Wednesday, 21 August 2013

Kalut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasalah, orang bercuti raya mood pun ikut beraya bersama. Sudahnya, kerja yang patut boleh siap kesemuanya jadi terbengkalai. Bulan ini kena struggle, menyiapkan pending order kad ucapan buatan tangan aku ni. Alhamdulillah ada juga yang sudi menghargai karya aku yang tidak seberapa.

Sebelum hari raya tempoh hari, aku telah mengubah suai balik buku skrap Auni Adli. Ingat lagi ke tidak kepada buku skrap budak berdua ni? 


Ini yang asal, terpaksa aku buka semula untuk menempatkan Arrizqi punya pula. Tukar kepada yang lebih mudah sekiranya ada pertambahan lagi selepas ini. Gunakan semula apa yang ada. Antara isi yang aku punggah semula, ujian kehamilan, tag penanda dan tali pusat. Bubuh semua jadi satu muka surat, hahaa. Ada pertambahan, tambah je lagi satu muka surat, itu lebih mudah.

Muka depan belum siap masih tidak jumpa apa yang bersesuaian. Seperti tertera, tom and jerry yang suka bergaduh-gaduh sayang but kali ini ada tiga, apa ye? ke letak je gambar mereka bertiga? sampai sekarang terbengkalai, aku sudah sibuk dengan order daripada pelanggan, eh! macam poyo je statement ni, ngeee..

 Kad ulangtahun kelahiran untuk pelanggan pertama. RM10.

Sudah selamat sampai ke tuannya. Syukur siap dan dapat dihantar pada masa dan waktunya, maklumla musim raya kan. Risau juga tidak sampai. Kad ini, aku buat dengan penuh cabaran, maklumlah pelanggan pertama, mestilah menarik tertarik dan kebabom. Quilling diluar, pop-up di dalam. Harga boleh runding (nsahida@gmail.com) sebab buat mengikut tahap kesukaran untuk rekabentuk serta kertas yang digunakan. 

Banyak kekurangan untuk pelanggan pertama ni, kawan sekolah dedulu yang tempah. Memang banyak tulis tangan banding komputer terutama tang ucapan bahagian dalam, gunting love is in the air kesemuanya tangan sendiri, dari depan ke belakang semua original handmade, nampak je simple tapiiii, phew! jenuh tak jenuhla kan.

Bila tiba kepada yang empunya, suka dengar dia mahu repeat order dan berpuas hati. Begitu juga tempahan untuk goodies card untuk majlis aqiqah tempoh hari, awal-awal sudah berpesan hendak order bila anaknya setahun nanti. 

Dan yang lagi kalut kelibut, tiba-tiba aku berminat untuk cebur diri dengan tupperware, huaaaa...dengan bulan yang singkat ini, aku telah arrange untuk kutu tupperware RM30 seramai lima orang, OMG bolehkah aku wei? aku budak baru belajar, tolong-tolong.

In sya Allah, masing-masing sudah berhasrat untuk main lagi tahun depan, struggle Syasya, u can do it! fully support from abi. Thanks love. 

Arrizqi semakin suka berjalan, syukur perkembangannya cukup memuaskan hati aku, Adli juga semakin petah bercakap dan dia sudah pandai makan tanpa bersuap, makan berpinggan-pinggan. Auni my daughter, kepoci yang maksima, kawan aku sampai bila-bila. Bersembang mengalahkan orang tua. Love them all.

Syukur, rezki rahmat Allah. Alhamdulillah, cukupla dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah.

18 comments:

asyifamustaffa said...

Cantiklah...:-)

syawalsimpsons said...

nnt bufday en asbeen aku nak minta ko la buat kad bufday nnt..kikiki

puanstoberi said...

Cha...yg gmbr kek itu sgt "wow" hoke.. tu la..rezeki dari Allah tu pelbagai cara datangnya. Terpulang pada kita utk menikmati atau masih rasa tak cukup dgn apa yg ada..

mamaarifakeemaisy said...

Syukur..
Alhamdulillah, masa2 dirumah, boleh terisi dgn aktiviti yg membuahkan hasil.. tahniah cha n allthe best... :-)

Kagum n tumpang rasa happy n tumpang rasa bz.. :-)

*berkenan dgn buku scrap tu, alahai ahkak ni minat nak buat jugak, tp tak terbuat2x..huu.. cukup ntah info anak2 ni..hee..

nad said...

Berbaloi la dgn harga yg cha letak tu
Susah kottt nk buat kad handmade!

Alhamdulillah
Moga terus dimurahkan rezki

eima said...

alhamdulillah ....

safurara said...

vahhhh mmg memorable.

eija_sweetmama said...

Syukur Alhamdullillah, moga terus dilimpahi rezeki..

Cha, cantik sgt bday kad tu...

Jue said...

alhamdulilah rezeki suri rumah...
akak pun nak tempah gak nie..duk dalam pikir2..
kutu tupperware...taknak ajak akak join ke...mahu jugak...kosong satu slot ok...
hahahahhahaha

FieZaLieSa said...

memang wow la cha...cantik lagi kretip.. =)

Unknown said...

Best jugak idea camtu..tapi ila xde masa nak buat n x kretif..hehe...baguslah..simpan sebagai kenangan..insyaallah..untuk next baby boleh ler buat =)

Masya said...

rezeki anak²kan ... ssh nak buat tu, kalau sendiri buat pun belum tentu dapat modal rm 10.00 kan ... kira yg tempah tu berbaloi² jugak cha jual rm 10.00

Fizah said...

ku ada nyiman gaks tali pusat dan semua berkenaan pregnancy diorang ni...cuma idak kreatip mcm hang...nak cilok idea ah..buat gini gaks...hee

ch@ said...

FiezaLiesa, Asyifa Mustaffa:
terima kasih :)

Sue:
email mcm biasa ye.

kekDa:
redvelvet bubuh coklat. thanks kekDa.
btl kata kekDa tu.

kakIeyna:
drpd hobi datangkan rezki.
buatlah kak, takpe janji tidak bersepah.

kakNad, Eima:
suka bila dpt sokongan. thanks kakNad, thanks Eima.

cpRara:
syg bila tgk bersepah.

kakEija:
thanks kakEija. nnt buat satu utk kakEija :)

kakJue:
nak tempah email ye, wassapp pun boleh. nak main ye, kita simpankan ye. baru ada tiga org.

Ila:
buat la dear, sempoi je pun xpe. tapi kalau jg elok, ok je. kita ni suka bubuh merata.

sisYana:
harga tu, boleh bincang. kita bkn ada hal sgt pun.

Fizah:
u lg kreatif drpd i noks, buatlah. syg wei.

kiutaries said...

Assalamualaikum and hello awk. Sy nak tempah bole x kad quilling ni? ;) bole bayar rm20++ ^-^

kiutaries said...

Oh ye kalau bole kan kak, bole tak whatsapp no ni supaya sng nak bbncg? +447761757543. Nt sy akn call akak ;)

ch@ said...

kiutaries:
waalaikumussalam, email la dear nsahida@gmail.com then btl ke nombor tu? byk sgt?

kiutaries said...

Hee. Betul. No whatsapp tu no UK sy so betullah tu. Hee. Tapi jngn risau sy dok di malaysia je. InsyaAllah nnt email. Tapi sy prefer whatsapp. But ikut akk la ^_^