Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, selesai tugasan memasak, mengemas rumah, menyapu lantai, memandikan trio dan membawa Arrizqi untuk ambil suntikan satu tahunnya. Sekejap je bayi rezeki yang baru diketahui kewujudannya pada minggu 27. Kewujudannya merupakan kali pertama aku membuka buku merah, kali pertama juga aku membawanya ke pemeriksaan setiap bulan selepas kelahirannya. Kali pertama buku merah aku bertulis di klinik kesihatan, dia lahir di Hospital Sultan Ismail, JB membuatkan pertama kali juga aku dibawa menaiki ambulan selama 29 tahun ini.
Arrizqi, kekal namanya mengambil pendapat mamaEda (mamaDanishDeena) nya, supanya membezakan sedikit nama akhirnya. Mengekalkan makna "Rezeki" dan ditambah AR dihadapan supaya sedondon dengan kakak Auni dan abang Adlinya. Tidak lupa abang Aqil (anak ibuAqil) yang juga berpangkal A.
Kelahirannya pada minggu ke 36, membuatkan aku berasa tempoh mengandungkannya singkat dan aku diberikan peluang merasai bagaimana pecah ketuban itu berlaku. Dihospital juga dia mudah dikendalikan cumanya waktu berpantang, aku sangat struggle. Walaupun ada mama, tetapi aku mesti juga belajar untuk buat sendiri, belajar membahagi masa dengan kakak dan abang Arrizqi.
Sekelip mata, Arrizqi sudah pun berjalan, tumbuh gigi, tepuk amai-amai, makan, pegang botol sendiri, menari, menyanyi, berlari, menjerit, marah, sedih dan pandai merajuk. Paling penting, Arrizqi sangat menggoda, hahaa.
Dapat juga meraikan hari ulangtahun Arrizqi yang lepas, tokPapa bersungguh mencari sebijik kek untuk Arrizqi meskipun, hari lahirnya jatuh pada 10 Zulhijjah 1434h. Tahniah Arrizqi, kamu membesar bagai juara. Berlumba-lumba dengan kakak dan abang.
Hari untuk Cahaya Petunjuk Rezeki.
Kami suka kamera. Kesayangan Norerwandi bin Sumardi.
13 comments:
Bahagianya membaca entry ni..
Terasa tiupan kebhagian menyapa pipi.. Tiba2 pipi rasa kebas.. Bertuahnya..
ohhh windunya sama kembaq aku ni...ohh qiqi..windu sama kamoo meh..kalo aku pegang dier..nengok aku muka pelik..naik juling bijik mata dier tgk aku..akkakakkakak
mata rizqi cantik! :)
Skrg cha jadi mentor akak k!
Plz plz plz
Tumpang hepi tgk cha besarkan anak2
Klu dulu masa cha keje igt lagi mesti ada rungut2 sbb letih kot
Tp skrg ni bila dh jadi housewife
Entry cha mesti happy2
Rasa bahagia plak akak nengok :)
Yes, tumpang rasa happy dgn keluarga besar cha.. nk ikut jejak ni, 1 nak tmbh lg sorang anak, 1 lg nk jd hwife sepenuhmasa... moga termakbul, amin.... tp masanya ketentuan Ilahi :-)
Itulah sekejapan sungguh tempoh cha bercerita tntg pregnancy arrizqi.. tuptup dh bersalin :-).. bertuah badan...
Ys, arrizqi matanya menggoda...ihiks...
kejap je masa berlalu .... semoga semuanye membesar bagaikan juara lah
Happy Belated Birthday utk baby rezeki ni..
Owhhhhhhhh tetiba rasa terharu bila mana termaktub nama ABG AQIL dlm adik beradik 3 A's ni..
Thanks a lot cha..
Seronoknya Aqil bkn kepalang punya adik2 comel cerdik pintar cerdas mcm diorg..
To all the baby..
Ntah bila ibu dpt jumpa kome lg.. ;(
Ibu rindu kome.. ;,(
Cha, TC dear.. ;D
Lynd:
rezki Lynd, bahagian masing2.
Sue Jemah:
Tak pnh nmpk ko, cun sgt. Emak dia simple je. Tu yg mandang pelik je.
Fizah:
Mata abi dia sebiji. Aku pun xde bulu mata cam dia.
KakNad:
Kan kak? Mengeluh je. Now, dh byk lyn drama aura positif, scr x langsung terpengaruh jg. In shaa Allah, kita boleh lalui sama2 kakNad. KakNad pun dh byk pengalamankan...
KakIeyna:
In shaa Allah, smg sentiasa ada rezki utk akak. Suka sgt mendengarnya, make sure kena gagah mental fizikal dua kali ganda skrg. Hihiks...cayok.
Dah pun stahun berlalu cerita tu. xsgka.
Eima:
Thanks manja. Anak2 kau juga, smg kita pun sama2 membesar. Makin dorg besar, emak pula makin mengecut. Apakes...
IbuAqil:
Rindu kat abgAqil. Kalo jmpa rs nk gegomol lg. In shaa Allah kak, bln dua nnt hntr rombongan adik nikah di Kulim, jemputla dtg nnt.
alhamdulillah..diam tak diam dah setahun bujang kecik tu yek..seronok jek tgk gmbar cha n anak2..berdebar plak tunggu turn akak..skang anak dua pon rasa mcm dah tentu arah..hahahahaha
comel sgt arrizqi ni..mmg menggoda tau..
alhamdullillah membesar dgn sihat dan senang dijaga..
suka tgk pic family cha bersama anak2
ni..happy je semua.
Budak rezeki nie sungguh comel dan yg paling tak tahan sgt pandai mengoda.....
kalau baca cerita rizqi ni boleh buat tergelak.. dah setahun rupanya berlalunya...
kakLily:
boleh kak, redah dan redha saja. hahaa. kitapun dah tahap nak jd drakula pun ada.
kakEija:
sejak dorg tahu hobi emak suka kamera, dorg pun jd faham. cpt je nak pose.
kakJue:
tak tahan bila dia buat kekenyit mata, adus. dgn gigi dia. mmg kena kiss je la.
sisYana:
entry bdk yg tiba2 ada dlm perut. hahaaa, klakar2. besar dah dak ni.
Post a Comment