Friday, 7 June 2013

Jika sudah suka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwiii, oih Jumaat sudah sekejapan sahaja minggu ini berlalu. Bakal berjumpa Kim Jong-Kook si harimau dalam Runningman. Yeay! Jika sudah suka sanggup tu bersengkang mata menanti. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sabtu extreme sikit, daripada jam 11.45 malam sehingga 4 pagi. Gila tidak gilalah, kalau zaman belajar dulu boleh je menggebang berjamboria sampai pagi di kedai mamak sehingga jam 6.30 pagi baru masuk asrama, kenapa tidak aku layan runningman sambil tangan buat aktiviti kesukaan, handmade artwork, hihiii.

Walaupun aku mempunyai anak tiga, aku tetap juga suka dengan kerja seni tangan ni. Bila tidak buat, rasa macam habiskan masa dengan tidak berbuat apa-apa. Serius, kekok dan rasa tidak lengkap dah jadi tabiat agaknya. Kerja seni-seni ni, aku tinggalkan di tingkat bawah, sambil masak, sambil cuci baju, sambil tengok anak-anak main bila tidak ada rancangan tv menarik, aku akan buat satu persatu mengikut kata hati.

Wow! Kata hati tu...ahaks, betul. Masa tu rasa hendak potong kertas, aku potonglah, bila rasa hendak shredder kertas, aku shredder banyak-banyak, bila rasa hendak main gam, aku buatlah quilling ke, tampal menampal kertas ke, tampal stem ke, itu la kata hati. Hendak menjahit, aku tidak pandai. Hendak memasak aku tidaklah pakar. Seni kertas ni sahaja yang aku boleh walaupun tidaklah sekreatif mana pun. Satu hari, aku bertanya pada abi. 

"abi tidak kisah ke, umi asyik buat art-art ni?" jawapan yang dia bagi buatkan semangat aku berkobar-kobar.
"buat je lah" ye itu sahaja sebab dia memang sedia tahu daripada zaman berkenalan dengannya lagi aku memang suka dengan kerja tangan. Kad hari raya, kad ucapan terima kasih, kad ulangtahun perkenalan, kad ulangtahun kelahiran, kesemuanya aku buat sendiri. Bila aku beri dia kad yang aku beli, dia tanya.
"kenapa beli?, kan selalu buat je" hihii...nanti aku kongsikan di blogoren, jika sudi hendak tengokla kan.

Jadi, itu kisah art. 

 Hobbies.

 Kad Hari Raya 2012, tahun ini...tungguuu.

Satu perkara lagi yang aku suka, novel. Ye, aku seorang pengurus rumah tangga, masih juga dengan aktiviti membaca novel. Aku baca novel bila hendak tidur, sambil layan anak-anak yang aktif [lompat-lompat atas katil] sebelum tidur, kalau aku tidak baca novel aku akan join dorang melompat, hehee...

Best tau, kekadang dorang main khemah-khemah, Auni rajin buat khemah daripada selimut. Kekadang kitorang main antu-antu, kejar mengejar bilik ke bilik. Kadang-kadang aku gosok baju abi bila tidak ada novel baru yang hendak dibaca. Hendak masuk tidur memang riuh bila tidak ada abi. Ada abi kitorg cuak sikit hendak bising, abi garang plus dia masuk tidur awal sebab berkerja tidak tentu masa.


Kesemuanya sudah habis di baca. Senarai novel yang perlu dibeli sedang menanti :)

Hrmm...camtula biasanya sejak-sejak sudah duduk rumah ni. Masak, bila ada sesuatu yang hendak di makan, mulalah selongkar dapur. Aku suka tengok rancangan masak channel 727 HD, apa sahajala janji masak-masak sampai Auni pun ikut suka, hahaaa...

Nota hijau: Jika sudah suka, tinggalkan macam mana pun tetap teringat juga.

14 comments:

syawalsimpsons said...

aku pon suke sgt ngan art...tp idok la terrer cam ko kan...mmm..time zaman2 sekolah asrama, cukup suke la bagi kat adik2 angkat terangkat ni..sampai bertingkat2..kakakka...colourful je rasa...kasi kad surprise utk bufday en asbeen pon buat sendiri..tp tu la last..pastu tak buat dah..mmmmm...M beso....

Masya said...

kalau dah suka takda sapa blh larang sbb itu kan kesukaan kita ...

sanggup tunggu sampai 11.45 malam oklah tu hihihi... kt ikut moodlah... tp runningman tu mmg akan buat kita gelak besar kalau melayankan...

Fizah said...

ouch...kad raya itu sungguhhhh kiuuttt...mari kembali ke zaman pos-pos kad raya balik ah!! paling syiok duduk depan pintu tunggu posmen dtg setiap pagi, dan berebut kira kad dgn beradik.. sapa dpt plg byk...ahhhh memoriii...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

bestnya ummi ni duk rumah rajin gk bc novel...

yg bestnya..kreatif sggh buat kad raya tu..unik+cantik..mau satu boleh? haha

nad said...

Sama 'me' time kita
Kul 12 pg onwards! ;)

Rasp said...

u ni memang kreatip sis...
hasil kerjatangan u kemas & cantik....]
iyelah sis...
slalu bila cik abe ada...
kita2 wif kids behave skit aaa kan hahahahahahaha
uiiisshhh byk tul novel kan...

Ako Retna said...

ch@,

Thanks kita dah dapat kad awak...
Surprise.. cantek!

mamaarifakeemaisy said...

Suka art gak, tp tak kreatif :p

Thn lepas dpt pelita, tahun ni nak masjid pulak, tak pun ketupat..ahaks, berangan cha akn kasi :-)..ngeee..

Ok sgt ada hobi camni cha, ada jugak aktiviti utk diisi..

eima said...

aku tak berbakat ... hehehe
so tak sabo nk tgu kad raya ni ..hehehe

Gieyana said...

Rajinnua uols...seyess dpt memenuhi ms lpg gk kn although busy..

ch@ said...

Sue:
isk, takdela terror. tahap beginner je lg ni. aku pun dh mls nk buat tuk laki aku, sbb aku jg yg simpan nnt. haha.

kakYana:
ye btl.
runningman tu buat hilang stres.

Fizah:
aku mmg post kad raya setiap tahun. hehe.

Zura:
hobi zura. mmg suka. lg tebal lg suka.

kakNad:
tgk tv time anak2 tdo mmg lyn. feel lbh sikit.

Rasp:
thn lps kita mnta address u kak, tapi u tak reply. tahun ni i nak bg u satu, sudi tak?

kakRet:
maaf kakRet, simple je.

kakIeyna:
ok noted. thn ni byk buat ketupat. masjid susah hendak bentuk.

Eima:
kau mmg dh dlm listed.

kakGie:
hahaa, masa tak busy tu buatla kak. ihiks.

nad said...

Rindu kt askar yg bertiga....

eija_sweetmama said...

k.eija selalunya tv yg layan k.eija..hehe..

bagus la cha ni rajin n kreatif..,yg penting masih lagi mengekalkan tradisi hantar kad raya, kad raya handmade n cantik lg tu..:)



ch@ said...

kakEija:
suka sgt2. abi pun x kisah.