Tuesday, 4 September 2012

Cinta hati.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa yang aku rasa setakat ini, bersyukur. Kehidupan, walaupun terasa sangat mencabar namun aku masih boleh gagah dan gigih menempuhinya. Apatah lagi sedang berbadan dua, yang sentiasa beremosi dan menghadap kerenah dua orang anak yang sangat diminta perhatian.

Penat, lebih kepada sangat penat sebenarnya, hendak menangis tapi siapa ja yang hendak pujuk, abi sendiri begitu sibuk mencari pendapatan untuk seisi rumah, membantu menengokkan, memandikan, mencuci berak anak-anak, mencuci baju, itu sudah cukup baik bagi aku. Sudah cukup ringan sedikit beban yang tergalas di bahu aku walaupun nampak sangat simple.

Ini waktu aku bekerja, jika sepenuhnya surirumah? ye, sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal, apatah lagi berhadapan dengan 3 orang cahaya mata. Tangan sotong? tangan labah? itu sudah semestinya. Aku harus lebih kuat dan perlu meningkatkan kesabaran dan mengurangi sikap suka merungut. InsyaALLAH.

Bersyukurnya, Auni sudah pun petah bercakap walaupun agak pelat. Perlahan-lahan aku sentiasa perbetulkan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak betul. Perkembangannya sangat diluar jangkaan walaupun kegemarannya hanya menonton Disney Channel.

Sangat ringan tangan sampai melebih-lebih buat aku naik pening. Sudah tahu jika aku angkat baju daripada ampaian, baju tersebut perlu dilipat. Dia menawar diri walaupun lipatannya huru-hara. Aku pasrahkan aja, masuk almari nanti aku betulkanla semula. Biar dia seronok titik peluhnya dihargai. 

Sayangnya masih tidak mahu membuang dalam bilik air. Letih berpesan, masih lagi tiada hasil. Tahu-tahu seluar dipakai sudah lencun. Alahaiii Auni. Setiap setengah jam aku tanya. Jawapannya tak-tak-tak dan tak. Bila tak tanya, elok pula seluar dah basah. Ye, masih memerlukan training lagi.

Adli sudah pun melangkah setapak dua. Makin hari makin laju tingkahnya. Sangat peramah dan suka dengan kamera. Perkembangannya juga sangat cepat seperti Auni, sama-sama naik. Sekarang, sangat suka dengan kakak. Apa-apa harus hendak kakak, walaupun kakak tengah cuci berak.

Bersyukurnya, Adli suka makan. Sekarang ini, Adli makan apa sahaja. Melihat Adli makan, Auni akan turut sama hendak makan. Senang hati aku bila keduanya menunggu giliran hendak disuap secara bergilir. Mereka makan bila-bila sahaja, sebab emak dorang pun suka makan tidak ikut masa. Hihiii.

Baby rizqi, walaupun belum keluar sudah pun mencecah minggu-30nya, cukup membuatkan emak tidak lena tidur kerana kehebatan tendangannya. Sama macam Adli dahulu. Mujur ada Auni tukang layan emak yang tidak boleh tidur ini. Semoga terus kekal sihat sehingga mencecah usia sepatutnya untuk berjumpa kami semua. Amin.

 Pempuan ni suka buat lawak.

 Lelaki ini suka ketawa.

 Lelaki yang satu ini, serius dan susah ketawa tapi dia penyayang.
 
Aku sangat berharap agar kehidupan ini terus dipermudahkan. Diberikan aku kekuatan yang boleh mengawal seisi rumah-insyaALLAH.

Nota hijau: Entry touching, untuk menghargai betapa indahnya kehidupan. Syukur. 

14 comments:

Imaan09 said...

cha.. gambarmu nan bertiga itu sebenarnya berempat kan cha??? aduiii..kisahmu terngiang2 di kepala ku..huhahuhaa..

Jue said...

kisah ibu muda...
tapi dalam banyak2 cerita termengandung tue paling kelakar "baby rizki" betullah...

eima said...

hahaha aku klu teringat PB tu ..aku rasa nk gelak je ... boncit berisi rupenye....

Gieyana said...

mmg Cha..penat tmbah lak Cha brbdn dua..kena tabah n sabar k..

Mcm sy nak lg cahayamata but Allah belum izinkan lg..walaupon ada srg, sy turut rs kepenatannyaapatah lg Cha yg bakal terima yg baru.apapon perancangan dariNya adalah yg terbaik kan..:-)

eija_sweetmama said...

Syukur Alhamdullillah..Itulah kehidupan penuh warna warni ada asam garamnye, suka duka ..Moga kita semua dapat menempuhinya dgn sabar kan & bersyukur dgn apa yg kita ada.

Eija pun sama nak kurangkan sikap suka merungut..hehe, mmg bila kita dh penat mulut ni lancar jerk nak merungut..huhu..

Perkembangan Adli sama mcm Ziqry..Peramah, kuat makan dan cepat betul belajar..

Rasp said...

memang kena byk bersabar kan sis..
nak nak jadi surirumah nie...
kerja non stop mesti ada jer...
tapi it sounds as though u are handling it well, insyaAllah...

nad said...

insya-Allah cha mampu utk atasi semua dugaan
kerenah anak2, keje2 umah, baby rizqi
insya-Allah, kak nad doakan cha mampu
sblm ni pun ok, apatah lagi akan dtg, insya-Allah...

Salina@IbuAqil said...

Entry yg sgt santai walaupun penuh emosi..
Dan ada part yg lawak buat akak tersengeh sorang2..
Auni!! Adli!!
Ibu rindu sggh dgn kamu berdua.. ;D

mamaarifakeemaisy said...

mai lg, nak tinggalkan komen, siang td sempat baca ja..hehe~

Ibu muda, banyak lg cabaran dan dugaan yg bakal ditempuhi, hrp2 kita sentiasa diberikan kekuatan super mama ^_^

awak boleh! take care to u n both of them...muaah~

ch@ said...

Lea, kakJue:
tehehe, btl la tu. tak perasan.

Eima:
sibuk sgt hendak kurus. konon spare tyre teballa.

Gieyana:
kita sama2 menghadapinya kan Gie? itulah cabaran menjadi emak apatah lagi yg bekerjaya. seorang wanita itu mampu menjaga 12org anak. insyaALLAH.

Eija:
btl kata Eija, kalau x mahu merungut, jgn bg bdn penat. tapi cemana nak bg bdn x penat? hrmmm...

Rasp, kakNad, kakIeyna:
smg kita tabah kak. berdoa sgt2 smg tiada apa2 sakit kronik yg mengganggu kesihatan ini.

ibuAqil:
lepas ni kalau hendak ke rumah kita, kena ke destinasi barula nmpknya. hiii. part klakar tu, mmg tak ada pd org lainkan?

sal ya said...

jadik fully housewife lagi mencabar cha. mmg suara tu kalahkan tarzan dok jeritkan yg tu yang ini yg nombor 3 lg. hehehe...

ch@ said...

kakSal:
ooo kena testing suara dulu la mcm ni. lantang ke tak.

Masya said...

insyaallah.....
kuatkan semangat
kuatkan hati ....

ch@ said...

Yana:
amin :)