Thursday, 12 April 2012

Auni dijangkiti HFMD.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Macam manalah aku tidak terfikir Auni akan kena sakit ni. HFMD, atau Hand Foot Mouth Disease atau penyakit tangan, kaki dan mulut yang biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Aku baru sahaja mendengar kak Ana bercerita tentang seorang anak yang dijaganya, kerana sekolah anak itu ditutup dua minggu disebabkan HFMD ini. Risau juga kalau-kalau terkena pada anak sendiri, apa langkah yang perlu diambil. Memang tiada pengalaman langsung.

Memang aku ada perasan, kaki Auni naik merah-merah bagaikan gatal-gatal sewaktu abi masih di Penang hari tu, aku hanya menyapu krim untuk gigitan nyamuk sahajalah kerana kak Ana ada beritahu rumahnya sudah ada banyak nyamuk. Rumah kak Ana di tingkat 4 dan berbelakangkan bengkel. Aku pun ok je la, fasal rumah kak Ana tu memang bersih sebersihnya. 

Dua hari aku menyapu krim tu, eloklah kaki tapiii Auni seperti tidak mahu bercakap sangat. Tahu sahajalah minah tu, mana boleh tidak bercakap. Bila makan, dia akan kemam dan lambat laun dia ludahkan semula. Aku fikir dia sakit gigi, makanya suruhla dia gosok gigi. Dia pun turut je la mahu baikkan.

Setiap kali dia mahu makan, dia kemam dan air liur meleleh-leleh. Demamnya pun sekejap ok-sekejap tidak. Then, bila abi balik banyaklah aduan diaju. Akhirnya, dia sendiri cek dalam mulut Auni. Terus decided pergi klinik keesokkan harinya. Abi, memang tidak boleh jadi apa-apa kepada anak perempuannya. He loves Auni so much. Rela apa sahaja.

Aku di opis, abi text to me yang Auni kena HFMD. Barulah aku terfikir mahu google-google-google. Selalu ambil enteng kali ini tidak. Bila sudah terjadi pada diri sendiri, barulah terhegeh-hegeh.

Tanda-tanda penyakit tangan, kaki dan mulut.
  • Ruam dan lepuh di tangan dan kaki.
  • Demam.
  • Ulser mulut.
  • Kurang selera makan.
  • Sakit kepala.
Sekiranya mempunyai tanda-tanda di atas, segeralah membawa anak ke klinik atau hospital. Dan, tidak menghantar mereka ke taska, rumah pengasuh atau pusat jagaan kanak-kanak dikhuatiri berlaku jangkitan kepada anak yang lain. Lapkan lelehan air liur menggunakan sapu tangan atau tisu yang di asingkan.

Langkah pencegahan.
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk.
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.
Mulai daripada hari ini, aku bertekad untuk mengemas rumah, memvakum rumah dan me'mop' rumah apabila aku balik kerja sebelum mengambil anak-anak di rumah pengasuh. Huhuuuuu! Cabaran ni.


Mainan Auni, habis semua aku kemaskan semula. Simpan rapi. Softtoys ini sedang berjemur setelah  dimandikan kesemuanya oleh abi. Banyak betulla.

Nota hijau: Sama-sama kita menjaga kebersihan. Doakan kesihatan Auni ya. Harap tidak kena pula pada Adli. Tidak dapat aku bayangkan. Aduhaiii!

              14 comments:

              + e.z + said...

              semoga cepats embuh yer... mmg tgh musim nih. hu3

              Masya said...

              semoga auni cepat sembuh.. amir dulu pun hampir terkena.. dulu masa umur nak masuk 3 tahun.. alhamdulillah.. baru gatal² kat kaki jer..

              bile ade anak kecik ni mesti kene jaga kebersihan lebih sikit.. rumah pun kene rajin mop...

              Jue said...

              alamak biasanya akan berjangkit dengan anak lain..apapun2 kak jue doakan si adik tak kena...dan auni cepat sembuh..
              opppp siapa kena cuti jaga anak kat Uman nie????

              sal ya said...

              mmg risau kalau ank2 sakit. akak jns panik skt. husben cool. sbb tu kalau ank2 sakit suka sgt dia ada sbb tau dia blh handle.

              eija_sweetmama said...

              aduhai kesiannye auni. moga cepat sembuh ye
              penyakit hmfd mmg mudah berjangkit pun.kalau x sembuh lagi kena cepat2 jmpa pakar.

              mamaarifakeemaisy said...

              iyee...?! dugaan..aduhai..mmg tak terduga, thanks cha kongsi info, k.eina pun tak pnh ambil tau sblm ni..mintak dijauhkan la..huu~

              harap kakakOni cepat baik..take care n harap2 tak berjangkit ke Adli..huu~

              *thanks cha, kasi kad besday yg sangat berseni...i like sooo much, baru dpt semalam..eh baru cek post box semalam..hehe~

              puanstoberi said...

              Oh. Sian kakak Oni. Moga cepat sembuh ye kakak.. Dan harap2 tak jangkit kat adik Aie bam bam :)

              @e_da said...

              semoga oni cepat sembuh ya.. nanti kesian takmau jangkit kat adik..

              Salina@IbuAqil said...

              Auni syg..
              Cepat sembuh ye anak ibu..
              Ibu doakan auni cpt sihat..
              Amin!! Amin!! AmiN!!

              sitiebby said...

              ala cian nya auni. btul la, penyakit HFMD tue yg plg ditakuti. sy pun slalu bimbang bila anak2 demam kebah, pastu demam blk., tkut kn HFMd la. dh la kt Sarawak nie, tinggi je kes HFMD nie..
              moga auni cpt sembuh ye..

              ch@ said...

              eB:
              thanks. musim mcm2 penyakit. pokoknya, kalau sakit sedikit pun, segeralah ke doktor.

              kak jue, kekda, kak eda:
              tu la, tgh mengelakkan adli ni. emak pak dia la bergilir cutinya.

              kak anis:
              ahaaa, tu serupalah ngn kita tu. nebes lain mcm.

              eija:
              betul, sebab kita baca kesannya boleh sampai kena sakit saraf. minta jauhkanlah.

              kak ieyna:
              kadang2 kita tak bajet pun sakit tu kak, rasanya dulu pun auni pnh juga kena. tapi sekejap je. org dewasa pun boleh kena tau.
              *hihiii, siap sebelum beday akak, nak mengeposnya tu yg lmbt.

              ibu aqil:
              pengajaran drpd sakit auni ni, mmg rmh kena 100% bersih.

              sitiebby:
              kalau demam sikit pun kena juga bawa pergi klinik. alhamdulillah dia dah ok skrg ni.

              nad said...

              moga cepat sembuh oni!

              ch@ said...

              kak nad:
              thanks kak nad, nmpk dah selera mkn tu..

              eima said...

              Kesian auni....sakit tu ulser die.....skrg ni mmg musim....ch@mop rumah dgn clorox....brg mainan bsh/lap dgn detol....semua pralatan la.....lg 1 waktu keluar rumah bw spray pembasmi kuman tu cth antabax....sekadar prevention.....fahim umur 11 bln penah kena.....