Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Alhamdulillah, aku baru lepas makan. Hari ini pekena patin masak tempoyak bukan aku masak, kakSu yang masak. Sedap betul. Aku memang masalah susah berhenti makan bila part babitkan tempoyak ni, haha! Terima kasih kakSu yang comel. Mari kita update insta menarik kecemburuan kakLynda, niat Syasya ni memang selalu terpesong aih! keke.
Semalam, aku telah keluar untuk menambah barang dapur, yang lemahnya kena ke atm untuk cashkan duit belanja, maklumla aku takde online-online banking ni, tuan asben tak galakkan takut aku galak pula berbelanja, sokeyla dah bertahun pun life tanpa online banking, hehe. So, after belanja satu boot kereta penuh, kakSu whatsapp mahu jumpa. Kali pertama berjumpa sepanjang PKP. Sebelum ni kami kerap sangat berjumpa menunggu anak-anak balik sekolah, kadang berselisih di jalan sahaja. So berjumpa la kami, hendak hugs-hugs tak boleh. Kan normal baru, kena patuh SOP, tambahan pula tempat kami berjumpa ni memang tempat orang lalu lalang. Hendak wefie pun terasa segan.
Jadinya, kami berborak sahaja. Tujuan jumpa tu, aku hendak beri dia tempoyak. Terkenangkan posting patin kakSu diinstagram waktu semalamnya, adalah sedap jika digulaitempoyakkan. KakSu minta aku tempoyak kebetulan memang ada banyak lagi dalam peti. Aku pula bukan la rajin benar memasak, portion untuk masak tempoyak ni bukannya banyak punkan? so kakSu kata share-share. Uiiish! mestilah aku suka-suka-suka. Tu yang jumpa jap tadi hantar patin masak tempoyak. Usah tanya aku resipi, google sahaja oke, aku hanya tahu makan sahaja.
Pagi tadi Khaida minta aku tunggu dia datang hendak hantar murtabak, aku pun dah lupa bila aku order murtabak ni, frozen. Nanti kita garingkanlah sendiri. Since tak ada bazar ni, all thing is do it yourself. Bila sudah sampai tekan sahaja loceng pintu, selama dia datang rumah aku dia taktahu ada loceng pintu. Sabar je la aku. Dua minggu lepas dia hantar tempoyak disangkutnya di pagar. Sudah hendak tengahari baru aku perasan whatsapp dan call dia. Aku lupa mana letak handphone, itupun sebab Arrizqi mengemas tilam baru handphone dijumpai, haha. Bila tengok waktu call-whatsapp tu memang aku sudah mula mengerjakan rumah, lekas aku tanya dia ada apa. Khaida bagitahu ada sangkut tempoyak di pagar. Adoiii kawan aku seorang ini kan...
Sudahnya, pagi tadi dia dok jakun main loceng pintu pagar, yang dia diluar memang la tak dengar apa-apa, yang di dalam ni naik pekak telinga. Selangi aku tidak buka pintu selagi tu la dia dok tekan. Khaidaaaaaa!!! jeballlll...
"mek,best la mek main benda ni." tangan dia masih tak diam.
"umiii bisingla!" Adli yang sudah bangun mengomel.
"tu cikgu hang la tu. woooi dah la, bingit dowh!" aku lekas-lekas mencapai kunci pintu.
"bestla mek, aku suka-aku suka"
"kau suka, yang kat dalam tu nak pekak dah!" aku mendapatkan dia di tepi tiang. She is Khaida, she is my bestfren ever.
"seb baik laki aku dah gi kerja"
"aku tau dia takde la aku tekan. kalo dia ada aku baik mek." hahahaa, that's it! Khaida-Khaida. Layan sewel dia memang kita sekali sewel. Korang ada kawan yang lantang begini tak? boleh main babacak kat pintu bank, boleh jatuhkan barang shopping depan kaunter bayaran. Humble, sporting, baik hati, ambil berat dan sentiasa ingat kat korang. If ada, jaga dia baik-baik. Sayang dia baik-baik jangan sesekali ambil kesempatan. Hargai sahabat begini, sentiasa ada susah dengan senang. Alhamdulillah!
Sebaik sahaja berborak panjang dengan Khaida, dia pergi untuk selesaikan urusannya, alhamdulillah. Aku pun mula mengelola rumah. Actually, aku handle dapur sahaja, daktiga akan uruskan bahagian-bahagian mereka sendiri yang telah diagihkan oleh tuan asben. Jadi ini sahaja aku mahu share, kikiii... janji update bloghijau. Alhamdulillah, kongsi rezeki, baik hati, sentiasa disenangi, usah iri hati. Kita sahabat kekal abadi. Allah swt sebaik-baik pertolongan, insyaaALLAH.
Hari ini hendak marathon kdrama apa ye! hihiii... Baru habis tengok Ex-Girlfriend Club malam tadi, Song Ji Hyo and Byun Yo Han so shipppp! wiii. Seb baik ending best.
6 comments:
Akak x pandai mkn patin tempoyak.. Hehehe.. Sbb tempoyak pn x mknđđ
Hahaha, patutla. sedap kakMim, terasa-rasa kat lidah. Duyan makan tak?
Assalamualaikum. rajinnya puan ch@ menulis. dtg tengok gambar je. ok bye!
Sedapnya patin tempoyak tu, untung laa rezeki org bagi kan
abangShai: hahaaa, oke bole je. lepas ni ai bubuh banyak gambar k.
kakNani: yes, lagi-lagi free. yummylicious!
Perghhhhhh!!
Feberet!!!!!
Post a Comment