Tuesday, 5 June 2012

Projek dah mula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baik korang cakap korang rindukan aku. Hahaaa. Kejam betul. Baru sehari takde entry dah rasa macam orang glamour sesangat ek. Aku macam blur-blur lagi ni, hahaaa. Almaklumlah kena handle rumah sendirian.

Masuk hari ke-tiga, Auni dah mula tanya abi, ni yang masalah problem. Macam biasa aku hantar dan ambil dorang, lepas je aku parking kereta bila balik kerja, aku akan solat Asar, kemas rumah, cuci baju, masak nasi terlebih dahulu. Bila dorang sudah balik, memang berguling dengan dorang sahajalah.

Adli, sejak dah besar ada 6 gigi ni... manjanya kemain. Walaupun seronok bergelak ketawa dengan kakak, bila tidak nampak kelibat emak mulala dia menyanyi. Sampai naik pening aku hendak buat kerja. Memapah sudah keliling ruang tamu, bila part hendak duduk sendiri mulala failed. Gabra, masih gayat.

Memang macam ni la keadaannya.

Hujung minggu lepas, berjaya juga aku bebaskan bakul sampah dengan Drypers kotor. Hahaaa, fully CD dan berjaya, memang dua hari yang cukup struggle hendak kendalikan CD-CD kotor tu, apatah lagi Adli asyik membuang tidak sudah-sudah sehingga punggung naik melecet.

Menjadi masalah bila hendak mandikan sebab pedih sampai demam. Aku tidak tahu dia demam kerana melecet tu atau gigi tumbuh lagi. Apapun bila aku lapkan kering, pakaikan CD bila hari kedua semuanya sudah kering. Dia pun dah suka hendak mandi. Oh, lekas sembuh melecet dia.

Malam tadi, tertinggal aku seorang dalam bilik. Adli sudah pun join Auni di ruang tamu. Aku memang flet habis. Sedar-sedar, seorang main bedak, seorang lap tv. Adoiyaiii, jam menunjukkan 4pagi. Huaaaaa. 


Terus aku angkat Adli masuk bilik balik semula, paksa dia tidur. Eiiii dak ni, pantang nampak orang hendak main, dia pun cepat sahaja. Si Auni memang jangan katalah, waktu malam is waktu siang dia. Mulutnya macam murai, pot-pet-pot-pet. Kalau suruh mandi, memang macam dalam jakuzi di buatnya. Berenang dalam besen.

Sangat pandai menjawab dengan penuh sopan. 
Bila minta pertolongan, jawapan dia "ok, baiklah".
Bila dia malas, jawapan dia "ermmm, tak adalah umi. tak apalah".
Bila emak kata mengantuk, kata dia "ngantuk? tidurlah"
Bila beri biskut/ air, dia akan balas "terima kasih umi"
Bila aku lambat bangun buat susu, tindakan dia? "sayang umi, sayang adik" - kiss pipi Adli dan emak. Hiii.
Bila dia mengantuk, katanya "Aoni ngantuk, nak tidurlah"
Bila dia lapar, sambil pegang perut "Aoni lapar"
Bila sudah kenyang sambil baring peluk bantal "taknak lagi, dah kenyang"
Bila buat salah, memang dialah manusia paling jujur mengaku. Hahaaa. Sampai tidak jadi hendak marah.

Ohhh, my lovely daughter sudah besar. Sebaik sahaja aku sampai opis, aku suka kenangkan perangai dia yang sangat macam-macam. Hiii. 

Nota hijau: Cepatlah abi balik, tolong layan budak berdua ni. Aku ni ibarat, tidur tak lena mandi alakadar. Makan? memang kalau dah hanyut dengan Adli, aku lupa untuk makan. Hahaaa. Sebab tu kabinet dapur aku penuh dengan biskut, roti, bijirin tidak lupa megi. Peti mesti penuh dengan jus, buah, jem roti. Aku akan makan bila sempat sahaja ;)

16 comments:

Unknown said...

tu la kekdahnyer anak2 nk membesar kan...me pon selalu miss makan...kerempeng dah...huhu

rasp said...

sgt suka dgn dialog auni ok...
chomeiiii sgt jawapan dia :D

nad said...

abi outstation ke?
kak nad tau, cha kuat!
bleh uruskan umah wpun bekerja
tak sepenuhya ala kadar pun cukup la
take care k!

Farra Dhelina said...

kita ni sbg ibu, mmg dh mcm katon kan.. hehehe.. lagi2 anak tgh membesar..mmg lah haha rasa tak cukup je 2tgan ni..

Masya said...

hubby outstation yer...
budak² baru nak membesar mmg penatlahkan nak melayannya.. dulu amir masih kecik pun mcm tu..

eija_sweetmama said...

Adli sudah ada 6 batang gigi ye, cepatnya tumbuh dr Ziqry, Ziqry baru 4 btg ..

betul tu kan cha, bila kita sndirian uruskan anak2 rasa mcm x cukup tgn jerk, eija pun kalau asben ada hal kalau boleh mmg suruh cepat la balik lebih2 lg anak2 pun jenis rapat ngan papa nye..

sal ya said...

adli dah besr ye? dah ada 6 batang gigi. azfar bau je nak tumbuh sebatang. tp betul la. manjanya pun bukan main lagi. nak buat kerja lain pun susah sebab dia dah tak berapa mahu dgn orang.

Izan Ishak said...

siannya cha tanpa abi di sisi... penat melayan kerenah anak2 ye. sabar banyak2 ye cha...

ellynadyra said...

memang memenatkan kalau hubby tak ada kan...samalah kita ni ar....makan pun tak sempat......salam kenal!

eima said...

enpanjang pun os gak ...

seb baik la MIL dtg bantu ...hehehe

gigi dah 6 dah ..cepatnye ..alisha 1 pun tk de lagi ...

Salina@IbuAqil said...

Alahai cik oni..
Rindunya ibu sama kamu..
Keletah kamu..
Bahagianya hari2 ibu mu adanya anak seperti kamu..
Muahxxxx cik oni..

ch@ said...

eT:
betulla tu. tapi kita punya spare tyre, maintain.

rasp:
kalau dengar dia punya jawapan, mmg diluar kebiasaan budak2 menjawab. kadang2 sampai mak pak dia tercengang.

kak nad, kak izan:
thanks sis, kena kuat juga walau macam mana pun. harung je la.

farra:
betulla farra. katun, hulk, tarzan. smua pun boleh jadi.

yana:
masa ada auni seorang boleh je pergi kedai lagi, bawa auni. bawa dia main, skrg ni blm berlatih lagi hendak buat mcm tu. rmh mmg tunggang langgang.

eija:
yg dah nmpk 4 btg, dua lagi baru timbul. btl tu eija, kalau call, msg tu dpt tak apa. iniii, langsung tak ada berita. lagila parah perasaan.

kak sal:
ye, lain pesen dak lelaki ni punya mnja. beza btl ngn kakak dia, independant, tinggal je tau2 dah bwh meja mkn, tau2 dah bawah sofa, tau2 dah dlm ruang kosong almari.

ellynadyra:
salam perkenalan :)
tabik dgn surirumah yg punya suami selalu kerja luar :D

eima:
wah best ada assistant. MIL aku pun kerja, mama aku berholiday kat langkawi, papa aku ada kat JB. merata fmly aku. hahaaa. aku je la kena handle rmh tgga.
takpe eima, pembesaran anak berbeza-beza. jgn risau.

mamaarifakeemaisy said...

sangat comel kan mereka seusia ni...bijak bercakap!

aduhai..makin slim melim la mak budak ni..makan ala kadar jer..akak ni, jgn kate la, ontime makan... blk kg lagi la...huu~

ch@ said...

kak ieyna:
huhuuu, bila tak sempat mkn tu mmg hadap tidur je la kak. bila dpt mkn, mmg tak hengat dah. habis pulun. takde la selim mana pun.

♥SyilaSyira♥ said...

budak klo dapat air mmg kan..berejam² pun xpa..alahai anak..

ch@ said...

syila:
tahu tu, kalau air sejuk melalak dulu.