Monday, 29 September 2014

Kisah kita aje. Abang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Rama-rama itu terbang bebas tetapi menghiasi dinding
Teratai itu terapung cantik tetapi akarnya tak mencapai dasar
Matahari itu megah memancar sinar mencerah alam semesta
Bulan itu berseri limpahan cahaya mendamai hati
Kucari diri dengan kesabaran yang pasti"

Mencari diri daripada Noor Aliza Mohd Asmi-2006 
Bicara tanpa suara, Antologi Cerpen Dan Puisi.

Hrmmm, bermadah nampak? hiii. Sejak dua menjak ni kan, hobi baru membaca sajak. Nampak macam poyo je kan, oldschool. Lantak, aku sudah mula suka. Well mana tahu, tiba-tiba jadi penulis sajak pula-dah berangan. 

Ok, lupakan pendahuluan yang agak mustahil untuk masuk di akal mari teruskan dengan cerita kisah realiti kehidupan. Baru-baru ini, dua hari lepas seorang yang tidak mahu dikenali dengan namanya, telah menyambut hari ulangtahun yang ke tiga. Abang Adli, menyambut hari ulangtahun kelahirannya awal sehari, abi trio punya kerjaan, berikutan dia berkerja pada hari yang sama dengan tarikh ulangtahun abang Adli maka dirai awal satu hari. Tidak kisahlah.

Gembiranya, abang Adli sudah pandai tiup lilin-saja suka-suka, pengaruh kartun banyak sangat. Sudahnya Arrizqi yang makan lilin, hahaaa. Trio yang sudah pandai makan sendiri, makanya aku berikan mereka pinggan warna-warni satu seorang. Pinggan IKEA sahaja, colourful dan paling penting plastik. Pinggan, cawan dan sudu semua cap IKEA. Cantik, mudah dikendalikan, mudah untuk dibaling-baling dalam sinki, boleh dibawa buat main pondok-pomdok juga. Murah tetapi kerjanya efisyen.

Hadiah untuk abang Adli ialah kereta control. Beli semalam hari ini jahanam, moto seorang kanak-kanak yang belum pandai menjaga harta sendiri dengan baik, Arrizqi. Ye, abang tu tersangatla menjaga harta-Adli ialah seorang yang sangat pandai menjaga mainan. Arrizqi paling kerap memunah, apabila Arrizqi geram, baling. Apabila Arrizqi main dengan betul, pun baling. Apabila Arrizqi berebut dengan abang atau kakak, balingannya akan bertambah mantap. Macam manalah mainan tidak rosak. Berbeza dengan kakak Auni, nama sahaja ketenangan. Bila mainan di tangan dia menjadi ratu modified. Pakar ubahsuai yang tidak boleh disangkal. Sedangkan diri dia pun boleh menjadi kerusi, apatah lagi mainan yang pelbagai fungsi akan transform kepada pelbagai-pelbagai-pelbagai fungsi yang kesimpulannya, rosak.

Demi daya pemikiran yang kreatif dan inovatif. Demi aura kesenian yang berkembang. Demi sel-sel otak yang aktif berhubung, aku biarkan sahaja. Alaaa, apa hendak dikisah, masa kecil aku pun sama. Aku penjaga mainan sebab aku perempuan, bila aku beradik semua mainan punah di tangan lelaki manja tu, hahahaaa-ini diakui oleh mama aku sendiri. Jadi, bila beranak pinak yang melebihi mama aku makanya layankan sahaja walaupun pandangan mata aku melihat objek di hadapan berubah saiz dengan cepat selari dengan aura amarah. Sabar mak, sabar.

 Teruja. Semua sudah tidak sabar.

Cahaya kesyukuran keadilan.

Bersemangat bila soal makan. Makan-makan-makan.

Untuk abang Adli, semoga abang terus sihat dan kurangkan sedikit sakit manja tu ya, ihihihi. Semoga abang Adli membesar bagaikan juara. Umi sayang abang Adli ketat-ketat. Sekian sahaja bebelan untuk hari Isnin, jumpa lagi di entry lain. Salam sayang...daaa.

Ulangtahun kedua Adli. [Cahaya kesyukuran keadilan.]
Ulangtahun pertama Adli.[Entry terakhir.]

10 comments:

eima said...

Happy belated besday adli .... menarik la warna pinggan tu ai is tak penah pi ikea ... huhu

Masya said...

selamat hari lahir adli ... moga menjadi anak yg soleh, biarlah adli manja .. anak lelaki kenalah manja dgn mak .. sbb nanti dah besra maknya pulak yg manja dgn adli hihihihi ...

confuse sdh auni makin kurus .. rambut cam lelaki .. duduk dgn rizqqi dah sama je besranya huahuahua

Oh Lady said...

happy belated adli..semoga jd ank yg soleh..suka ngn bdk2 yg suka mkn!! bekas2 ikea tu mmg menarik perhatian bebudak..ank sy pn mcmtu..

AMIIZAA@Mieja said...

as salams,

auntie nak ucap happy belated birthday buat adli comel:)

Fizah said...

pejam celik pejam celik dah besor kan...happy birthday big boy!!

mamaarifakeemaisy said...

Happy birthday abg adli yg cool.... membesar sihat dan moga jadi anak yg soleh... amin..

Wohoo... intro kamu membawa saya ke alam persekolahan la.. sastera dlm jiwa time tu, cuma tk sempat nk kembgkan bakat jer..hii....

eija_sweetmama said...

Happy belated bday Adli..
ciannye adik rosak kan mainan adli ye..

k.eija pun guna cawan ikea yg colourful tu..

@e_da said...

happy belated besday abg adli yg hensem .. moga sihat membesar dan jd anak yg berguna... rindu blog umi

ch@ said...

Eima: masa aku kerja dulu suka gakla cuci mata ke IKEA ni, now susah pula nak ke sana, tambah2 suami aku bkn jns suka cuci2 mata tmpt camtu.

sisYana: tq sis. ha a, pasni mmg tak potong da rambut minah tu. rambut pendek akibat drpd dia potong rambut sendirila.

Iryns Ahmad: tq awak. bdk2 mmg suka yg colourful.

Amiiza: wa'alaikumussalam and tqtq.

Fizah: tq mek. ha a, da tiga tahun.

kakIeyna: tq kak. amin.
hahaa, puisi copy paste tu. nak buat sendiri, boleh tapi kena tggu masa emo.

kakEija: tq kakEija. sbb dia rm5 je pastu ada byk pastu ringan pastu mcm2 kaler pastu main cecampak je.

mamaEda: tq mama, muah-muah-muah.

nad said...

hepi belated bday adli! wah! lama btul wish ni..mmg btul2 belated :P