Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Balik sahaja kenduri kawan aku di kawasan perumahan lama pada Sabtu lepas, badan aku sangat penat dan letih. Mesin berkerja pun ada had limit penyelengaraan, aku berkerja memang non-stop kecuali masuk waktu tidur, itupun malam semalamnya Auni dan Adli memprojek. Arrizqi pun pakat tidur lewat ajak main. Ma'ai.
Aku upah tengok Animal Planet, sebab Adli suka tengok binatang pun tidak mahu lelap juga biji matanya, meskipun sudah landing atas badan aku. Auni disebelah kiri, membebel tidak sudah-sudah, suaranya kuat bikin Arrizqi tidur dengan tidak begitu lena. Akhirnya, kuasa veto aku gunakan, tutup semua lampu dan tv, tiada satu pun cahaya, dan aku tidur. Sudah tidak larat benar mata emak ni, sebelum semuanya melalak dan tidur. Malas aku layan.
Dijadikan cerita, balik daripada kenduri, Auni ajak main di luar, alahai malas betul hendak menunggu. Mata minta tidur, Adli dan Arrizqi pun sudah tidur. So biar dia main di luar, sehinggalah dia boleh ambil kerusi panjat, berbual dengan jiran sebelah rumah.
Auni...Auni...Auni... asyik pula tu dia berbual. Aku dengarkan je daripada dalam rumah, saje. Akhirnya dia berlari kejut Adli yang masih mamai bangun tidur.
"Jomla Adli, tengok abang mandi kolam" sambil tangan Adli ditariknya, Adli malas hendak melayan, nangis sahajalah. Kaki ikut naik tanda protes tidak mahu. Auni peduli apa, dia usaha juga sehingga Adli pun bangun secara terpaksa. Sudah, seorang lagi join mensyuarat pagar.
Sudah tengok anak berborak, takkanla aku biarkan je tambahan jiran yang bernama kak Wan tu pun, asal daripada Terengganu memang tiada masalah. Dia baik sahaja ada anak teruna seorang, Danish sebaya dengan Auni. Akhirnya aku pun bermesyuarat sama sebelum Auni ku lepaskan ke rumahnya buat pertama kali. Jam 7.00 petang, aku jerit panggil Auni kemain syoknya tengah makan nasi. Sabar je la kan.
Tengok-tengok dia balik bawa lori mainan si Danish, ni yang aku menyampah bila kasi dia main dengan mainan orang lain, habis diangkutnya jadi hak milik, bila sudah sampai rumah tidak mahu pula berkongsi dengan Adli. Gaduh. Eeeee... bikin darah emak naik kepala. Tindakan aku? simpan lori mainan tu tinggi-tinggi sebelum abi bawanya turun semula. Isklaaa...
Kami suka buli emak kami. Hehee.
Nota hijau: Best sudah dapat teman berbual.
13 comments:
yg tgh xde botol plak
sama hijau..sama berbotol..so cute
alamak tertekan..
akak pun baru dapat teman berborak..petang semlam baru start mesyuarat pagar..hahahaha
itu la anak2. ada macam2 ragam.
cute baju, balqis pun ada tapi warna pink...
rindunya budak 3 gebu org ni.... lama btol x ke sini kn? lama x update blog... hehehehe... comellah baju pororo... gerammm
Comel:)
cantiknya 3 beradik baju berdondon2. tema emak tak lain tak bukan mesti hijau...hiksss...
saja bikin jeleskan.. tayang baju pororo tu huhuhuhuhu .....
mcm tu la hidup berjiran, anak2 eija ni pun asalkan bukak pintu n terlepas keluar, mmg akan buat mesyuarat pagar la, cuma yg x beshnye dah pandai memanjat pagar...
comel sgt 3 beradik ni sedondon..
auni memang peramah orang ny kan.hehe
Fazilzura:
Blm pandai pegang btl sendiri.
KakJue:
Emak dorgkn suka sedondon.
Dh ddk rmh bwh ni kenala knl dgn jiran.
KakSal, Shiqa:
Hahaa. Peramahnya overshadow emak.
Anje:
Sini ada hero xsmpai hati pula nk pinkkan...set hijau je yg ada size arrizqi tu pun bsr jgk.
Mira:
Tu la, mcm lama je xbc blog sana tu. Blog awak tu terbayang gmbr iman kiss bdk lelaki ms raya.
KakNad:
;)
KakIzan:
Hijaukan cantik ;)
Yana:
Laaa xbeli lg ke. Sy dh bg linkkn...
Eija:
Kwsn rmh eija tu mmg mesra hdp berjiran.
paling x sukenya kalau amir mulakan mesyuarat tingkat, pagar dgn anak jiran tau.. bkn x suka apa.. sebenarnya mls nak melayankan.. tp kdg² terpaksalah juga...
Post a Comment