Wednesday, 21 November 2012

Auni forever.

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA

HUISH! Gila meligat anak-anak aku ni. Masing-masing dah menunjukkan perangai tersendiri. Request pun sudah pelbagai dan aneh-aneh.

AUNI dah tahu makna rindu. Apabila kena marah lekas sahaja muka berubah riak, sedih. Then,
"Auni rindu abi. Abi mana umi?" terkena pula tune mood aku tidak berapa betul.
"abi kerja, nanti dia balik sini kita ikut balik rumah" masa tu tidak fikir dah perasaan orang yang mendengar.

YANG buat aku sangat lelah untuk tangani apabila, dia mengajak Adli main bersama, malangnya semua yang Adli pegang dirampasnya, depan-depan mata emak dia menolak Adli sehingga jatuh terduduk. Silap haribulan terhantuk tiang terhantuk dinding.

DITAMBAH lagi dengan stres ketidakcukupan tidur emak, hah! Memang nahas, emak transform keluar tanduk dua. Tahu pula tu bila aku bangun mendekati badannya dikeraskan. Aku hantar dalam bilik air gelap.

WAKTU tidur masih sama juga cumanya tiada lagi tidur pada belah siang. Bila sudah letih, lepas mandi petang dia lelap, kesannya jam 10-11malam dia sudah segar kembali sehingga jam 4pagi. On kan sahaja Disney Channel. Tengok kartun, menyanyi, berlawan cakap dengan emak di awal-awal pagi.

AKU terfikir bahawa waktu itu sahaja hanya Auni ada aku untuk peluang bermanja. Lain-lain, sudah tentu dia terpaksa mengalah dengan adik-adiknya. Ok kena cool lepas ni walaupun mengantuk tahap cipan. Panjang juga akalnya jika sama dengan apa yang aku fikirkan.

MACAM mana pun, dia tetap kakak yang terbaik kepada adik-adik. Duduk kampung, macam-macam yang dipelajarinya buat aku bertambah kepeningan. Adeh!

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 comments:

♥cikmOt♥ said...

pengorbanan seorang ibu yang tiada tolok bandingnya...

akak pun masih alami perkara begini...bertabahlah menjadi ibu beranak 3

Nisah Idham said...

hehe alahau=i Auni, makin besar.. makin byk ragam nye. semoga si emak semakin sabar ye.. anak-anak kecil :)

atie @ ejay said...

mcm kakak auni kt sini jgkla.. melasak n berjaga mlm

Unknown said...

Kesian auni..nak attention dr mak die jugak tu..dah lame tak bermanja ngan mak.. same with rania..tp nieza kasi die tido lewat sket...kasi die main dl sampai lpeas isyak..adik after mandi ptg..confirm tido

mamaarifakeemaisy said...

Huuu dpt bygkan..tmbh2 bila si abi tak ada..aduuuh.. sabar ye ch@..

Masya said...

dugaan membesarkan anak ni mmg hebatkan...

amir pun same jer ligatnya sejak ke tadika ni lbh bnyk akalnya huhuhuhu... sampaikan naik saikooo dibuat nak cr akal didik dia...

nad said...

Bertabah la... U can do it!
Auni yg bijak...

eima said...

kesian auni ... kesian Ch@ jugak
xpe la kena lebih bersabar la lepas ni

klu tak awak yg tension

eija_sweetmama said...

Anak sulong mesti la menggunakan kuasa veto dia sbg kakak kan..
xpe yg penting mereka tetap saling sayang menyanyangi kan. samalah mcm Zaquan mmg selalu buat eija pening sekarang dh pandai lempang adik dia kalau adik dia buat salah, tp kami tahu sbnrnya dia syg adik dia, adik dia pun w/pun selalu kena buli ngan abg, syg abg dia..

ch@ said...

cikMot:
insyaALLAH kak, kita cuba yg terbaik.

kakNisah, Yana:
makin pening emak nak cari idea lbh kretif drpd dia.

atiey @ ejay:
:)

NieyxzhaHassan:
rindu juga nak pangku dia, tapi dah tak muat.

kakIeyna, kakNad:
hiks... kental.

eima:
tau takpe.

eija:
auni suka tolak. kalao tolak tu bkn mnja lagi mmg kuatla. adli cool tapi bila sakit dia nangis, kadang adli ni dengki juga, apa kakak pegang itu juga yg dia mahu.

sal ya said...

alahai auni...

ch@ said...

KakSal:
:)