Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa hendak buat, kita merancang Allah yang tentukan. Aku mohon dipermudahkan namun halangan juga yang merintangi, jadi kita duduk sahaja di rumah sambil menghitung masa, menghitung rancangan tv yang terbentang depan mata. Muahahaa...Mogok.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan gembira, walaupun aku tiada di sana. Terbayang juga sekiranya diri ini bersama askar semasa perjumpaan lalu. Mesti haru biru, harus huru hara, orang sibuk mengejar markah pin jatuh, aku sah-sah mengejar askar. Ihiks.
Jadi, seronok melihat wajah-wajah yang hadir yang telah di post di facebook. Nyata, perjumpaan semula sememangnya menggembirakan. Ada yang pernah jumpa beberapa tahun lepas, ada yang baru sahaja berjumpa semula sejak meninggalkan sekolah, ada yang selalu juga berjumpa dan ada juga yang berkerja di bawah satu bumbung yang sama.
Apa hendak buat, Allah mengaturkan rancangan sebaik-baiknya, kena terima walaupun hati amat sakit dan terluka dengan kesibukkan orang sekeliling. Kena terima bahawa kita tidak lagi berkerja sebagaimana mereka dan tidak merasai kesibukkan itu, kena juga terima bahawa pengorbanan yang kita buat belum lagi membuatkan mereka buka mata.
Sedangkan diri sendiri pun sukar untuk menerima hakikat, apatah lagi orang lain yang menganggap kerjaya mengurus rumahtangga hanyalah kerja yang sangat mudah. Mudah? Mudah ke? Mudahla sangatkan. Ok dah termasuk part emo ni, so pusing balik-pusing balik. Oleh kerana aku tidak menghadirkan diri, sempat juga aku siapkan penanda buku yang tidak seberapa untuk mereka yang menghadirkan diri. Pos sahaja.
Maaf ye kawan-kawan, kita tidak berjodoh untuk jumpa pada perjumpaan kali ini.
Bayangkan kejap, kalau aku ada dalam gambar. Hahaaa...
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, SPM-2001.
Belum ready sangat.
Buatan tangan sepenuhnya.
Nota hijau: Belum membuat kajian untuk mengenakan harga. Dengar kata, buatan tangan ni berharga. Yerk? Boleh cadang?
9 comments:
alaaa mesti sngat2x terkilan kan.. takpe lah ch@..perancangan Allah semua tu, redha'.. aktif bergather2 lg eh.. k.eina langsung, tak ada la plan nak jumpa2 gini... lama sangat dah tak jumpa kawan sekolah...
cantiik.... mmg mahai buatan tangan, tp nak letakkan harga, tak reti jugak..hee~
*kerja suri rumah, lg sibuk dan tiada rehat, tabik ! ceria2 selalu ye... walaupun........ hehe.. banyak pahala jd surirumahtangga sepenuh msa ni, bersyukur..
cantiknya bookmarks tu. Kreatif
terer Ch@ ni ... aku dah ade 3 hasil kerja tgn ko ni
cantik....
boleh buat duit tepi tau buat2 benda2 mcm nie
Nape cha? Sedihnye...
Takkan la tak pegi sbb cha dh tak bekerja...
Handmade mmg mahal
Bookmark camtu kalu lagi kemas buatannya bleh dpt rm2 - rm2.50 kot
walaupun cha emosi, tp cha masih lg mampu menaip entry tanpa terlalu emosi....
hasil buatan tgn mestilah yg terbaik... ssh nak dicurik tau.. apatah lg ditiru 100%
kakIeyna:
tgh blaja utk redha la ni. pyh rasanya.
kakYanti:
adeih, malula.
eima:
satu lagi on the way, lmbt sket ek. sbb tgh gubah bunganya ;)
kakJue:
duit tepi? hahaa, comel je bunyinya.
kakNad:
aish, tanya lg kakNad ni, smua org berkerja. siapala sy.
kita dah tgk jgk hrganya, yg biasa2 pun dah rm2. mahal jgk ek.
yana:
ooo ptt la harganya mahalkan. btl jg tu.
ada kemahiran ni mmg boleh buat duit/bizness..
try la jual, mmg cantik hasil bookmark handmade cha ni..
Eija:
InsyaAllah. Eija doakan ye.
Post a Comment