kakmim said...

Alhamdulillah.. murah rezeki cha.. yg parcel dr cuberjaya tu dh tau ke sapa pengirimnya?

ch@ said...

KakMim: taktau akak. memasing senyap tanpa berita.

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..Macam macam rezeki makanan tak putus putus sampai. betul betul hari loceng pintu ni. Sedapnya buah manggis tu. Terus rasa rindu nak balik kampung.

Ako Retna said...

gigih uli tepung pau ye..
lenkali pos sikit ke rumah k ret klu daktiga tu x abs makan hahaha..

tu dah selesai ke blm gumiho nya?
selamat menonton :D

ch@ said...

Azhafizah MN: syukur alhamdulillah.

kakRetna: hahaaa sampai pada kak retna, paunya boleh baling ke dinding, keras. Sudah habis Gumiho.