A week after menyambut Aidilfitri, badan ai mula jadi tidak selesa dan tidak berada dalam kondisi yang memuaskan, apatah lagi perut meragam dek kerana masuk yang macam-macam makanan yang tidak terkawal sehingga akhirnya ai mendapatkan khidmat urutan tuan asben, hahaaa. Badan lega sedikit akan tetapi suhu badan mula mendadak naik, hrmmm yes ai is demam. Bila sudah masuk fasa 35 and above, ai lekas letih dan tidak mudah unttuk berkejar ke sana ke sini seperti umur 20an-kena akui. Hari ni demam, esoknya sihat sudah, ihiks. Emakkan? mana boleh jatuh sakit banyak hari, patah sumber mengunyah yang lain-lain di rumah ni nanti.
Semalam, tuan asben ajak ai berbekam. Sebelum ni pun, dia sudah buat dua tiga kali, ai sahaja yang masih dalam dilema. Nah, ajaknya ditengah hari, daripada tengah hari hingga ke detik hendak pergi ai membuat research tentang berbekam. Hati ai tak gagah aih, petah lagi melibatkan darah, pisau dan jarum, huaaa! Namun, berbekalkan ilmu yang sedikit tu, ai gagahkan diri. Berbekalkan semangat dua tiga orang sahabat, ai gagah hendak cuba juga. Mari kita cuba teknik berbekam, gitu! Fighting-fighting-fighting!
Sepanjang dalam perjalanan ai just diam, hendak research lagi kepala ai pening, sambil memikirkan apa yang bakal terjadi sekejap lagi, membayangkan bangunan bagai SPA dan akhirnya tiba di satu lorong. Tuan asben menurunkan tingkap tempat duduk ai untuk mengecam jalan, keadaan luar sangat gelap.
'Aiii, mana celah dia mahu bawa aku ni, usah macam-macam'. Dalam hati ja, haha! Sepanjang perjalanan tadi memang tak banyak kenderaan, mungkin masih dalam situasi PKP.
Tiba di sebaris rumah teres, ini macam mana situasi ni? mana bahagian depan, mana bahagian jalan rumah pemilik, tidak dapat ai kesan. Gelap. Ai hanya berdoa, sebab yang ai research siang tadi tempatnya bukan sebegini, ai mula hendak membanding beza but at the same time ai percaya suami ai, haha! Persepsi berubah apabila salam dijawab, keramahan pemilik premis membuatkan ai,
'oke, let's do this'. Pemilik sedang membersih rumahnya, walaupun tergamam dengan suasana bersih dalam rumah terbabit, ai juga masih dalam situasi menenangkan perasaan.
"abang hendak buat asing atau sekali?" pemilik bertanya pada tuan asben. Tuan asben hanya diam. Mungkin sedang menghadam sesuatu dalam kepala.
"buat serentak je la, boleh habis sekali jalan." ai menjawab sambil melangkah kaki ke bilik yang di arahkan. Melihat keseluruhan premis dan keramahan isteri pemilik menyambut ai, membuatkan ai sangat lega, bagaikan sedang bersembang dengan kawan-kawan, seronok.
Tidak mahu membazir masa, proses berbekam diteruskan, Izzati bertanyakan soalan-soalan basic sebelum memula proses, pernah berbekam atau tidak, selalu sakit di bahagian mana, sambil dia mengurut belakang badan ai mencari tempat-tempat tumpuan untuk dikerjakan kerana ai kerap sakit belikat kiri dan membawa ke kepala.
Izzati membuat sedutan angin sahaja, sambil berborak sambil tangannya berkerja, sekali sekala anaknya yang berumur 2 tahun masuk menyertai. Sedutan angin ni untuk kebaskan bahagian yang akan dicucuk dengan jarum halus sebelum disedut darah bertoksin keluar. Aku percaya, if ai can, mampu melaluinya kawan-kawan lain pun boleh melaluinya juga, apatah lagi yang berpengalaman bersalin secara normal, haha. Ada kaitan tak? Sakit bersalin lagi dasyat, korang boleh harung jahitan miss v, setakat cucuk berbekam, insyaaALLAH boleh!
So process cucuk jarum tu simple ja, macam stapler... tap-tap-tap setel satu tempat sedutan angin tadi, dan buat sedutan, sedutan ni perit sikit but it's oke, tahan sikit je. Ayat paling win yang ai berlegar dalam pala otak masa buat research siang tadi, "belum ada yang meninggal kerana berbekam." insyaaALLAH-insyaaALLAH. Masa proses sedutan tu, terasa-rasa darah mengalir dibelakang badan, tidak sempat pun ai mengira berapa cup. Tuan asben kata, 12cup. Izzati sangat peramah, cekap tangannya berkerja sambil mulutnya melayan mulut ai, barulah tak krik-krik kan?
1cup buat dikepala, darah bertoksin paling banyak ialah di bahagian bahu dan juga pinggang, nampak tak? betapa berat bebanan yang ai pikul selama ni? Dua tiga kali Izzati habiskan proses di dua tempat terbabit, memang part tu sakit daripada bersalin Auni lagi. Pegal-pegal gitu. Darah bahagian tu pun pekat likat macam jelly, ewwwwwww! ai is geli nak ambil gambar aih! tengok darah sendiri pun da rasa pening-pening lalat. Itu sahaja prosesnya. Habis keseluruhan, ai sudah duduk bersembang menanti tuan asben yang masih lagi dalam operasi.
Dalam perjalanan balik rumah, bersembang dengan tuan asben diiringi radio Era. Tengah layan-layan terdengar pula lagu I'm in Trouble, lagu Nu'est yang paling terbaru, wow! rasa hendak senyum sampai telinga. Balik rumah, makan selepas sejam berbekam dan tunggu lagi 2 jam sebelum masuk tidur, nak skip makan memang tak boleh sebab ai is lapar tahap naga. Sebelum berbekam pun ai tak sempat makan, memang dan tahap kelaparannya.
Oke sini ai kongsikan premis yang diusahakan oleh suami-isteri tempat ai dan tuan asben berbekam malam tadi. If korang masih takut, ada baiknya buat research lebih dahulu. For me alhamdulillah! kita doakan bersama, agar serasi dengan ai.
http://mastachaah.blogspot.com/
Pagi ni, masih terasa miang-miang tempat berbekam, tuan asben kata ambil masa hendak baik, kan luka kena cucuk tu masih baru lagi, sabarlah, haha! Owh, tempat belikat yang sakit tu, da lega la, syukurnya. Pegal-pegal bahagian dada kiri pun hilang. Hilang ataupun belum rasa lagi, ai pun tidak tahu. Ai berdoa moga hilang terus sakitnya. Syukur- Alhamdulillah.
Okelah, ai takde picture malam tadi, di SPA kan so lupa nak ambil picture pintu masuk tu. Tambah-tambah sudah gelap malam. Jadi ai stop sini dulula, jumpa next entry, daaa.
Love: Syasya
3 comments:
tak pernah bekam lagi. nak try juga la satu hari nanti.
abangShai: sila try sila.
Ibu tak pernah buat bekam sesekali berbekam bagus jgk kan.. 😁
Post a Comment