Wednesday, 27 June 2012

Mood jiwa-jiwa gitu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selepas Zohor, aku duduk merenung diri sendiri di hadapan cermin, siap didandan cantik oleh mak andam sempoi. Sempoi sangat, gila-gila sampai tidak dapat aku rasa rentak degup hati sendiri. Kali terakhir aku lihat wajahnya melalui tingkap pagi tadi. Baru sahaja sampai bersama pengapitnya seorang teman sekuliah aku jua.

Memang tidak pernah terpisah dua orang ni, haih. Aku wakilkan mama untuk menyerahkan sepasang baju melayu warna putih serta samping songket krim buatan Terengganu yang dibeli khas sempena majlis bersejarah ini. Gataran jantung semakin kencang. Telan liur. Terus berbalas message untuk mengetahui keadaannya, sehinggalah saat aku melangkah kaki keluar bilik.

Aduhai, tabahlah hati, sabarlah jiwa. Dalam pada mengira detik waktu, dalam pada mengawal gerak langkah kaki dengan kasut tinggi seinci, dengan sut kebaya di sewa mama, dalam pada melemparkan lambaian bak ratu cantik, aku paksa bibir untuk senyum. Apatah lagi saat melihat muka mama tergamam berdepan dengan aku yang sudah agak tinggi daripadanya. Mulala hendak berdrama air mata pula. Adeilah-adeila.

Aku menaiki kereta dipandu adik ke masjid yang terletak di antara sekolah agama dan sekolah kebangsaan tempat aku mendapat pendidikan dahulu. Terkenang lagi. Take a deep breath. Long deep breath. And push out slowly. Sebak.

Sebaik sahaja kaki melangkah keluar kereta, daripada jauh kulihat dia segak berbaju melayu putih. Siap dengan samping dan songkoknya. Kacak. Peluh mula hendak keluar apabila kaki melangkah masuk ke dalam masjid. Pendingin udara dalam masjid ini bagaikan berhenti berfungsi. Apabila urusan selesai, aku diminta untuk duduk berdekatan sedikit dengan pengantin lelaki. Eheks, ku jeling sekeliling.

Hendak menangis melihatkan along dan bonda QWP ada di antara mereka-mereka yang mengiringi aku ke masjid ini tadi. Oh my! She and he is my bestfren forever, best sista and brother ever. Tidak lama kemudian, datang pula murid-murid sekolah agama yang hendak bersolat. Oh… hari ini hari Jumaat. Dengan dikelilingi dan disaksi mereka semua majlis akad nikah antara aku dan dia berlangsung.

Alhamdulillah dengan dua kali lafaz aku sah menjadi isteri Norerwandi bin Sumardi. Hendak menangis atau hendak ketawa? Terpaksa aku simpulkan senyuman kelegaan, dan simpan semuanya dalam hati. Argh! Saat bersalaman dengan mama, papa, abah [mertua] dan ummi [mertua] air mata jatuh jua. Aku gagal mengempang air mata. Mujur diingatkan ada alat solek yang tebal setengah inci ni, semuanya kalis air. Hehehe, terasa macam buruk benar bila menangis di dalam masjid besar ini akhirnya pulang ke rumah dengan gelaran baru.

Debaran sedikit lega apabila akad nikah tersebut berlangsung dengan suasana aman. Berlangsung dengan damainya. Malam itu, mama buat kejutan. Dalam perancangan, malam itu merupakan majlis khatam alQuran, tapi tidak ada. Aku dirai dalam majlis berinai dengan penuh meriah. Syukur Alhamdulillah. 

_
Kalaula muka aku cenggini hari-hari, mau nipis kulit muka. Hahaaa. Hilang semua lopak jerawat.

Nota hijau: Aku seram sebenarnya nak taip entry fasal jodoh-jodoh ni, karang ada orang tembak tidak tahu apa sebabnya. Hrmmm... aku cerita berdasarkan pengalaman aku sahaja. 

Status: Ulangtahun Perkahwinan ke-4, terima kasih abi atas segala-galanya. Dikurniakan sepasang cahaya mata, aku cuba menjadi isteri untukmu dan emak terbaik untuk anak-anakmu, insyaALLAH. Lelebih lagi mengurangi tabiat suka merungut aku ni, huhuuuu.

17 comments:

puanstoberi said...

Hihi... sweet.
Tadi dah wish..tp nak wish lagi. Happy Anniversary.. tahniah sbb hidupmu dah hampir lengkap walo baru menginjak tahun ke empat. Alhamdulillah.. syukur rahmat Tuhan :)

nad said...

hepi anniversary cha n hubby!

TS said...

happy anniversary sis..
moga kekal hingga ke akhir hayat...

*SiRibenMerah said...

happy anniversary..

♥cikmOt♥ said...

Happy anniversary buat cha dan hubby...moga kekal hingga ke akhir hayat

sitiebby said...

happy anniversary cha.moga kekal bahagia hendaknya..

Mek Rose said...

hepi anniversary cha...moga kekal utk dunia & sambung ke akhirat pula...
moga kalian hepi2 sokmo ya...tahniah dari akak..:-)

Yatie MS said...

hepi anniversary cha & hubby.. moga sentiasa happy dan bahagia selalu..

eima said...

hepi eniberseri dear ... semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga .....

@e_da said...

puitis dan syahdu... pandai cha mengarang ayat untuk orang menghayati bersama di hari yg penuh bermakna untuk korang.. kami dapat sama2 merasainya... apapun semoga bahagia selamanya

Masya said...

happy anniversary.. moga kekal kehujung nyawa... gold gitu...

Lyaa Suriany said...

cantik kak cha.
seri penanten org ckp
nk pakai bju penanten lg ye
hehe

eija_sweetmama said...

♥ Happy Anniversary Cha..♥
Moga Jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat..AMIN

MiErA said...

Happy anniversary kak cha...weeeewiiiittt :)

ch@ said...

kekda, kakNad, ieyla, siRibenMerah, cikMot, sitiEbby, kakRose, kakYatieMS, eima, yana, eija:
terima kasih atas ucapan korang semua. sangat menghargainya. oh, touching.

kak @eda:
ngade buat ayat novel la kununkan. hahaaa. thanks akak sudi baca.

lyaa:
time ni cantiklah, skrg ni tah kemana serinya. terjun laut.

miera:
thanks dear. wiwiwiwiwiiwwttt... haha.

sal ya said...

kenangan manis tu. tapi akak akad nikah kat rumah je. dinikahkan sendiri si ayah. alhamdulillah.

ch@ said...

kakSal:
tak lama lepas tu, baru keluar berita kata, tidak digalakkan/tidak boleh nikah di masjid.