Monday, 26 November 2012

Suka dan duka.

Berebut pangku.

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA

SABTU, hari suka sebab abi balik selepas dua minggu. Walaupun adanya dia lebih kurang macam tak ada tapi lega jugala bila dia teman dak berdua tu aku boleh urus diri sendiri dan Arrizqi.

MERUPAKAN hari tidak suka juga kerana berebut kasih abi dengan Auni dan Adli. Hrrrmmm...mengalah je la. Baru nak baring manja-manja dah kena gusti dengan Adli. Gila kejam tak bagi can langsung.

SEDIH betul bila tengok dorang serbu abi, berebut pangku, minta teman merwarna, minta makan, minta ais krim, minta mandi, balas dendam sepanjang tempoh ketiadaan abi. Emak duduk tepi memerhati menangis dalam hati memikir kasih yang telah berbahagi bukan sahaja tiga tetapi empat. Arrizqi kecil lagi belum mengerti.

AHAD, hari gembira sebab balik rumah sendiri. Yeay! Penuh padat dalam kereta. Dulu berempat sekarang berlima. Kecoh tidak terperi bila mata semua degil tidak mahu tidur, barangkali teruja di bawa berjalan jauh jadi masing-masing sayang hendak tidur. Syukurnya, Arrizqi tidur bagaikan kena bius. Memudahkan untuk handle yang berdua itu sahaja.

HARI pilu juga kerana sebaik sahaja melangkah masuk rumah, sekitar rasa berpusing, pitam apabila melihatkan kapal karam depan mata. Uiii! Mengemas licin barang sebulan yang lalu bagaikan sia-sia kerana terpaksa bermula sekali lagi. Satu malam aku mengemas dapur sahaja, itu yang aku mampu sebelum bermimpi jam 2pagi.

SYUKURnya lagi Arrizqi tidak buat perangai bagaikan ikut sama merasai perubahan sekelilingnya. Tidurku lena sehingga mendapat kucupan pagi daripada abi sebelum ke tempat kerja. Hilang semua lelah malam tadi.

SEJUK kaki pijak simen.

Published with Blogger-droid v2.0.9

9 comments:

@e_da said...

Adat berkongsi kasih.. Take time umi... Pasti ada masamu berdua nanti... Hihi

eija_sweetmama said...

Aduihai Syahdu pulak rasanye bila masing2 berebut nak bermanja ngan abi dia..

alhamdullillah Arrizqi sgt memahami kalau x lg pening cha dibuatnya..

Jue said...

Samalah kita..berkongsi kasih terutama dgn farisyah mcm hubby kepunyaan dia sorang...
rumah akak mcm kapal pecah tinggal 2bln...tengok rumah time mula2 sampai menangis dlm hati...huhuhh

Unknown said...

bila dh anak anak kena redha la kan psl tepaksa bkongsi kasih..tmbah lak mcm uols..cfm tak terlayan dgn kerenah anak2..jgn buat keja bersat sgt k cha..:-)

nad said...

Arrizqi kn budak baik =)
Sgt memahami =)

mamaarifakeemaisy said...

Selamat berdikari..

Adat..anak2 masih kecil begitulah adanya~

Nanti anak2 dh besar sket, baru lebih tumpuan pada Ummi .. ^_^

Tcare ch@

Imaan09 said...

sian umi kna berebut ngan anak,

Masya said...

berkongsi kasih dgn anak-anak xpe cha... seronok anak² dapat jumpe abi nya yer...

ch@ said...

kak@Eda:
tidak sabar menanti hari itu nnt.

Eija:
masing2 understanding, kadang2 je dorg buat perangai.

kakJue:
hahaa, pnt sgt mengemas. pastu ok dah.

Gieyana:
hihik, takde kija berat pun ada pun buat2 taktau ja. redah.

kakNad:
:) syukur.

kakIeyna:
hihiks, betul2.

Lea:
mengalah bkn bererti kalah. anak2 pun berhak jg.

Yana:
mcm setahun tak jmpa.