Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sambil mikir menu makan tengah hari, hujung minggu yang membosankan. Peti mula kosong dan abi kerja, ergh! buntu-buntu. Buat biskut, pulun dengan Auni, Adli dan Arriqi, kalaula dapur tu diperbuat daripada bahan mudah runtuh, memang sah runtuh. Kelam-kabut.
Baru bakar batch kedua, batch pertama sudah pun habis. Grrr-grrr-grrr, sudahla tiada mixer lenguh keti hendak memukul butter. Bertabah betul.
Tengah membelek peti ais, ternampak jagung manis dalam tin berjenama Adabi. Ooo, ni niat hendak buatkan puri Arrizqi, lepas je aku kukus suku tin aku makan, hahaa sedap weih!. Mujur Adli tidur, kalau tidak suku jadi setengah. Puri Arrizqi pun sudah tinggal puri epal sahaja.
Puri kali ini kisar kasar sikit, orang sudah pandai mengunyah katakan, so puri halus tu memang semangkuk rasa tidak cukup. Puri jagung ni bakal di lawan dengan puri nasi sahaja. Aku taktau hendak campurkan dengan puri apa. Ahahaha, minggu depan sudah boleh masuk stok ayam dan ikan, huuuwiii...cayalah Arrizqi.
Menarik sangat warnanya.
Mula mendaki-daki.
Kutip Arrizqi, kutip.
Inila biskut mentega namanya, hahaa. Interframe.
Nota hijau: Kena menjadi lebih rajin. Mop lantai, sapu sampah, phew!
Nota hijau lagi: Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat orang jauh dimata tetapi sentiasa diingatan, Encik Zaiful Nizam bin Wagiran atau Along atau suami bondaQWP. Semoga sentiasa sihat untuk menjalani ibadah harian. Sayangi keluarga anda ya :)
9 comments:
puri jagung????
idea yang bagus nie..dah buntu nak buat puri kat faez...
sue pon nak buat jugak la puri jagung ni...tp mesti ado puri nasi...minggu ni, puri nasi+sweet patato+kurma
Salute!
Baru beli jagung tin jugak.. nak buat crepe jagung hahahaha.. ntah bilalah jadinya ...
sgt cepat masa dah nak makan ikan dan ayam pulak eh, tu apa kes .. arrizqi hisap jari kaki grrrrr.....
perrrghhh
wahh peha arrizqi...gebu gebas! ;D
aik .. adik dah mula gigit kaki , jaga-jaga umi . Nanti dapat arrizqi junior ...hehehe
Puri jagung..sedapnye nmpk :-)
Waaa, membaking lg, best2x...
Arrizqi, kiut ler, tmbh2 tang kening .. lebat.. :-)
kakJue:
nurse kata, bg je ayam, ketam, udang, telur semua2 tu janji...kisar halus atau tengok ada alahan atau tak.
Sue:
kita cari sweet potato hari tu kat tesco, sudah tak ada. kosong ja bakul tu. sodih. esok lusa buat puri buah utk mkn petang, boleh sudah campur ayam, ikan, ketam, udang. tak sabarnya.
kakNad, Eima:
aish! sama je. semua emak pun cenggini jugak.
Yana, kakYanti:
kan...? tu tak fhm tu. habit kot. hahaaa. uish! nanti dulu boleh? kasi emak tegak berdiri dgn perkasa dulu.
Fizah:
gambar semata, slim je org nya. modal senyum, buat org jatuh kasih.
kakIeyna:
menghabiskan bahan. tkt expired.
ramai terpikat tang kening dia tu.
Post a Comment