Wednesday, 12 November 2014

Harapan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bercerita tentang wishlist, untuk masa terdekat ini saya hendak beli skirt yang cecantik tu. Yang kekembang tu. Yang memacam warna tu. Yang murah-murah je. Kenapa? saya hendak tukar penampilan saya sedikit, saya sepertinya sudah segan hendak pakai seluar jeans. Jelasnya ia sudah sempit dengan kaki saya, Sobs! Okla, saya mengaku, saya sudah berisi berbanding anak dua dahulu.

Di rumah, saya hanya memakai baju kurung. Selesa. Mudah untuk keluar dan masuk sama ada ke kedai atau ambil dan hantar Auni pergi dan pulang sekolah.

Hendak minta saya segan,
Hendak beli saya tiada simpanan,
Hehe, saya utamakan mana yang perlu dahulu, maklum sahajalah kakitangan awamkan telah bergaji awal tempoh hari, jadi saya kenala sedar diri. Keperluan anak-anak dan rumah mesti yang pertama.

Lepas skirt, saya hendak kasut sukan. Owh! hendak buat apa? saya ada family day bulan Disember nanti, saya hendak masuk acara, saya hendak berlari satu padang, saya hendak hiburkan hati bersuka dengan keluarga, jadi pakai kasutkan mudah.

Lagi, saya hendak khatam Al-Quran. Saya perlu bertekad bersungguh-sungguh sehingga ke akhirnya. Saya hendak belajar tajwid semula untuk mengajar Auni pula. Perlu. Sangat perlu.

Lain, saya hendak habiskan hutang piutang keliling pinggang, pening kepala bila hutang tidak habis-habis ini. Dalam kurungan, hutang tupperware, hutang baju anak-anak, hutang-hutang-hutang dan hutang.

Last, saya hendak sediakan barang atau bahan atau kelengkapan untuk memulakan KuTuppy 2015. In shaa Allah.

Ok, ini sahaja entry untuk hari ini. Semoga dengan izin Allah, saya diberikan kesihatan yang baik dan dapat mencapainya dalam tahun ini juga. Doakan saya ok. Wishlist tahun depan, nanti sahajalah. No idea, sampai jumpa lagi. Terima kasih ceriakan hari saya. Daaa...

9 comments:

eima said...

semoga semua dipermudahkan .... wahhh nk pakai skirt ...aku masih tak reti nk pakai yg gitu klu outing ngan anak2 .... ade yg sorg kiri sorg kanan melarikan diri mak die xdapat nk kejar

alexayussida said...

kak cha!!!
rinduuu jugak...meh nk add ig gak! sy punya ig yussida..

tc kak!!keep in touch

mamaarifakeemaisy said...

Belum tahun baru la cha, dh berwishlist..kiki..
Good, nk pki skirt ye..ihiks...
Nak masuk sukan, waah.. kagum.. kalau akak ras cam sudah psti dpt no last, sbb cam tk larat nak lari dah..huu..

Moga dipermudahkan, amin... ;)

ch@ said...

Eima: lagi luas dpt lari kalo pakai skirt. haha.

yus: ok da request da, tq darling.

kakIeyna: ini wishlist hujung tahun namanya. kang thn baru tkr lain. haha.
terima kasih, smg murah juga rezeki akak.

Mama Kembar Tiga said...

moga tercapai la semua yg cha hajatkan tu. good luck!

sal ya said...

Ada jgk wishlist ni. Harapannya tercapai la hndknya. Hutang pn nk kena setel. Nak start buat biz kck2 ni. Hdp x tau lm mana. Tkt x terlangsai plk hutang yg ada nih. Huhu...

ch@ said...

kak Nani: tq akak.

kak Sal: tu ar, hutang ini memeningkan kepala sungguh.

eija_sweetmama said...

insyaallah, moga tercapai whislist yg dihajati...amin.

rajinnya cha berbaju kurung di rumah

puanbee said...

bee dah lama tk leh pakai jeans hahaha .. gemuk sgt .. semoga tercapai cha ..