Monday, 23 January 2012

Artwork paling berharga.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Setelah berhari-hari menurun akhirnya projek artwork aku berakhir juga. Jadilah, walaupun menggunakan bahan kitar semula, maka dapat juga aku mengumpulkan bahan-bahan kenangan dalam satu buku.

Permulaannya aku ada juga berbincang dengan kekDa aka puan Stoberi untuk memfotobook bahan-bahan ini, akan tetapi, idea itu datang daripada fotobook juga. Tinggg!!! kenapa tidak aku buat sendiri sahaja? bahan terpakai memanglah bersepahnya kan? dan terhasillah Handmade Scrapbook.

Satu perjalanan sebuah permulaan kehidupan. Tadaaa.

Alaaa tomey-tomey, Vanila Coklat dalam Tomm and Jerry.

Ohooo, ini bukan cerita Tom and Jerry. Hiiii. Apa ada di dalam???
Tungguuu.

Dah habis. Ahahahha. Temper je kan.

Ini ringkas je cerita selanjutnya ada di entry Handmade Scrapbook dalam blog orencantik. Sudah kata itu journal dorang, so aku bubuh sana la, buat sempit kat blog hijau je kan.

Aku buat main bedal je. Janji cantik di mata, tu pun tidak termasuk salah eja la, salah tampal la, semua main belasah je. Hahahaha, font pun buat dah mengantuk, tapiii still nak habiskan juga.

Ada lagi nak touch-up, aku nak letak gambar dak berdua ni masa baru lahir. Hari pertama. Karangla deco semula bila gambar siap print-out. 

Ambil order ke tidak? hahaaa, tak ada siapa pun nak order. Setakat ni aku  tengah siapkan handmade birthday card until bulan April yang semuanya guna recycle bahan.

Bukan aku tidak mampu beli barang yang baru, barang recycle pun cantik apa. Bak orang kata, tiada yang lama tiada la yang baru. Hiiii....

So far, inilah artwork aku paaaaaaaaliiiinnnnggggg aku sayang.

14 comments:

Masya said...

wahh.. cantiknya tu baru tgk kulit luar, nt nak singgah blog oren tgk, saya dah lama meninggalkan buat2 bende mcm ni... klu nak buat kene cr mood blk baru ade idea...

eija_sweetmama said...

wah cha pastinye berharga hasil kreatif tgn sendiri n tersimpan segala kenangan Oni&Adli serta pengalaman Cha sndiri saat2 disahkan bergelar Ibu, Anak2 membesar dalam rahim Ibu dan seterusnya melahirkan mereka, itu sume mmg pengalaman dan kenangan yg berharga untuk dikenang & pastinya tersimpan kemas dlm ingatan & cha dah simpulkan dia dlm scrapbook yg sememangnya cantik :))

mamaarifakeemaisy said...

waaaaaaaah cha..rajin sungguh kamo yee... cantik..dh letak gambar nnti , lg la cun kan..tahniah dh siap jugee..

k.eina ni minat juge menda2 camni, tp taktau mana nak curi masa dah...ch@ ni mmg minat betul+rajin! syabas..

Noli said...

patutla oni kretip..dah uminye kretip..hihi,,cepatla nk tengok ape dlm tuh..;)

@e_da said...

cutenya...... ummiiiiiii (nada manja) buat kat mikhail 1....hihi cyg ummi....

puanstoberi said...

Ha...yg ni lagi bes dari photobook tu.. handmade lagi tentunya.
Bes. Bes.. :D

ch@ said...

yana:
kena sentiasa bertenang dan buat dgn hati yg gembira, baru dpt hasil yg puas hati :D

eija:
thanks eija. mmg ita syg smua benda2 tu.

kak ieyna:
btl la kak, ambil masa sungguh nak menyiapkannya. ihiii, yes i like.

noli:
klik pada link Handmade Scrapbook tu. Isinya ada di entry blog orencantik.

kak eda:
boleh je. hehe.

kekda:
thanks kekda. kita pun suka.

Lily@MamaZaraZareef said...

Kreatif sunffah cha buat scrapbook tuh..yg pasti sume brg2 berharga tersimpsn rapi kan..anak2 akak tinggal gmbar scan n kad checkup jek yg dot dikesan..lenlain tu simpan mans2 ntah sudah tk nmpak byg..huhuhuh

sal ya said...

selagi kreatif, buat je sendiri. akak pun suka tp tukang kreatif ni sentiasa ada. kita pegang gunting, ada je sibuk nak tolong gunting jugak. huhuhu...

Positive Girl said...

cantik n cute..klu jual mesti banyak laku :)

ch@ said...

kak lily:
hahaha, gmbr scan tu baik aak masukkan dlm album cpt2 sblm dia ghaib mcm lelain.

anisalya:
best bila anak2 sendiri yg buat. terharu bangat. x taula dpt rasa ke tidak.

+ve girl:
tq. mmuah.

Mek Rose said...

wah..kretipnyeee akak pon nak tiru leh> wekekekke

ch@ said...

kak rose:
boleh aja deh.

Mama Q Store (001927751-U) said...

Rajin tol la awk...ade gak ms nkwt bendealah ni ek...? huhu. teringat zaman skola dulu slalu wt scrap book.haha. ni br nk bc scrap ni...huhu