Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Yeay, lamanya tidak update blog, gila ketui. Bukannya sibuk sangat pun cuma tidak berkesempatan untuk menaip. Alasan, tidak habis-habis kata je la malas. Hiks.
So pisang keju yang aku teringin sangat hendak makan tu, sudah pun habis. Dua bungkus, aku dengan Adli ngejakan. Orang lain tidak minat sangat. Auni, cepat je kepala dia menggeleng tidak mahu, Arrizqi belum ada gigi, baru hendak naik sebelah bawah, keras. Adli sahajalah yang teman emak habiskan.
Pisang keju, from Bandung.
Siapa ke Bandung, jangan lupa ni ye ;)
Terima kasih kakRetna, siap ada cenderahati lagi, walaupun aku bukanlah peminat tegar fridge magnet tapi aku tetap menerimanya. Menyerikan peti sejuk dengan sebuah beg serbaguna. Mula tu, tidak faham juga fungsi benda hitam tu,setelah dibelek dan terbayang ada seseorang yang menggunakannya maka jadilah ia sebuah beg.
Ok habis cerita pisang keju, next ialah mesin pengisar kertas yang menjadi idaman. Yeah! telah selamat sampai dan aku menerimanya dengan tangan terbuka. Tidak sabar untuk terus belajar berquilling. Bisa menjadi tegar ni. Hiks. Ada satu lagi yang belum terbeli, hehee. So misi seterusnya membuat kad hari raya versi bloghijau, hehee. Ada orang mahu terima ke yang buatan tangan punya? tahun lepas pun masih berbaki lagi, hiks.
Terima kasih kakAziha, kamu sungguh peramah. Oh ini bukan dia bagi ye, tapi aku beli. Aku beli pengisar kertas di berinya aku penanda buku quilling serta kad untuk hasil seni buatan tangan yang telah dipotong. Terima kasih untuk free gift tu.
Semoga aku terus bertabah untuk memulakan langkah seterusnya.
Nota hijau: Minta pendapat kawan-kawan, [klik sini]
10 comments:
paper shredder utk apa cha? i mean shred utk dibuat jadik quilling ke?
akhirnya dapat jugak apa yg dihajati ye. sedap ke pisang keju tu?
akhirnyer di hajati ado jugak..jemah suke makan pisang...tau2 abis..kakakak...
pertama kali dgr kek pisang keju ni cha, rasa mmg x pernah makan...
good luck cha, apa yg dihajati pun dah dapat ... teruskan semangat kamu ...
sila jangan malas update hahahaha ...
sedapkan pisang keju tu sis...
memang haruuuuus beli kalo ke bandung...
wahhhhhh semakin semangat lah u berquilling nanti...
bestnya...
Fizah:
ye la syg. shredder utk dptkan sisa kertas tu.
kakSal:
tekak kita sedap kak, tekak org lain kita x tahu.
Sue:
ok, kita geng.
kakYana:
bkn kek, kerepek. pisang salai sebenarnya disalut keju.
ada tak org nak tolong taip ye.
rasp:
sedap bangat. akak pun suka ye.
tu la tu, terus berkobar-kobar ni nak berseni.
Waaah happy lah hajat sudah kesampaian.. :-)..syok2x..
Selamat berbisnes :-)
K.eina pu n minggu ni tak update pun blog.. mood non ado..huu..
moga bisnes bertambah maju....
owh mcm tu rupa pisang keju tu ye, insyaallah bln 8 nnti k.eija g bandung, k.eija belikan..
alhamdullillah dh dpt apa yg diimpikan, mestilah semakin bersemangat nak berquilling kan..., nak jgk kad raya drpd cha, buat koleksi..(asik cha je bg kad kan, k.eija ni asik x terbuat je nak pos kad raya pd kwn2..huhu).
kakIeyna:
masa menaip yg dicemburui anak2.
kakJue:
bisnes? haish! blm lg la kak.
kakEija:
beli tau-beli.
ala, saje2 je la kakEija. mengisi masa lapang. so tidakla skill tu terkubur je kan.
Post a Comment