Monday, 15 April 2013

Lets potluck!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Cewah, Azura anak pak Majid dah ada wassapp jom create group, bergosip mahu tak?" aku mengusik Zura, selesa dipanggil Tuya ada tau Zurek. Aku je tetap panggil Zura. Rasa tidak sampai hati pula hendak panggil nama panggilan yang beza dengan nama sebenar walhal empunya badan bukan kisah sangat pun.

"Aku suka-aku suka, jom buat Kecik, cikMa ada wassapp juga kan?" Zura, part dengan kawan-kawan dia jarang menolak. Apatah lagi tengah merana anak tersayang jauh di mata. Dia memang suka panggil aku kecik, sebab aku paling kurus, paling rendah, paling kecil antara pelajar perempuan Teknologi Kejuruteraan Komputer 1/2004 yang seramai 10 orang itu. Kekal kecik walaupun sudah beranak tiga, hahaa.

Tiba-tiba masuk lagi seorang, Izma atau Ima atau cikMa, orang yang sama. Sifu masa aku berkerja di Petaling Jaya. Soalan terus daripada kepala otak.
"Tuya, free tak hujung minggu ni, jom serang Sg. Buloh" kan...ajakan dia memang sentiasa mudah, sempoi dan selamba. Perbincangan diteruskan. Bla...bla...bla...tiba harinya aku bertungkus lumus membersihkan rumah, walaupun bersihkannya setiap hari, hari itu merupakan istimewa sedikit.

Syukur, rumah aku tidak sukar dicari, guna sahajalah medium-medium terkini dan canggih, cari sahajalah exit Hospital Sg. Buloh, sangat berdekatan lokasinya. CikMa, KMie [suami] dan Zulaikha [anak]. Tidak lama kemudian Zura dan Shah [suami] tiba tanpa anak-anaknya. Wah! bagai pasangan sedang honeymoon saja. Suasana yang tadinya riuh sedikit menjadi semakin kecoh. Gamat dengan suara Zura, kecoh dengan suara Shah. CikMa dan KMie, dorang cool sahaja. Tenang dan hanya sibuk mengejar anaknya praktis naik tangga, kasihan juga dorang tak puas hendak berborak sebab pagar tu dah kena terajang dengan Auni, tercabut.

Macam biasalah, kitorang makan abi tukang layan anak3 sebab dia makan dahulu sebelum semua orang sampai. Dia tidak ingat aku ada beritahu mereka hendak datang hujung minggu dan potluck. CikMa bawa nasi goreng, Zura bawa ayam goreng dan ayam sambal. Aku sediakan rumah dan air sahaja berserta kek batik permintaan Zura. Fuh, penuh juga meja aku.

Macam biasalah masih lagi saling bahan-membahan, usik-mengusik, senda-mempersenda, meriah sungguh rumah aku hujung minggu lalu. Penat mengemas terasa berbaloi-baloi. Jom kita tengok kemeriahannya.

Gossip girl, aku-Zura-Ima. Satu tika dahulu pernah dicemburui abi.

Kasihan pasangan ni, beranak dua (sepasang) tetapi terpaksa berasingan untuk seketika. 
Boleh je datang bila-bila senang, hendak lepaskan rindu ;)

Suami, satu tika dahulu pernah bersama ke pantai Morib untuk melihat matahari terbenam. Siapa sangka?


 
Di bawah satu bumbung yang sama ketika 2002-2003. Satu ketika dahulu (nyanyi ni).

 See, di bawah satu bumbung yang sama (my sweet home) pada masa sekarang 2013. Alhamdulillah.
Oiii, lebar muka aku wei, askar akula paling ramai, adeih!

 Interframe jugak, hahaa. Menu sedang bergosip. Best sangat-sangat.

Aku pernah juga berkisah pasal mereka dahulu - All about us. Biasalah, kawan-kawan ni hendak cari yang betul-betul memahami sangatlah susahnya, walaupun sudah pergi ke serata dunia, kawan yang lama juga dicari balik untuk bercerita. 

CikMa ada kata:

Aku ni memang tak pandai berkawan. Sejak kecik, sampai sekarang. Bukan memilih, tapi memang inilah aku, yang sebenar-benarnya aku... 

Sebab tu bila aku ada kawan yang aku betul2 anggap kawan dan dia layan aku umpama kawan yang sebenar, aku appreciate dia walau kami jarang2 dapat jumpa, walau kami kadang selisih faham sekali sekala, walau kami adakalanya tak sehaluan seiya sekata.. 

Harap silaturrahim yang terjalin takkan putus atas apa alasan sekalipun. Waima kerana kerjaya, kekangan masa, jarak, mahupun fahaman politik semasa. Sebab aku ni, sayang korang semua! :)

Daripada FB Yasturainee Izma sendiri. 

Dan Zura pun ada berkata:

"Aku tidak taula, kenapa aku tetap cati korang hendak cerita, dengan dorang aku malu dan aku rasa macam tidak patut cerita" - ketika dia hendak meluah perasaannya pada masa yang sama aku merupakan roomate cikMa. Zura tidak sebilik dengan kitaorang ketika belajar bersama di Adtec Shah Alam.

Syukur sangat, bila kami duduk bertiga suasana memang tidak pernah sunyi walaupun yang paling banyak membebel Zura, yang paling garang pun Zura, yang paling kritikal banyak masalah pun Zura juga. Aku dengan cikMa biasa-biasa sahaja. Ye ke? hahaa. CikMa paling cool. Dia paling banyak nasihat-nasihat-nasihat. Biasalah yang tidak sempurna tu, kita sempurnakan dengan kelebihan masing-masing.

Semoga ikatan ini terus terjalin hingga bila-bila pun. 

Nota hijau: Ni yang mood nak jiwang balik ni, erk. Allah, entry tu zaman baru belajar berblog. Wahahaaa...malu.

9 comments:

Masya said...

samalah .. kawan rapat kita dulu masa dr ting 4, hahah.. herankan.. dah beranak pinak pun dgn dia serasi semua cerita okk jer.... bnyk bg nasihat dan pandangan.. x pernah menghampakan..

nad said...

Cha, bile nak wat potluck lagi ni
Kak nad tggu masa jek ni haha!

ch@ said...

yana:
betul tu.

kakNad:
jom kakNad, nnt kita cari satu hari yg free ek? ajak kakEija dgn mamaDanishDeena pun ok jg. seorang satu menu so sudah ada 4 menu termasuk kita. tunggu2.

mamaarifakeemaisy said...

Waaah meriah berpotluck kt rumah.. :-) syukur... kawan baik sukar dicari ganti ..

Planning baik tu dgn nad ... tumpang menu laksa masuk skali la.. hahaha... k..eina pemalu :P

Salina@IbuAqil said...

Bila ler akak nak sampai ke umah cha ni..
Umah akak dlm hujung bln ni bleh dah kot angkat brg..
Mst penat tahap gaban kan cha pindah randah ni..
Adoyaiiiiii!!
Pstttt!! Villa Aqil Naim dr luar berwajah HIJAU tau..
Aqil feberet warna sama dgn Umi Cha dia.. ;D

Jue said...

pock luck..bila nak ajak akak potluck dengan cha nie...

eima said...

ko ni mmg pandai berkawan la ..aku tak bff hanya ade kawan opis ngan kawan poli je ..kawan sekolah dah tak kawan dah ..klu jumpa pun cam gitu2 je segan

eija_sweetmama said...

wah best berpotluck bersama kawan2 baik,

eija pun selalu berperasan mcm kwn cha tu tau rasa mcm diri ni x pandai nak berkawan tp bila ada kawan baik mmg sgt2 hargainya la..

planning nak berpotluck bersama2 tu mmg plan best tu kalau dpt joint, masalahnye cuma 1 nak ke sana drive sendiri tu yg masalah..

ch@ said...

kakIeyna:
okok, nnt kita dh ok, semua org ok kita setup ek? potluck kat rumah best boleh lepak2, landing2.

ibuAqil:
in shaa Allah ada rezki nnt ibu dptla tgk rmh kita yg tak seberapa ni.
waaa...hijau, bestnyaaa.

kakJue:
ok, kakNad bwk roti bakar yg ada daging cincang ajaib tu, kakIeyna bawa laksa penang, kakJue bwk yg sotong tu. ketupat sotong ke namanya. ihiks, in shaa Allah nnt kita setup sesama ek.

Eima:
kawan sekolah pun still keep in touch, jumpa bila aku blk Jhr sbb dorg mostly kt JB. dulu musuh, now kawan.

Eija:
kadang2 kawan baik dan ambil berat psl kita tu, adalah musuh kita pd ms dulu.
takpe, kita boleh potluck kt rmh eija, amacam? hahaa.