Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Belum cukup setahun dia sudah angkat kaki, perginya dia membuat aku keseorangan kembali di sini. Huhuuu. Tiada kata yang mampu untuk aku tuturkan, tiada air mata untuk aku tangiskan, tiada apa yang aku tinggalkan untuk dia selain kenangan.
Nor Haliza Abdullah atau budak kecik, aku harap kau sentiasa tersengih kesukaan sebaik sahaja engkau melangkah kaki keluar daripada bangunan yang sudah pun menjadi bekas tempat engkau pernah berkerja.
Aku berharap agar engkau sentiasa comel dan ceria sebagaimana yang telah engkau isikan selama berada di sisi aku. Aku juga berharap agar ikatan persahabatan antara kita akan kekal sehingga bila-bila.
Walaupun, ada ketikanya aku geram dengan perangai 'tiba-tiba hilang tanpa khabar' kau tu, namun engkau tetap terbaik dalam menyiapkan setiap laporan yang aku tugaskan kepada engkau. Engkau seorang yang sangat dedikasi dengan kerja malangnya bukan aku yang tentukan tangga gaji engkau. Aku minta maaf.
Aku juga minta maaf, di sepanjang engkau berkerjasama dengan aku, aku telah membuat hati engkau luka, membuat engkau benci kepada aku, membuat engkau menyampah dengan cerita aku, membuat engkau rasa aku gedik betul bilamana asyik bercerita fasal Auni, fasal Adli juga fasal abi. Once again i'm soooo sorry.
Sesungguhnya sukar untuk aku lupa akan engkau yang sangat suka bercakap, rajin, kuat berlari dan perangai entah apa-apa tah engkau tu. Engkau memang sungguh ceria. Bila engkau muram durja bergaduh manja dengan kakasih hati, membuat aku cukup takut untuk menegur. Biasalah, part menyibuk aku memang kureng sikit.
Dan Liza, terima kasih sebab sudi temankan aku di sini, menjadi pendengar setia aku, menjadi teman cerita aku, menjadi 'budak suruhan' aku, menjadi pendebat mempertahankan yang betul dan menjadi penceria suasana. Terima kasih-terima kasih dan terima kasih.
Dak kecik jangan lupa update blog ok. OMG, gigi arnab aku dah keluar.
Dating bestfren ever.: Mata lak sepet, haih!
Lonely, i'm mrs lonely, i've no body....... boleh nyanyi kat opis je.
Nota hijau: Kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita melepak-lepak lagi. Sampah kau aku dah tolong buangkan. Aku kesian kat kawan kita yang lagi sorang tu. Tapi, aku buang kat tong besar depan pintu tu je la. Hahaaa. Kawan kita tu juga yang kena buang... hiii.
7 comments:
huu~ sayu pulak bab2 berpisah kawan opis ni..
takpe nnti dpt pengganti kan..
Insyaallah...
aduh kesiannya..mesti ada penganti yang lagi best...
lepas sorg² kan .... alahai ....
takpelah...
die pegi utk kebaikan dirinya
kite doakan yg trbaik utk liza
utk cha, moga dpt pengganti liza yang serasi dgn cha :)
sian dia.. takpe akak sudi menemani hariharimu kan...
ala, sedihnya dah hilang srg lg kwn.
kak ieyna, kak nad:
pengganti? alaaa malasnya nak trainingkan dia. hahaaa.
kak jue:
rasanya lbh besrt sorang, terasa dimanja-manja.
eima:
tmpt ko ada kosong tak? mah hire aku meh. hahaaa.
kak @eda:
yeah, you are the best kak.
kak anis:
hahaaa. sunyi sikitlah.
Post a Comment