Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hrm... besar sudah anak dara aku seorang ini, tidak lama lagi sampailah hari istimewanya yang ke-tiga. Istimewanya Auni, dia merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan aku yang pertama. Semalam, sibuk bercerita fasal Adli yang sudah pandai mengurat. Let's kita tengok apa kakak Auni buat pula.
Aku sangat bersyukur ada adik yang ikut sama, dapat mengawal anak-anak aku yang tidaklah terlalu nakal tetapi sangatlah lincahnya di meja makan. Habis segala sudu garfu terbang ke bawah. Lumrahlah kan, malu memang sudah menipis.
Dalam pada Adli busy dengan sudu, garfu dan awek. Auni sibuk dengan Ipad. Abi hadiahkan Auni Ipad. Ipad betul-betul ye, bukan yang mainan tu, secara autonya yang Ipad untuk belajar warna pink RM30 jatuh pada Adli. Secara autonya lagi, minah ni berkepit dengan Ipad kesayangannya ke mana sahaja. Sanggup dia pikul beg Princes pemberian paksu itu dengan sendiri. Aku hendak tolong pun dia tidak sudi untuk menerima.
Auni Ipad: Busy-busy-busy.
Let's puzzle time, sangat cekap.
Abi banyak install kan game yang menjana mindanya sahaja. Game kesukaannya, Angry Bird, berjenis-jenis Puzzle, dan colouring. Ada lagi, aku belum tengoknya sebab Auni sungguh kedekut. Tidur pun dengan Ipad, memang tak boleh nak kata apa dah.
Balik-balik rumah kak Ana, sudah tanya Ipadnya. Mujur abi beritau dia pinjam Ipad Auni. Apalagi, mak dia punya tipon la jadi mangsa. Sebenarnya, mengelakkan Auni bermain dengan tipon akulah penyebab abi hadiahkan Ipad kepada Auni. Rasanya, abi beli second hand sahaja. But, it's so nice. Nampak baru.
Paksu pun cemburu Auni dapat Ipad. Hahaaa. Sabar je la.
Aku sungguh kagum tengok jari-jari dia main game dalam Ipad tu. Selain daripada comel, dia tahu butang mana yang harus di tekan.
"Macam mana nak off Ipad Auni ni?" aku tanya. Memang aku tidak pandai guna Ipad.
"meh Auni buat" then dia cari button off pada Ipad.
"sini umi, sini off" katanya sambil tekan that button. Oh My Kid!!!
Hari pertama dapat Ipad, baru bangun tidur. Rambut tuuu... Haih!
Nota hijau: Dulu, aku duduk rumah mewarna buku je. Paling-paling conteng dinding dengan colour magic belajar ABC. Umur 5 tahun aku sudah pandai membaca. Mukadam sudah habis bila umur 6 tahun. Aiiii, aku salah didik anak ke ni? Makkk tolong.
11 comments:
samalah...budak2 lagi hebat...kita pun tak pandai...hahaha
anak 2 sekarang memang mcm gitu...farisyah pun sama tab memnag laju kat tangan....
membaca dah masuk 6 tahun baru boleh tue pun merangkak2...risau akak...
sama cam fahim ..tp fahim tak de ipad lagi ... huhu mak die saje tak mo kasi ... klu dikasi lagi tak mo tido mlm .... kasi S+ je kat die ...cukup
budak2 skrg ni semua terer IT ... tgk gaya auni tu kemain ko ... suruh achik eima tekan nk cari app pun jenhuh gamaknye nk tekan pe ...
kemajuan teknolongi kan... kt dah mak² ni.. rasa mcm ketinggalan jer... anak lg pandai...
dulu mak ni.. main getah, baling selipar, teng teng ... jer.... errmmmm.....
tu la dia...
bebudak zaman sekarang ni
zakwan pun tak ketinggalan
lagi terer godek2 banding ngan maknye ni ha..
budak2 skng lg bijak dr mak ayah..
waaah auni, bestnye dia..dpt Ipad, acik na pun takde, jeles ni..hehe~
yelah umo camni, anak suka main game kt hp kan..ada ipad ni takde la depa sibuk dgn hp kita..
bijak anak2 skrg~
terbaik la. dapat ipad tu. alahai auni.
betul tu cha anak2 zaman skrg advance n cerdik..samala mcm zaquan lg expert guna ipad dr mama dia..hehe..
Ziqry pun dh start utk cuba tekan2 tab n notes eija..pantang tgk abg dia tekan dia pun sibuk nak tekan..
Zaquan xde ipad lg tp dia la yg dok kerjekan tab papa dia..
cikMot, kakNad, kakOrked, eija:
tak tahan bila dia pula ajar mak dia. tapi mmg kagum la tgk dia boleh completekan all the game tu. haih!
kakJue:
auni sok tak taulah. ikut mak dia, tadika dah lancar membaca.
eima:
ye pandai kau, btl la apa kau kata tu eima. aku siap cakap, umi tak pandai guna ni la auni. oih, dia ajar aku.
yana:
kan... bdn pun cargas sbb peluh keluar. eratkan silaturrahim lagi, main dgn kawan2.
kak ieyna:
rimas bila dia pegang hp. hari2 kena lap bersihkan screen.
kakSal:
anak bapak. apa je... pinta2.
Post a Comment