Thursday, 5 April 2012

Tempoh penyimpanan puri sejukbeku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Entry ringkas je ni buat kak Nad atau mamaZN. Siapa mahu baca pun boleh. Hasil daripada pembacaan, cara mengendalikan puri sejuk beku, sama dengan mengendalikan susu perahan sejuk beku, daripada freezer, nyahbekukan dan panaskan.

Cara aku mengendalikan puri sejuk beku untuk Adli juga sama. Ambil puri bubur nasi dan satu kiub puri sayur/buah, nyahbeku, dan bila pagi aku warmkan sambil aku mandi dan bersiap.

Untuk tempoh ini, aku sediakan satu kiub puri brokoli dan 3-4 sudu  besar puri bubur nasi sedikit ikan bilis yg dikisar halus setelah dicucibersihkan. Mungkin di rumah pengasuh, mereka beri Adli dua kali kerana aku ada juga bekalkan biskut Milna serta nestum Auni. Adli kan suka makan.

Jika tidak silap bacaan aku, frozen puri [betul-betul beku] boleh tahan sehingga 2 minggu. Puri yang biasa berada dalam suhu peti biasa hanya tahan 2 hari. Dan jangka masa penyediaan puri pada suhu biasa adalah tidak melebihi 2 jam, dikhuatiri akan membiakkan bakteria.

Pastikan bahawa puri-puri yang cantik berwarna warni sentiasa berkeadaan bertutup rapat. Kita simpan makanan dalam peti pun mesti bertutup rapatkan?

Aku buat puri sejukbeku ni pun sebab aku kerja, so boleh cilok-cilok untuk penyediaan yang pantas, jika anda surirumah yang segar itu lebih bagus. Hihiiii! Namun, puri sejukbeku tetap lebih baik daripada makanan siap di kedai. Eh! dah macam pomot EBM pula gamaknya.

Web yang sentiasa menjadi rujukan aku, kredit 5 star kepada [IbuCergas For the loved ones..]:
Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree
Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet
dan ada banyak lagi info-info lain, aku suka baca web ni banyak-banyak kali.

Nota hijau: Tidak sempat tunggu dua minggu, puri pun dah habis. Hahahaaaa. Macam pakar sangat je umi Adli ni kan. Ngeeee, bolehla share-share. Eh! terpanjang pulak. Ringkas la ni kannn.

7 comments:

♥cikmOt♥ said...

bagus cha...entry yang menarik...akak sharekan nanti...

mamaarifakeemaisy said...

nk blajar gak tuk hakeem nnti..

tq share ye ch@~

Izan Ishak said...

mekasih berkongsi info ni cha... sangat2 bermanfaat buat ibu2 yg ada bby n bakal ada bby cam k.izan juga!

Eliss said...

rajin yer buat puri. eliss plak suka msk bubur letak mcm2 then blend ajer.

nad said...

owh, malu suda, huhu!
apa2pun thanks cha sbb sudi curi masa buat entry ni...

wpun kak nad housewife, tp teringin gak nak buat frozen puree ni, hehheeh....

apa2pun thanks cha!thanks byk2!

Masya said...

terima kasih kongsi info ni.. boleh guna dimasa akan datang... takpun cari entry ni balik.. kalau tak jumpe... cari ummi adli jer...

ch@ said...

cik mot:
terima kasih kak.

kak ieyna:
sama-sama. kita pun still belajar ni.

kak izan, yana:
best sangat dapat sharekan.

eliss me:
sama je awak, kecil ni buat puri, nnt besar buat bubur pula. istilah rajin tu semua ada pd seorang ibu, emak, mama, umi.

kak nad:
kadang2 fully housewife lebih sibuk drpd yg bekerja ni. kita mmg nak post hari tu, tapi dah teruja sampai lupa. sama-sama kak.