Thursday, 21 February 2013

Hadir kenduri dengan anak-anak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat pengantin baru Hasmah dan Hisham. Alhamdulillah dapat juga aku hadirkan diri ke perkahwinan kawan satu tempat belajar ni. Walaupun masa dedulu kita hanyalah suam-suam kuku namun, disebabkan pelajar perempuan kelas kita hanyalah 10 orang yang hot lagi gojes maka aku hadirkan diri bersama juga rakan sekelas iaitu abi. 

Aku memang masalah betul part memilih baju untuk majlis, semua sudah oldschool punya fesyen, boleh sahaja berbaju kurung, namun baju kurung aku juga sudah lama tidak update baru, berpasang lagi yang belum berjahit. Aduiii. Jadi untuk test pakai, aku pakai balik baju kain murah tempahnya mahal. 

Syukur sangat, masih cun dan boleh disarung, syabas. Spare tyre boleh cover dengan mendukung Arrizqi dan memakai Premium Beautiful. Spare tyre ni, adatlah kan, salah satu tanda kita sudah bahagia melahirkan zuriat suami, tidak bolehla hendak maintain macam masa bebujang dulu. Usaha sahaja sit-up dengan anak-anak biar tidak ketara.

Ke majlis perkahwinan tidak payah la sibuk hendak menyempit stroller bagai, bukan dia dewan besar pun, di bawah khemah yang pastinya jauh daripada tempat letak kereta. Abi dukung Adli, aku dukung Arrizqi, Auni pegang baju aku as always, dia susah betul untuk di suruh berjalan dengan abi. Emak juga.

Turun tangga, turun bukit, berpeluh juga hendak menyampaikan khemah pengantin, cari port duduk pun dua kali pusing, waktu puncak haruslah ramai orangnya. Selit juga. Auni jangan katalah, dia membebel sahaja. Banyak betul yang tidak kenanya. Budak, bila tidak selesa tahu sahajalah.

Makan pun begitu juga, abi pegang Adli, aku pegang Arrizqi dan Auni duduk sebelah. Abi pandai makan sambil pegang Adli, Arrizqi kecil lagi aku tak reti. Bila abi siap, abi pegang Arrizqi dan bersyukur datang pula seorang kawan satu kelas yang sama, terus Adli melekat pada Razlan. Aduiii mamat tu.

Sebaik sahaja aku bangun bertemu pula my sifu as always Izma, ala comel small family ni sedondon. Suami, isteri dan anak. Sweet ja. Sempat juga berborak barang seketika di tengah panas tu, sebelum aku beredar dan abi berjumpa beberapa orang kawannya. Hendak ke klinik untuk cucuk Adli setahun. Sian Adli.

Kurung moden, tempah sebelum melahirkan Auni.
Wah, ramai betul askar akukan? hehee.

 Adli payah dipisah dengan makan.

 Gadis lauk, hanya memilih ayam atau ikan, nasi taknak.
Kemain lagi melaram.

 Little brother in the house. 
Rambut pacak on the day.

Ingat hendak cucuk sekali untuk setahun setengah, hrmmm tidak boleh. Dikuatiri over-dose. Kelam kabut aku handle Adli dengan Auni, riuh satu klinik. Abi jaga Arrizqi dalam kereta sahaja. Bagus Adli, tidak nangis pun. Terpinga-pinga je. Hahaaa...

Nota hijau: Sempat juga berjumpa pengantin, macam biasalah tiada gambar pengantin, sebab sibuk ngejar anak-anak. Adeih!

14 comments:

Nik Nurehan said...

haha. hadif mcm adli. x leh dipisahkan dgn mkanan. nk kasi dia good boy kena suap mkanan. x kesah la mknan apa. asal mulut boleh exersize. haha

Anonymous said...

tui2, sejak ado anak2 ni .. agak jrg snap gmbo ngn panten ..

nad said...

Comey umminya tu
Muat lg ye bajunye
Hehe
Kalu kak nad, pandang sepi jk la =)

safurara said...

teringin lak nk mkn nasi minyak

eima said...

abi tough umi slim sape caya tu semua anak korg ...hahahaha

Rasp said...

walopun anak dah 3 tapi uminya maintain cam anak dara lagi...
steady lah adli!
tak macho lah kalo nangis kan hehehehehehe...

Masya said...

kalau pg kenduri dgn anak² mmg gitulah kan.. janji dtg dapat jumpe pengantin pun dah kira ok... tau..

Noli said...

keciknye maknyee..hihi..

Gieyana said...

s kalau g kenduripon mls nk snap2dgn pengantin...oh, can't imagine mcm mn uols handle anak2..syabas beb...:-)

ch@ said...

Ann:
boboy mmg mcm tu kot. esok arrizqi besar, mmg mkn je la kerjanya.

fazilzura:
mls nk ngejar pengantin kat pelamin.

kakNad:
muat lagi kakNad, malah terasa sgt longgarnya.

cikPuanRara:
amboi dia, cik nak, puan pun nak juga ye, silala pergi ke kenduri perkahwinan.

eima:
slim? hahaa, sparetyre tak siapa yg tahu. kan eima? berderet askar.

Rasp:
amboi, anak dara lagi...biar betik kak. adli yg taunya main-main-main.

yana:
btl la tu, bernasib baikla jmpa, kalo tak bebetul dtg mkn je. hahaa.

noli:
jelas kekecikkan di situ. adoiii.

gieyana:
cer gi skali, insyaALLAH ada je jln utk dipermudahkan. hari tu pergi pun ada makcik tlg pegangkan. kitorang mkn je la.

sal ya said...

akak blh je mkn dgn anak kecik. tp mkn lambat la. biasa husben akan hbs mkn mesti dia pegang jgk walaupun mak ok2 je.

ch@ said...

kakSal:
kita blm cukup ilmu lagi kak. tak terror.

eija_sweetmama said...

hehe..adli sama betul mcm Ziqry x dpt dipisahkan dgn makanan..

ch@ said...

eija:
ikut jejak la tu.