Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Daripada tempat saya menaip ni, terdengar hiruk pikuk tiga beradik sedang mandi. Dalam kekecohan, jerit pekik, terdengar lagi suara lantang Adli bermelodi lagu twinkle-twinkle little star. Melodi sudah ada, butir perkataan masih tidak fahami. Sedang Adli bergalak, jeritan Arrizqi pula bergema, sudu plastik kesayangan di ambil orang la tu, Arrizqi budak sudu, dia suka pegang sudu. Sebelum dihentikan dengan jeritan kakak Auni yang mengatasi kelantangan suara dan kebisingan suasana.
"Aaaaiiieee...bosanlaaa lagu tu" bajet sudah besarla, tidak main la menyanyi lagu twinkle-twinkle little star. Ok kita dengar pula apa yang dia mahu nyanyi...
"tanggal 21 bulan lapan enam puluh tujuh, bendeka-bendeka...." hahahaaaa terbahak-bahak saya ketawa dalam senyap. Saya senyum masa manaip. Aigooo Auni, semua sudah kasi tukarkah? Lepas tu, terdengar lagi melodi yang bercampur aduk, menambah bingit suasana. Ok, saya bangun sergah masuk bilik air dan siapkan seorang demi seorang.
Itula suasana bila masa Auni ada di rumah, dia siapkan adik-adiknya dahulu barula dia paling akhir bersiap. Mudah memang, tapi lepas tu mulalah saya pening memeriksa bilik air yang tunggang langgang. Nanti sudah mandi, konset lepas mandi pula, seoarang dengan gitar mainan, seorang dengan piano, gempar tapi sila jangan puji. Kebiasaannya selepas di puji, konset yang tadi meriah akan bertukar medan wwf, haaaa sarang tebuan jangan di jolok, bersiaplah kalian semua apabila emak menjadi pengadil. Kan pepatah ada kata:
Having one child make you a parent,Having two makes you a referee,Having more than two make you a bouncer!-you e cards-
Itu kisah trio saya. Saya melodramatik, jadi lagu kesukaan saya ialah yang (sila sambung sendiri) pembaca pun boleh agak saya suka lagu yang bagaimana, betul tak?
Day 8, 5 lagu cinta kegemaran anda.
1- Percaya padaku by Ungu.
2- Ku ada kamu by Adira.
3- Dengarlah bintang hatiku by De' Meisis.
4- Aku ada kerna kau ada by Radja.
5- My boo by Usher ft Aleycia Keys.
Itu top five lagu cinta yang saya suka hendak dengar, kalau dapat nyanyi tang chorus dalam kereta yang dipandu suami, itu adalah memory paling sempurna. Bila part tersalah lirik, memang blushing tidak hengat ditambah dengan gelak suami, hahahaaa. Sebenarnya, saya suka je dengar lagu apapun, nasyid pun suka, lagu omputih pun suka, lagu Korea pun suka, lagu patriotik pun boleh, dengar sahaja. Penghibur halwa telinga, saya tidak suka keadaan yang sangat sunyi. My mama selalu bising, kata saya belajar tak khusyuk, buku di hadapan mata kedudukan saya berhadapan radio atau televisyen, hehe. Bila membaca, telinga tersumbat earphone macam mana hendak masuk, so far alhamdulillah habis juga diploma saya.
Saya lebih over feeling apabila mendengar lagu secara akustik atau lagu yang dimainkan dengan satu sahaja alat muzik, gitar atau piano atau seksefon. Saya lebih kepada piano. Alahaiii, tangkap leleh lagi-lagi lagu cinta top 5 saya dimainkan, bestnyaaa.
By the way, lagu nombor 4 dan 5 itu ialah lagu cinta saya dengan suami, owh! rasa macam muda semula bila terdengar dua lagu tu berkumandang. Terbayang zaman awal pertemuan kami berdua. Awww! hahahaaa.
Jerih saya memujuk dia membuatkan satu kad istimewa untuk saya.
Gambar fail, lagu dia untuk saya, lagu saya untuk dia. Saya lekat dalam album perkahwinan kami.
Daripada saya, ada lagu, ada pantun, ada sajak, ada esei, ada quote, ada gambar, ada warna, ada kartun, ada tikar, ada hati...wow! on that time love is in the air uols...
Owh, semua daripada bahan terbuang ye, majalah dan komik terutamanya.
Hasil tangan dia kepada saya, saya saaangaaat menghargainya sebab saaangaaat susah hendak dapat.
Betul, saya simpan hingga sekarang. 11 tahun berlalu.
Eh, minta maaf saya terover cerita pula, patut cerita lagu sahajakan? da termasuk the whole life story pula, hehehe! Biane. Oklah, cukupla untuk hari cuti ni, salam sayang jumpa lagi. Daaa...
5 comments:
percaya padaku dengan aku ada kerna kau ada best juga dengar..:) kita pun suka juga dengar..
kira layanlah kalau terdengar kat mana2
hehehe panjang naw umi cha menyahut cabaran.
idea sentiasa mencurah bak air terjun..
I is buntu, tapi gedik nak sahut cabaran :P
Bab jerit pekik dlm bilik air tu biasa. Kdg2 bingit tp mls nk layan. Dgn bapaknya x blh. Mst srh cek apa kes smp terjerit2 dlm blk air. Tp Alya ada kerja mmg sng. Aus dia yg mandikan. Mak siapkan baju je. Hehe...
Sha WM: hahahaaa, nak taip sikit je. jadi panjang sentiasa. lagu tu mmg bestkan...?
kak Sal: betulla tu, jerit pekik biarkan, yg tak best bila ada yg nangis. takpun dgr ada yang jatuh terhantuk, mmg emak kena masuk campur.
kiki biasalah tu ... kalau dah jari menaip mcm² idea yg keluar jadinya hihihihi .. dulu suami akak suka tuju lagu anuar zain .. dia x puitis katanya .. tp lagu² anuar zain kemahin lg di tujunya .. bait² kata pun indah jooo
sis Yana: haaa tu ar, lagu anuar zain smua meleleh. jiwangs.
Post a Comment