Saya hendak sahut cabaran 30 days blogs challenge yang saya jumpa di blog sha whitey mommy kebetulan, saya sedang mengadap blog pada 1 Nov. 2014 jadi saya bermula pada hari ini. Bila sudah sahut, in shaa Allah mari kita lihat entry pada bulan November ini.
Day 1, 1 Gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.
Minta maaf, pembaca terpaksa tengok muka empunya bloghijau yang tidak seberapa ini. Sejak anak-anak membesar bagai juara, emak dorang pun terikut sekali. Pipi melimpah, jerawat tiba-tiba bertambah. Gambar selfie suka berangan ni di ambil sebaik sahaja pulang daripada menghantar Auni ke sekolah, hehe. Minta maaf, sila tunjuk ajar.
Fakta tentang saya,
Suka hijau, entahla sejak daripada zaman sekolah sehingga sekarang saya memang suka warna hijau, lagi-lagi bila melihat padang rumput yang menghijau, owh sungguh indah andainya dapat berguling dan bergelumang bagai waktu menjadi atlet olahraga satu masa dahulu.
Gambar fail, koleksi dapur saya yang hijau.
Suka paper art, saya ada blogoren untuk koleksi yang saya pernah buat untuk kawan-kawan, mereka minta saya buat, jadi saya buatkan untuk mereka dan saya tidak punya copy untuk saya sendiri melainkan abadikan sahaja dalam blogoren. Dahulu, hobi saya ialah menconteng atau melukis pada buku nota kawan-kawan. Jangan beri saya pen dan kertas, memang habis akan saya kerjakan. Bila mendengar ceramah atau pengajar di depan, sambil menumpukan perhatian yang tidak seberapa, saya akan conteng nota. Begitu juga sekiranya saya berasa bosan tahap entahlah tak boleh hendak gambarkan, saya akan conteng diary saya.
Ini merupakan karya baru saya yang diminta oleh bekas rakan sekolah saya.
Suka sedondon, mudahnya apabila sedondon ialah bawa anak-anak ke kedai, mereka sudah pastila bertempiaran rak ke rak, bila sedondon in syaa Allah orang sekeliling akan turut sama alert itu anak-anak saya. Mudah juga untuk saya perhatikan mereka bertiga. Ye, saya sudah punya anak tiga. (termasuk fakta gak ni, dua dalam satu).
Cinta saya, hati saya, dan jiwa saya.
Suka novel, selain sibuk dengan kerja rumah saya suka baca novel bila badan sudah penat, mata pula minta rasa hendak tidur saya akan menonton tv sambil baca novel. Sebenarnya, saya suka membaca, apasahaja. Tapiii baca sahaja la, kadang-kadang ada sikit yang simpan dalam kepala, selebihnya baca then lepaskan macam tu sahaja, hahaa. Saraf otak sudah berselirat hendak menampung maklumat.
Novel saya pada kedudukan tingkat atas sekali.
Fakta terakhir tentang saya, saya suka baca quote yang boleh mempositifkan diri. Semenjak saya menjadi seorang pengurus rumah tangga sepenuh masa (fakta lagi) saya tidak mahu lagi berada dalam mood terlalu merendah diri. Betul, urusan saya yang bergelumang dengan kerja rumah sahaja menjadikan saya seorang yang cepat terasa, cemburu, iri hati-sama je kan? dengan orang yang berkerjaya. Akan tetapi jalan ini yang saya telah pilih bermakna, jalan ini jugalah yang akan saya lalui. Eh, saya ada satu quote atau sajak atau puisi-entah apa-apapun boleh tentang diri saya secara keseluruhannya.
Nampak biasa punya banyak rasa. Nampak tak apa-apa tapi hati berduka. Nampak ketawa bahagia hakikatnya memendam rasa. Nampak tenang bersahaja namun banyak rahsia. Nampak kental tiada tara tapi bagai tak berjiwa. Aku bukan siapa-siapa.
Haaa, amacam? sudah kenal dengan saya? tak kenal maka tak cinta bukan? hihiii. Sekian sahaja entry pada hari pertama cabaran 30 days blogs challenge. Jumpa esok hari, salam sayang.
6 comments:
Umi comel umi comel umi comel
In shaa Allah x ada aral mggu dpn umi dtg umah ya pintu dh bkk blk.. Muahxxx!!
Cha Syomel..
peminat hijau. tak minat bunga :P
fakta yang menarik...
hahahhahahaha
umi muda yang berjiwa wajar...
fakta jugakkan...
yeahhh bermula hari ini .. dan bulan november.. blog akan meriah entry setiap hari sbb ada challege kan.. kan...
ibu Aqil: yeay! like ribu2 kali.
Sha WM: oh terharu, kenal sgt ngn saya kan?
kak Jue: berjiwa waja eh, sama la kak Jue jg, mcm2 rintangan kak Jue dah lalui.
sis Yana: in shaa Allah doakan kesihatan sy utk update setiap hari.
Wowwww...hijau..sejuk mata tengok koleksi hijau.
Post a Comment