Monday, 30 April 2012

Pengubat hati saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersama-sama tempuhi segala, walau jalanan masih jauh, hanya kau dan aku yang tahu. Cemburu, serius aku sangat cemburu melihat orang meng'post' gambar pergi bercuti di dinding FB. Iri hati, aku sungguh iri hati bilamana seisi keluarga pergi makan angin, bergembira membawa anak-anak berlari di padang.

Aku? di rumah aja, aktiviti tergendala. Surat permohonan ditundakan ke hari yang entah bila. Bila hati tidak ikhlas, buat kerja pun semuanya tidak menjadi. Hati yang sedih semakin menjadi sakit. Semua benda yang di rumah ni hendak merajuk. Hendak tunjuk rosak. Sudah terasa di sabotaj. 

Mujur, ada penawar lara. Sedih kejap aja. Apabila penyeri rumah ini sudah mula berduet, hati pun sudah tidak sedih lagi. Penawar mujarab. Masing-masing sudah cekap dengan skill tersendiri. Kakak Auni dengan keletah dan mulut bisingnya, Adli dengan gaya menonggeng dan mengesotnya. Haru. Sorang berlari, sorang mengejar daripada belakang.

Hahahahaaa, kakak Auni suka sangat lari bawah meja "sini adik, sini. cepat adik, cepat" tanpa pelat. Adli yang tengah asyik mula angkat badan. Angkat kepala, ketawa besar siap dengan suara. Apa tunggu lagi, lekas sahaja pergi ke arah kakak Auni yang menunggu di hujung sana.

Riuh rumah. Masing-masing beradu suara. Aku hanya di dapur, berulit dengan puri macam biasa :). Sesekali terdengar kakak Auni mengajar adik. Sesekali terdengar kakak Auni menyanyi. Sesekali terdengar kakak Auni mengaji Alif Ba Ta. OMG Auniii, you are superkakak.

Adli jarang menangis atau merengek. Walaupun hendak susu, dia hanya buat isyarat hisap jari sahaja. Melainkan, kena luku dengan kakak Auni yang selalu hilang sabar. Kalau emak tak masuk campur, memang bergegarlah pangsapuri tu.

 
 Superkakak Auni.

 
Superdemok, Adli.

Penghibuar hati emak.

Sekarang ni, bila aku hendak semua orang tidur. Aku boleh main ugut-ugut. Hahaaa. "kalau Auni tidak tidur, umi bawa adik sahajalah". Adli dah memanglah sah-sah tidur mengikut jadualnya. Ubat nak tidur, biar rumah gelap. "Hantu suka gelap, so kalau Auni takut kenalah tidur" wakakaka, emak pun dah terpengaruh sebab malas nak layan.

Nota hijau: Bila nak pergi bookfair ni. Haih!

7 comments:

sal ya said...

hahaha... anak2 meamng ubat terbaik utk release stress. macam2 gelagat ada kdg2 tu. yg tiga org ni je dah buat kepala pening. blm lagi tambah 4 ke 5 orang. opsss...

Anonymous said...

betui... tp kdng2 leh wat kite bertuko ijau wakakak

Masya said...

alahai kesiannya.. tak dapat bercuti yer.. asyikkk kerja jer.. mmg stress.. xpe nanti dapat cuti pulun sakan² okkk....

keletah anak² biasernya akan hilangkan strees tp.. kdg² blh naik hangin jugakk kikikikiki....

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah..sekruang2nya masa terisi dgn melayan kerenah anak2 ni kan..terhibur~

oooh good boy adli, adli mcm arif dl la ni..susah nak dgr suara tangis dia..jarang sungguh..tp sungguh berbeza dgn adiknye skrg,,hee~

tak sabar tggu arif dan si adik bermain kejar2 cam auni dan adli..hee~

♥SyilaSyira♥ said...

ramai ek menge'post' gambar bercuti..???kita xda pun bercuti...so kita samalah cha...heheheh

ch@ said...

kak anis:
kita yg dua ni pun, dh mcm sotong, petah lagi 3,4,5. insyaALLAH boleh handle, tunggu Auni dgn Adli jadi geng dulu.

fazilzura:
:) terjadi bila bdn letih.

yana:
cuti pjg2? takde maknanya kalau always berkepit dgn hp. huhuuu.

kak ieyna:
hakeem peramah, Arif pendiam. mcm ni, dua2 peramah sampai nak tingtong.

syila:
awak dah bercuti tiga bulan. hehe. ramai je yg post sampai naik stress.

eija_sweetmama said...

Sabar la cha, insyaallah suatu hari nanti tiba giliran cha dapat bercuti2 satu family, lgpun xdpt bercuti sbb En. Abi abg polis yg sntiasa bz kan, mana tau nnti dia dapat cuti n bawa cha & anak2 g bercuti..,

eija ni kebetulan dapat family in law yg mmg jenis kaki jalan/suka bercuti..so secara x langsung kami pun dapat bercuti bersama..:D

ermm betol tu bosan2 pun anak2 jugak la pengubat dan pghibur hati kita kan..