Thursday, 1 November 2012

Tahniah mamaMikhail.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini kisah betul. Kisah yang diluar kotak jangkaan fikiran. Semua orang sedia maklum, kita berkawan rapat. Kamu sungguh rajin buat entry dan membantu aku dikala aku menyambut dan membuat hari bahagia. Walaupun kita baru dua kali bersua muka, berkenalan daripada tarikh lahir Mikhail membuatkan aku terus selesa bangat berkawan dengan kamu.

Kita dilahirkan dalam keluarga yang sama kecilnya, punya emak, bapa dan seorang adik lelaki bezanya adik lelaki kamu sudah berumahtangga berbanding aku. Hal kecil bah. Kita juga punya keluarga sendiri, anak sulung kamu si Mikhail sama umurnya dengan Auni. Kan Mikhail itu lahirnya pada due date Auni yang sepatutnya. Kebetulan.

Hari ini, jam 9.30pagi kamu berjuang untuk melahirkan seorang lagi cahaya mata yang dinanti-nanti. Keluh kesah dan kisah tentang keguguran kamu yang lalu sudah tinggal jauh sebagai kenangan cebisan kehidupan. Apa yang penting cabaran di hari mendatang.

Saat kamu mengadu kamu hamil, tentang bayi kamu yang sihat, tentang rutin check-up, tentang perangai Mikhail, tentang keadaan kamu, tentang kegemaran dan ketidaksukaan kamu, apa sahaja ketidakselesaan kamu selama enam bulan, aku turut menjadi salah seorang penyimpan rahsia besar ini. Sehinggalah kamu mewar-warkannya di blog setelah bertukar uniform. Aku isytihar diri sebagai penyimpan rahsia terbaik. Hahaaa...

Dan apabila kamu khabarkan berita gembira ini, tiba-tiba sahaja aku menyatakan aku juga hamil tujuh bulan. Tehehehe... sekali lagi kita punya anak yang satu umur. Menariknya punya jantina yang berlawanan sebagaimana yang sulung, lebih hebat lagi apabila aku telah pun selamat menjalani tempoh berpantang terlebih dahulu meninggalkan kamu. Kita beza hanya 17 hari sahaja. Hihiihiiii...

Hari-hari kita cerita pergerakkan baby, hari-hari kita cerita tentang baju hamil, hari-hari kita cerita fasal pam susu, hari-hari kita cerita fasal baby, kita kongsi pengalaman, kita kongsi rasa yang sama, kita kongsi menu ibu hamil, kita kongsi semuanya walau hanya menggunakan GTALK. Seronok bila sama-sama pregnant beza seminggu atau dua minggu sahaja.

 Daripada mamaMikhail.
Baby Deena-[ikut kata abangMikhail]
1hb November 2012 * 10.25am * 2.92kg
Selamat Datang baby chubby lagi cumelsss...

AbangMikhail dan kakEda. Beloved sista.

Dan, ada lagi sebuah kotak besar belum sempat aku kirim untuk kakEda. Hahaaa.

Percaya dan tidak, terkejut atau tidak inilah realitinya cuma aku hendak meminta maaf pada kak Eda sebab mendahului dengan kelahiran Adli terlebih dahulu menjadikan aku mendahului dia. Apa yang penting ialah, semoga anak-anak kita kekal sihat sebagaimana emak-emaknya juga. InsyaAllah.

Once again, tahniah buat kakEda, mama Mikhail dan suami atas kelahiran baby girl secara pembedahan pagi tadi. Abang Mikhail dah bagi nama baby Deena untuk adiknya. Sweet sungguh.

Nota hijau: Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Mari kita pantang sama-sama. eB your turn will be coming ;)

16 comments:

Imaan09 said...

eh cha.. kamu berdua kawan blogging saja?? bukan ke ada ikatan sedara-mara?? (mana pulak aku baca ni..?)
apapun tahniah mama-mikail+deena

JaSSNaNi said...

tahniah to mamamikhail...
selamat berpantang to her.. :)
comelnye baby..

puanstoberi said...

hihi...
beliau rakan sepejabat, tp ofis beliau di IKN. Hihik.. jemput dtg ofis kami nati ya.. :P

Baru je uruskan hal cuti beliau tu ari(eh, bkn akak la.. unit sebelah. huhu)

nad said...

Alhandulillah, sepasang jugak akhirnya =)
Tahniah kak eda!

Masya said...

tahniah.. akhirnya selamat bersalin sudah.. baru baca blognya pagi td kata masuk wad...

Mrs. Simplicity said...

alhamdulillah, penantian berakhir. sepasang sudah, sampai kan salam sy pada mama mika sekeluarga. tahniah ida!

p/s : sedap baca cerita kamu dalam entry ni :)

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah..tahniah buat eida..dh dpt sepasang
srnok tgk kwn2 ramai yg dpt baby baru..

tomeynye baby Deena :))

@e_da said...

trharu daku membacanya... Penantianku telah berakhir.. Terima kasih mendengar keluh kesahku syg...

mamaarifakeemaisy said...

Tahniah buatnya~

sama2x berpantang pulak ch@ dan dia.. ^_^

syoknye dia dah ada babygirl..lengkap sepasang.. he..k.eina next yearlah.. kena terus mencuba..hehe~

ch@ said...

Lea:
kwn blogging je la. tiada ikatan dan kena mengena pun. kebetulan kitorang byk persamaan.

JassNani:
cutekan? mcm mummy dia sejibik.

kekDa:
ye betul tu. dia pun dh beritau, tau pun sebab bila menjelang hari kraft, masing2 promosi.

kakNad, Yana:
syukur.

Alyyani:
insyaALLAH.
hiks... entry hendak cepat ni.

Eija:
bestkan tgk kwn2 gembira. kita pun rasa gembira.

kak@Eda:
lepas ni kita cerita pasal perkembangan anak2 pula ye. kamu jgn tinggal daku kak, daku tiada di opis lagi.

kakIeyna:
terus kak, skrg akak rancang mcm mana ek. share ngan kita.

Izan Ishak said...

tahniah mamamikhail...comelnya bby deena.

persamaan tu yg buat kita jadi lebih rapat dgn seseorg kan cha~

sal ya said...

tahniah utk mama mikhail.

ch@ said...

kakIzan:
persamaan menjadikan kita sng hendak kongsi apa2 aja.

kakSal:
:)

mamaarifakeemaisy said...

ch@, k,eina makan ubat jer.. Mavellone.. masa 1st dulu, pakai injection ..tp badan naik menggila,, bagai dipampam..

kali ke2 ni try mkn ubat, herm.. badan dah sedia berisi, tak naik pun,, dh berisi jugak..huu~

ch@ said...

kakIeyna:
pnh dgr gak tu, tapi kwn kita kata ambil kalo xbreastfeeding. breastfeeding ni yg sesuai noriday ja.

bersedia nak dipampam jgk :)

Salina@IbuAqil said...

Tahniah Mama Mika..
Tahniah Mika..
Selamat lahir baby.. ;D