ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA
KESIAN anak emak yang seorang ni, Adli...umi sangat berterima kasih padamu kerana sangat tidak menyusahkan emak. Sentiasa bawa diri dan sangat mudah dikendalikan kerana tidak seperti kakak Auni yang macam-macam hal.
ADLI bukan raja tv macam kakak Auni paling tidak pun dia akan belajar dengan apa yang sedia dipertontonkan. Bila waktu tidur hanya bantal merah Angry Bird sahaja yang jadi teman bersama sebotol susu. Paling seronok sudah tentu tiba waktu makan. Apa sahaja janji bukan pisang dan anggur.
SEBULAN di rumah atok, daripada berjalan teragak-agak kini sudah pun berlari dengan cekap. Bising rumah papan atok dengan hentakan ala giantnya sampaila tergelar raksasa kecil. Berusaha belajar memanjat, daripada terkapai-kapai, ternganga memerhati kakak yang cekap memanjat akhirnya dia memanjat sendiri.
DIA pandai bermaib sendiri tanpa menghirau orang lain. Bangun daripada tidur diberinya senyuman paling menawan walau giginya masih statik hanya lapan batang.
PANTANG mendengar bunyi enjin motor atok balik, dia dahulu yang akan kepala mengejar atok di muka pintu. Herm...
MACAM manalah kalau kami semua pulang ke Sg. Buloh, sudah pasti atok sunyi tanpa kerenah Auni dan Adli yang menyambut di muka pintu. Tiada lagi Auni yang menjadi pemijak belakang, tiada lagi Adli si raja santapan.
HIDUP perlu diteruskan. Aku perlu berdikari menangani Auni, Adli dan Arrizqi sendiri.
10 comments:
Anak no 2 ,, camtu la x byk karenah hehee...
btw, ch@ dah pindah sg buloh ke? B4 ni kat area pantai dalam kan ;-)
Adli mmg anak yg baek
In shaa Allah, smpi ke besar nnt...
pasti akan menitis airmata atok bila adli dan auni tiada lagi di situ. hati seorang tua . :)
alahai berdikari nye adli die tahu die abg .. die tak leh nk manja2 ngan umi sgt ....
baiknye adli, eija rasa anak no.2 ni mmg cool sikit sbb diorang kan air.., Ziqry pun cool sikit nak dibandingkan dgn abgnya.
semestinya atok akan rindu cucu2nya nnti, mcm eija la thn depan nak antar Zaquan n Ziqry masuk taska, tp Atok dh ckp lepas ni sunyilah atok dh pencen cucu pulak xde..
sebak pulak membacanya..
1.sebak sbb adli yg pandai jaga diri, faham pulak dia, dia sudah ada adik, n ummi sibuk uruskan adik..good boy~
2.sebak sbb bygkan keadaan atoknenek nanti, dpt faham.. mesti diorang akan sunyi,.hu~
apapun, hidup perlu diteruskan ye ch@ ^_^...hrp dipermudahkan utkmu..
kakRet:
nak kata kakRet la tu kan, hiks.
yups dh pndh sg buloh, tak duduk lg quarters pantai tu.
kakNad:
amin, tapi mcm dah stat nak meligat je tu. cerdik dia lain mcm.
kakNisah:
kembali sunyi. jadual pun bertukat lagi.
eima:
mungkin jugala.
eija:
tapi atok rajin pergi melancong. hihiii.
kakIeyna:
btl, mama sendiri pnh cakap, anak-anak jaga sendiri. ok noted. hiks.
nape entry ni mcm sedih yer... sbb lagu background ker?? huhuhuhu...
ramai kata anak ke-2 berdikari... iyer kot..
cpy je besar si adli ni.
Yana:
Ahah background tu. hicksss. I anak sulong.
KakSal:
Cpy tu apa kak?
Post a Comment