Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Siapa? Ya, betul dia anak kedua aku. Mengimbau kenangan melahirkan dia, ianya sangat mudah. Sangat-sangat, ke hospital dengan menaiki motosikal dan ditinggal dalam bilik bersalin yang gelap kerana disangka tidak berorang, pabila tiba waktu meneran rambutnya telah pun nampak. Paling manis, aku tidak dikenakan sebarang jahitan pun.
Adli, berpantang dengannya sangat mudah, tidak kuning, breastfeeding dengan jayanya, tidak meragam dan aku tidak rasa sangat berada dalam tempoh waktu berpantang pada ketika itu. Syukur, membesarkan dirinya sangat mudah. Adli tidak menangis meskipun hendak susu, Adli tidak menangis meskipun hendak makan, Adli tidak akan menangis jika orang tidak pedulikan dirinya. Adli sangat sempoi, tidurnya hanya berteman bantal angry bird merah dan menghisap jari. Itu sahaja.
Mereka menceriakan hari-hari aku.
Dia menangis apabila aku lambat mencucikan beraknya. Dia menangis apabila kakak atau adik mencuri atau menyakat ambil bantal busuknya. Dia menangis apabila seseorang mengganggu kosentrasi kerja yang dilakukannya. Selain itu, dia hanya diam dan membawa diri sendiri.
Adli sangat suka dengan kakak, Adli juga baik dengan adik, Adli ok sahaja dengan siapa-siapa pun. Sekarang Adli merekrut adik, mengajar adik Qiqi nya segala ilmu yang dipelajari daripada kakak. Senyumannya sungguh menggoda. Adli suka mengalah, mengalah bukan bererti kalah. Adli lebih lembut, dia juga pemalu serta sangat takut bila emak marah. Adli sahaja yang takut dengan emak, kakak adik tidak hairan pun bila emak marah.
Adli, butir bicaranya mula terserlah, belajar-belajar dan terus belajar. Banyak juga lagu yang dia sudah tahu, bila hendak makan lekas sahaja dia angkat tangan berdoa, begitu juga hendak tidur. Dia juga suka menegur orang seperti kakaknya dahulu.
"hai kawan, buat apa tu?" manis sangat bunyinya bila dia yang menegur dengan pelatnya. Sudah sedia pandai menyebut umi, abi, kakak, mama, atuk, acu dan adik Arrizqi jadi Qiqi. Boleh sahajalah.
Selamat ulangtahun kelahiran ke dua Adli.
27 September 2011-27 September 2013 bersamaan 28 Syawal 1432-21 Zulkaedah 1434.
Semoga Adli terus menjadi anak, adik dan abang yang baik, soleh, dan sentiasa menyayangi orang-orang disekelilingnya. Dikurniakan kesihatan yang sentiasa baik untuk terus menjalani tumbesaran yang sangat menyeronokkan. Tahniah Adli.
Genap setahun, aku menjadi pengurus rumah tangga. Alhamdulillah, akhirnya aku gembira.
12 comments:
happy besday little adli!sedapnya kek dia:)
Alhamdulillah... Happy tgk adli membesar dgn sehat :)
abang besar! ;) happy birthday!
selamat ulangtahun...semoga menjadi ank yang sentiasa dirahmati adli
happy 2nd besday hensem Adli :)
Happy birthday sayang adli..
Kamu mmg hebat n anak yg baik utk ummi n abi sbb tu kamu cepat jd abang :-)
Rindu pulak nak jumpa kamu, jumpa masa kecik jee dl..huu..
happy birthday adli...
kek BR..sedapnya...
nak jugak boleh
jadi anak yang baik dan soleh ye.sayang
terima kasih doa2 aunty semua. Adli akan sentiasa ingat, in shaa Allah.
kek BR tu mmg super sedap, small tapi harganya mak datuk, cecah rm100 ko. boleh order 10 biji kek choc moist. hehee, but for adli superduper boy, abi ok saja.
Happy Birthday Adli! Moga terus membesar dgn sihat & jadi anak yang soleh, Aminn.
tq aunty Nani.
Happy Belated Bday Adli..
Alhamdullillah senang sungguh nak jaga Adli ye...
kak eija:
tq aunty eija.
ramai berkenan nk jg dia.
Post a Comment