Friday, 4 January 2013

Gift daripada mamaZN.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dulu... masa aku tak kenal dengan mamaZN ni, aku baca blog Zakwan, Nayli aku merasakan penulisnya over, dan suka menayang apa sahaja. Asal ada entry. Jenuh, aku hendak baca entry mamaZN yang satu hari entah berapa kali update, rajin betul.

Dulu... masa aku tak kenal dengan mamaZN ni, aku berasa hairan, bagaimana penulisnya boleh maintain setiap entry percutian akan diceritakan dengan lengkap, siap dengan harga hotel, bajet, tempat bermain, apa yang ada, ok atau tidak ok lengkap dengan gambar sekali.

Dulu... masa aku tak kenal dengan mamaZN ni, aku rasa dia sangat pandai menarik perhatian orang supaya membaca blognya dengan mengadakan contest atau giveaway simple. Syaratnya yang sangat tidak sukar untuk menyertai.

Itu dulu, orang kata tidak kenal maka tidak cinta. Tidak bersua maka tidaklah mesra. 

Sekarang, aku sangat berterima kasih kepada mamaZN sebab sudi menjadi sebahagian kawan yang sangat suka memberi kata dorongan dan semangat. Kali pertama berjumpa, ketika menghadirkan diri di majlis ulangtahun ZaquanZiqri atau Sweetmama lebih dikenali dengan Eija.

Kekok juga masa tu sebab, mamaZN panggil Eija dengan panggilan kakak sedangkan aku panggil nama sahaja, sedangkan mamaZN aku panggil kakNad. Sudah jadi huru hara rasanya. Kesimpulannya, kakNad dan Eija lebih umur sedikit daripada aku. Apa ada pada umurkan?

Kali pertama jumpa, yes aku terpikat dengan senyuman kakNad, ikhlas macam Eija. Cepat je dia menyedekahkan senyuman manisnya itu dan terkagum dengan ke'sporting'an papaZN yang tidak ketinggalan untuk merakam detik indah pertama kali kami bersua. 

Sekarang, aku tahu kenapa kakNad ialah seorang yang sangat rajin dan tekun bila tiba update blog Zakwan, Nayli. Melambangkan beliau ialah seorang yang suka berkongsi maklumat dengan kawan-kawan. Dan, aku tahu bahawa dia seorang surirumah apabila membaca komennya di entry blog Lea, ibu kepada Ruhil Iman dan Nouri Ilham yang menyatakan bagaimana kakNad menguruskan rumah.

Sekarang, kakNad ialah mentor aku. Aku belajar breastfeeding, menggunakan ClothDiapers, urusan rumah tangga, dan hhal-hal yang berkaitan dengan rumah. Kagum denganmu kakNad, dan terima kasih atas ingatan untuk menghantar GA ini kepada aku. Comel sangat ada gambar dak berdua tu. Next time siapa hendak buat GA, just do it like this. Terus lekat di peti sejuk. Terima kasih atas ingatan, terima kasih atas jalinan persahabatan. Nanti kita jemput bila housewarming, tak pun datang je bila kelapangan.


Aku, kakNad dan Eija. Aku paling kecik tapi anak dah tiga. Hahaaa.

Sama-sama kasih kakNad sebab sudi kawan dengan kita.

Nota hijau: Tidak rugi berblogging, tidak rugi berkawan.

14 comments:

Imaan09 said...

mmmh, ko blum jumpa aku cha.. hahahahaha..gurau ek, ku ini tiada apa yang hendak dibanggakan..kihkih.. MamaZN mmg besh..bila sbut ketekunan suri rumah, mesti terbayang dia ssbb tau segala ceritanya.. pasni kamu plak laa cha,kan suri rumah jugek..

eima said...

NAd mmg best ..aku pun suka die ..eh eh tetiba plak....

nad said...

ahahaahha...!
cha, tibe2 tebal je muka kak nad ni..
ayat 'over n menayang apa sahaja' tu mmg sgt jujur cha...
takde org lain yg komen kak nad camtu
thanks tau, ahahaha!!!!

over tayang aktiviti anak2 je pun cha..
nak tayang coach, ipad, iphone, jangan harap la kan..mmg tak la kot, sbb tau tak mampu, hihihi...

hadiah kecik je..
tanda peringatan dan penghargaan
thanks cha, sbb sudi berkawan ngan kak nad...

p/s: melambung sgt pujiannya tu, hihi...apa2pun thanks utk entry ni :)

Rasp said...

byk yg i belajar dari blog nie sis..
plus ramai kawan i 'jumpa' kat blog nie...
memang tak rugi :)

Bonda QWP said...

Rasa sgt rindu nak berblogging kembali. tapi takde masa nak mengarang... "p

Masya said...

suka jugak singgah kesana baca kisah nad dgn anak² dia.. mcm² kerenah hihihihi

bylindakitchen said...

anak dah tiga..badan masih maintain..
cun lagie..hihi..salam kenal ;)

mamaarifakeemaisy said...

Comelkan..dpt gk tp tk sempat post kt blog lg..n3 k.ina sume basi2x..hee..

mmg perajin Nad ni...suri rumah pun sempat updte blog mcm2 cerita..kagum..dgn anak kecik lg..

Pilihan mentor yg gt sesuai..:-)

Jue said...

betul serius kagum dgn nad yang rajin update blog

ch@ said...

Lea:
aku rasa satu hari nnt aku sampai rmh ko Lea, kajang je kan?
ahaks, aku surirumah yg lite2 ja. pemaleh.

Eima:
hahaa, takpe aku phm maksud ko tu.

kakNad:
jujurla kakNad, mmg itula kenyataannya. kita pun sama, xde yg coach, ipad, iphone tu. smua org belikan.

rasp:
akak blajar drpd bloghijau ni? takkanlah. tapi, kalau drpd aktiviti berblogging, mmg tak nafila, ramai kwn, byk pendapat.

bondaQWP:
alaaa, taip pendek2 ja, asalkan menarik. sygla perjalanan kehidupan yg indah tidak dikongsi.

Yana:
babyNayli la ekstreme mcm Auni.

MiszPinkieWinkie:
salam perkenalan.
erk? cun? hahaaa.

kakIeyna:
kan-kan-kan. kita pun skip2 nak buat entry. nak maintain satu hari satu pun malas. bahahaaa.

eija_sweetmama said...

nak cerita ttg Nad termasuk sekali cerita eija, terharu pulak rasa..

yup..apadehal dgn usia, lgpun eija dah terbiasa masa mula2 kenal cha bahasakan diri nama je..

eija pun suka berkawan dgn Nad, dengan Cha pun eija suka berkawan, rasa mcm rapat je..

eija pun dapat Fm ni dr Nad, tp x sempat lg buat n3..suka cara cha menulis..ada cerita disebaliknya..

Cha nnti eija nak alamat baru cha ye, ada ole2 Fm Vietnam utk cha :)

ch@ said...

Eija:
wah, ole2. suka2. thanks Eija.
maksud disebaliknya? apakah?

eija_sweetmama said...

Hahhaa..'maksud disebaliknya' tu cerita yang penuh dengan maksud..boleh ke explain mcm ni, nak explain pun x pandai..tp yg penting mmg suka la cara cha menulis..

ch@ said...

Eija:
Takpe yg penting eija suka :)