Wednesday, 5 February 2014

Kemahiran beramah mesra.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perasaan macam artis kejap ya, kepada pembaca bloghijau yang sudah mengenali aku, ratanya menyatakan aku ialah seorang yang peramah, mudah berkawan, banyak bercakap, sedikit celupar dan suka ketawa. Dengan erti kata lain aku tiada masalah komunikasi. 

Pepatah ada mengatakan, jika kita mahu dihormati kita perlu menghormati orang lebih dahulu atau, jika kita mahu disayangi kita perlu perasaan sayang kepada orang lain dahulu, begitu juga dengan hubungan-hubungan lain yang berkaitan-haih! nak mula berfalsafah pula. Ok, sekarang aku hendak buat entry tentang masalah aku ni, macam biasalah intro kena panjang dahulu, hehe.

Pagi tadi aku hantar Auni ke sekolah, awal pagi dapat wassapp kawan sekolah aku, Shaadah menyatakan dia mimpi berjumpa dengan aku bersama anak-anak malam tadi. Haih! mulala aku hendak cuak ni, hari aku macam biasa sahaja, apapun aku ambil juga ingatannya agar baca doa sebelum buat sesuatu perkara. Ambil kata-kata malang tidak berbau, kan.

Hari ini, aku bertekad untuk berjumpa dengan cikgu Auni, bayar yuran bulanan dan bertanya soalan-soalan berkaitan dengan peraturan sekolah. Aku tanamkan azam, aku berhak tahu sebab aku ialah emak kepada Auni. Aku kuatkan hati untuk bersapa habis mesra dengan cikgu Auni tu, yang pewatakan agak tegas. Terkejutnya aku apabila, cikgu tahu aku ialah emak kepada Auni, aku ingatkan dia buat endah tidak endah sahaja akan kehadiran aku sebagaimana pada pertemuan-pertemuan yang lepas.

Dengan T-shirt logo Chopper bertopi tanda pangkah One Piece, trek bottom, tudung bawal dan selipar Jepun aku pergi jumpa cikgu tu, haha. Sempoi punya mak, orang berbaju formal berbaju kurung hendak berjumpa guru, manalah cikgu tidak syak yang aku bukan emak-emak. Baju kurung aku habis semua aku pakai, terkena turn aku sempoi canni sebab setiap petang aku akan bawa anak-anak ke taman permainan, sesuaila dengan tshirt sahaja.

Semalam pun sama, payah betul aku hendak menyelit bercerita kisah aku dan anak-anak, bukan interframe tapi orang lain punya turn bercerita, aku hendak jugala malangnya semua macam buat tidak endah sahaja dengan aku, aku rasa macam salah satu tempat duduk batu je di kumpulan emak-emak yang sama-sama menunggu anak pulang daripada sekolah, tiba-tiba kemahiran komunikasi aku lumpuh dikalangan mereka semua, aku cuma termenung sambil menadah telinga sambil kepala memproses data-data maklumat daripada mereka yang galak bercerita. Hrmmm, mungkin sebab aku memakai tshirt berlogo superman dan trek bottom makanya nampak sangat remaja, kakak menunggu adik balik sekolah, muahaha.

Payah juga umur je meningkat tapi rupa dok sama macam masa sekolah hendak kena sesuaikan diri dikalangan emak-emak, ambil je la pesanan daripada abi jadilah diri sendiri, lama-lama orang dapat juga terima kita. Ingat jugala pesanan daripada mama3d amboi, dah three ye kak...kalau orang tidak mulakan dulu, kita sendirila yang mulakan. Belajar mengenali orang, barulah orang mengenali kita. Betul-betul-betul.

Ingat senang hendak snap gambar dengan dak bertiga ni? macam-macam hal ok.

Maafla jikalau pembaca daku agak nyampah dengan entry ni kan, aku cuma berkongsi sedikit galau di hati. Tidak sabar hendak naik ke Kulim hujung minggu ni, teruja. Semoga majlis pernikahan, persandingan adik aku berjalan dengan lancar. InshaaAllah. Jumpa lagi nanti, mmmuah!

11 comments:

Gieyana said...

Kulim kedah ker? A'aa..cha nmpk muda..:)

nad said...

Betul kata abi n kak eida tu..
Apa2pun lama2 in shaa Allah ok jadinya..

Tahniah bakal dpt adik ipar :)

Masya said...

Sejujur mmg mcm tu bile kt mulakan beramah x slh biar gene gaya, terlbh ramah pun mslh jgk huhuhuhu....

Tahniah bakal naik pangkat dpt gelaran baru kikikikiki

syawalsimpsons said...

mek mung macam akob la umo sama 3 series, tp rupa macam budak 15 tahun..guano..aku gak...di panggil akak kepada akob..adoiii

Fizah said...

betul3...bertabahlah kerana ada muka yg awet tak dimakan usia ;p adakala hati manusia sukar ditebak...barangkli tune belum kena, ekjas baik2 ok.

ok ape tah aku bebelkan nih. layankan aje ha ha...;)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

betui2 Cha,

jadilah diri sdiri ye..
kak pun mmg akui bkn peramah ok
hikss..

neway u look young la cha..

eh adik cha kawin org kulim ke?

eija_sweetmama said...

kemahiran beramah mesra, k.eija failed bab ni sbb k.eija paling susah nak mulakan dulu, lebih rela diam je...hehe..

mamaarifakeemaisy said...

Akak pun sebenarnya tkde kamahiran gitu cha, sllu jd penunggu. Org yg mulakan bicara, baru boleh menyampuk..alahai.. azalinya gitu, susah nak ubah.. tapiii sebenarnya akak baek hati.. ekeke..suka ja bersembang.. :P

Cha nmpak peramah dn suka bercakap, cuma perlu tingkatkan kematangan, sbb cha nmpk mudeee... bkn mksd tak matang, tapi itulah fizikal nmpak mcm kakak2 antar adik g sekolah kan...hehe.. in sha Allah..cha boleh tu!

LYAfrina said...

hihi..cha mmg muka muda remaja lagi..ptt la dia org x tgur cha..agknya dia still igt cha anak2.. hihi.. xpela cha..cuba bkenal-kenalan.. meramahkan diri.. confirm tkejut..

cha, sama kes dgn fain.. msing2 ingt abg ambik adik(asya) sekolah . Yang paling kelakar msa lya bru2 keje dulu.. ramai ofismate igt fain adik lya.. haha.. ini mmg xleh trima tau

Unknown said...

still young la kwn :p
x caye erk kita dh mlgkah 3series....apepon nko mmg maintain cun cm zmn sek rend dolu :)

ch@ said...

kakZura, kakGie:
ye la kak, Kulim Kedah.

sisYana, kakNad:
kena bertindak menyesuaikan diri lbh dahulu.
tqtq.

Lya, SueJemah:
haha, kakak? adeih, sebab korang seiras kot dan nmpk matang.

Fizah:
tu ar tu, keluar dah bahasa novel pula. pening kepala aku.

kakEija, kakIeyna:
kita pemalu, ahaha.
ha a, dah pnh jmpa mmg kita kena mulakan bercakap, pastu bolehla sambung menyambung. tapi, kakIeyna mmg lemah lembut je banding kakEija, kakEija lasak sikit mcm kita.

Suzie Aleeya:
ah sudah, jangan nak buka cerita lama, aku paling selekeh lg adalah.