Friday, 26 June 2020

Hari Kelahiran Eonni dan Tempoyak kakLyn.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Wah tajuk macam drama sketsa hahaaa, tapi memag dramatik sangat. Alhamdulillah aku seronok sungguh-sungguh. Semalam aku berbalas whastapp dengan seorang member yang kerap ku ajak ke kelas zumba bersama, kakak yang ku panggil eonni Conie itu sungguh sangat rindukan aku, aku hanya menyabarkan eonni bahawa jika ada rezeki kami akan berjumpa juga nanti. Aku on sahaja, cuma eonni berkerja lima hari seminggu, maka aku hanya menunggu lampu hijau dia sahajalah.

Sambil melayan dia, berbalas whatsapp dengan seorang lagi member zumba yang ku panggil kakak Zila, kakak Zila is tokey bakery (doakan), dia membuat kek kegemaran aku sekeluarga. Kami menetapkan untuk mengambil kek yang telah aku pesan. Kakak kata hendak hantar kek pada eonni yang berkerja di hospital sebelum berjumpa dengan aku, dengan tidak semena-mena dia terus mengajak aku pergi bersamanya. La sudah. Perbualan tergendala memberi laluan kakak ke kelas zumba. Aku sudah pun tidur sebaik sahaja kakak menyatakan akan menunggu aku jam 8pagi. What??? 8pagi? haduuuh, kena bangun pagi. But, dalam fikiran aku seronok juga pekena eonni nanti.

Jom la kita, aku bersiap bersaing dengan tuan Erwandi hendak pergi opis. Setel uruskan rumah, aku berpesan kepada Auni dan  kakak Zila sudah pun sampai sebaik sahaja aku meletak dan mengunci kereta. Dia memandu kearah aku dan kami ke hospital untuk bertemu dengan eonni. Sambil menunggu, kami bercerita. Dengan kakak Zila ni, memang tidak putus cerita dan ketawa. Dia sangat happening, aku memang suka berkawan dengan dia, bila dia tak suka dia cakap terang-terang dia tak suka, penat aku hendak gelakkan dia. Masuk air. Aku menyorok sebaik sahaja eonni berjumpa kakak Zila. Setel depa nangis-nangis hugs kakak Zila melambai pada aku, taraaaaaa.... 

Aku menyanyi sambil on video, halaaaaaaahai eonni ai miss you so much. Tidak sempat hulur tangan bersalam, kami berpelukan. Eh! penjarakkan sosial... insyaaALLAH kita jaga kita. Allah swt pelihara kita. Eonni sudah pun sebak, suara terharu dan terkejutnya sampai bercerita pun melalut-lalut. Aku pegang pipinya, mengucapkan ucapan sempena hari ulangtahun kelahiran pada hari ini. Ingin sahaja melepak di cafe berhampiran sambung cerita dan ketawa hingga ke petang. Mengingatkan eonni kena masuk berkerja dan kakak Zila perlu menyambung membakar kek, kami berpisah selepas mengambil beberapa keping gambar. Alhamdulillah! Aku dan kakak Zila kembali ke kereta, kakak mengajak aku bersarapan pula. Aku menerima sahaja pelawaan kakak dengan membawanya ke kedai berhampiran tempat aku meletak kereta. 

Kami sambung berbual lagi, isu viral, isu anak-anak, isu jadual belajar, alhamdulillah penuh perisian walaupun istilah pasarnya melepak, haha. So time berpisah, kakak dah halau aku pergi kereta. Dia lupa kek aku order masih dalam boot keretanya, mahu dan tidak aku ikut naik kereta dia sampai ke kereta aku, punya pemalas aku hendak berjalan. Selesai ber bye-bye kami berpisah betul-betul. InsyaaALLAH nanti ngedate lagi, cayalah. Kek kakak Zila memang sangatsyedapppp! Sampai di rumah, aku terus mandi, menyediakan menu untuk tengah hari. Sebelum betul berperang dengan dapur aku menerima whatsapp daripa kakLynda pula, oh hari ini aku perlu bertemu dengannya untuk memberi dia tempoyak. Aku memakai yang simple sahaja, yang penting hendak wefie. KakLynda, kawan aku paling setia masa awal-awal aku menunggu Auni balik sekolah, now dia sudah berpindah jauh, maka kami tidak kerap bertemu jika tiada apa-apa. Oho! aku rindu betul dengan perancangan luar jangka dia tu.

KakLynda sudah pun sampai waktu aku memberhentikan kereta, kami hanya berborak di tepi koridor sahaja, matahari sudah pun betul-betul atas kepala, panas. Selesai memberinya tempoyak dan wefie, kami balik rumah masing-masing. Sejak normal baru ni, aku malas hendak singgah mana-mana kedai, kena tulis nama, kena pakai mask, kena sanitize tapi fikir sudut positif, bagus juga. Tidaklah aku memboros membazir, haha. So sekian cerita untuk aku jadikan kenangan, alhamdulillah aku diberi peluang berkawan dengan mereka yang sentiasa ada bila aku perlukan. Syukur, InsyaaALLAH. Jom masak pula, hihiii! daaa... (simple je ending, tak sabar nak tengok mv Kim Sung Kyu!) keke.

Saeng-il chukhahamnida Conie eonnie, saranghaeyo jjinja!
Sempat aku buatkan kad beday 15minit sebelum keluar rumah jumpa kakak, hihiii!

Kakak, kau tahu kakak dulu ada orang pernah tanya mana hendak cari seluar macam kau pakai tu. Kalau hendak tahu, sila whatsapp, kahkahkahkah!

best partner.

KakLynda, jauh di mata, sentiasa dalam hati. 
Thanks untuk kek kakLyn. Tshirt aku buat hal. haha!lantak.


No comments: