Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untung menjadi anak pertama bila mendapat semua yang dikehendaki. Aku ialah anak pertama. Satu-satunya anak perempuan. Jadi, aku tahu macam mana perasaan dan kedudukan Oni yang merupakan anak pertama. Apatah lagi Oni merupakan cucu pertama. Kasih sayang padanya lebih sedikit daripada yang lain-lain.
Aku tak tahu apa perasaan menjadi anak kedua. Aku juga taktau perasaan adik lelaki aku, satu-satunya. Kami hanya dua beradik, jadi dia juga beruntung sebagai mana aku. Sulung-bongsu. Pada aku, dia lebih rapat dengan mama dan aku pun rapat dengan mama. Tapi disebabkan aku perempuan yang sudah berkahwin, makanya aku sudah di bawah tanggungjawab suami.
Uiii panjang nar mukadimah. Skema lak tu. Hahaaa. Semalam, aku basuh baju kotor macam biasa, eh? ada ke orang basuh baju bersih? tuang je sebakul tu dah tiru gaya abi gamaknya. Malas nak asing-asing, Aie dah start menyanyi. Bila part jemur, terasa banyaknya stokin si Aie ni.
Penuh satu ampai kecik tu. Rupanya bercampur dengan stokin Oni. Dalam banyak-banyak stokin tu, hanya ada sepasang sahaja yang betul-betul milik Aie selebihnya Oni yang punya. Masa tu aku macam tersedar akan nasib Aie sebagai anak nombor dua.
Kini milik Aie.
Dan aku tak rasa menyesal pun sebab tak belikan stokin baru untuk Aie. Kerana, stokin Oni kesemuanya unisex (gara-gara aku taktau jantina Oni, dah keluar baru tau pempuan), ada juga aku sarungkan warna pink kepada Aie. Hanya warna, apa ada kisah sangatkan? daripada aku hentam semuanya warna hijau. Tak memasal semua jadi sesumpah.
Dan lagi, sekarang ni Aie dah pun sarung stokin yang lebih besar sedikit. Aiii dak ni membesar dengan jayanya. Belum lagi di bawa untuk cucuk 2 bulan, kena tunggu abi, kena tunggu gaji pasal aku cucuk di swasta sahaja.
Sekali lagi, beruntungnya Oni bila aku beli baju baru untuk Aie, Oni pun mesti dapat juga. Maknya suka benar men'sedondon'kan dorang disokong penuh oleh tok mama sendiri. Bergalak la bershopping. Now, mostly, barang-barang dorang dah ada yang sama. Macam aku dengan adik juga, mama suka sedondonkan.
Tunggu Aie besar sikit, aku nak selongkar mainan Oni yang telah disorok dengan jayanya. Hahaaa. Mesti dia teruja tengok mainan dia yang banyak tu. Mostly, boleh guna lagi. Berjimat selagi boleh.
6 comments:
geramnya tgk..dua2 pun comel..
oni masa baby pun pipi boolat..
btol tu cha eija pun bila dh ada 2 orang ni suka nak sedondonkan diorang..dan sokong sgt mana boleh adik dpt, abg x dapat nnti si abg yg dh besar tu jeles..hehehe
samalah kt anak sulung, dan amir pun cucu sulung sblh kt.. mmg menjadi kemanjaan semua... geramnya tengok aie ni... bulat, gebunya...
sebelum shopping baju2 Adek, saya cuci baju2 Kak Iman yang masih ok, macam banyak yang boleh pakai so utk Adek saya beli sepasang 2 jer... kesian Adek... saya beli romper jer utk Adek sbb Kak Iman dulu memang tak pakai romper.. kalau Adek pempuan, lagilah tak beli baju... tapi bila beli baju Adek, kak Iman pun mesti dapat jugak... hmmm... memang beruntung jadi anak sulung
sama la. selagi baju2 ke stokin tu blh guna mls nak beli baru. jimat skt. tp azfar cpt bsr. kena tukar je bajunya. cm kak long dgn kak ngah je la sedondonkan smp org selalu tegur, kembar ke...
Hik3!! COmelnya.. Akak anak tunggal.. Sampai umur 11 tahun baru beradik.. ;)
eija:
hahaaa, skali imbas mcm serupa.
*esok2 bila ziqry besar, org tak cam mana abg mana adik :D
yana:
really? kita serupa. pantang merengek sikit, mesti dpt upah. cemburu btl mak dia ni.
mira:
kita pun sama mira, beli rompers je utk aie, skjpn dh tak muat. oni pun tak pakai rompers. skrg ni, bila beli baju aie, mesti beli utk oni juga.
anisalya:
sebab kakLong ngn kakNgah tu tak jauh beza dan perempuan. kt rmh kita ni ada yg mcm akak ni, ingatkan kembar, patern rambut, baju smua sama. rupanya beza setahun.
ibu aqil:
lagiii beruntung. paling untung dah tentula anak teruna akak tu.
Post a Comment