Thursday, 15 December 2011

Lift ni kannn...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama aku termenung depan pc cari idea. Hahaaa, tiba-tiba teringat nasib aku tiga beranak petang semalam. Well, macam biasa tugas menjemput anak-anak jatuh kepada aku, abi belum pernah sekali pun ambil dorang balik rumah.

Macam biasa ada stroller berisi dua orang budak yang hampir cecah 15kg (tak termasuk berat stroller). Dah gelak-gelak, dah berebut-rebut mainan depan pintu rumah kak Ana aka mak (pengasuh) aku pun tolak stroller sambil borak-borak kosong dengan Oni.

Oni pun tumpang se'stroller' dengan Aie senang aku sejalan sekaligus. Aie baring dengan mulut bising menyanyi lagu biasa bila kehausan, dia baru je bangun tidur. Harusla nak menyusu. Aku dengan Oni pun tak berjaya nak berduet sama Aie. Nada suara tangisannya memang tinggi.

Lift pun terbuka. Rumah kak Ana tingkat 4, aku nak turun 2 tingkat aja. Ikutkan hati boleh je guna tangga, tapiii cemana ngan stroller ni lak kan? ok pasrah masuk lift ada seorang Tuan (pegawai polis) kat dalam tu, senyum disapa dek Oni. Aku masih lagi mujuk anak teruna aku yang masih menyanyi penuh semangat.

Oni and Aie in green theme. i like.

'berapa bulan ni Puan?' sempat Tuan bertanya. 'Dua bulan' sambil aku angkat Aie pujuk-pujuk lagi. Sampai tingkat aku nak turun pintu lift tak mau buka. Niii yang aku lemah ni. Aku sepak pintu lift nan tersebut. Pun tak mau juga. Then, Tuan offer diri nak bukakan pintu.

Sama-sama berkerah kat dalam tu, Aie masih lagi tak diam. Muka Oni pun dah berubah, dia jadi cemas. Bila pintu terbuka, tengok-tengok aku kena panjat naik ke lantai. Lift tu dah turun sedikit. Aku panjat naik dengan mendukung Aie. Tuan tu membantu aku menaikkan stroller bersama Oni di dalamnya. Muka Oni dah mencemik.

Oh selamat, terima kasih Tuhan. Berkali-kali aku berterima kasih kepada Tuan tersebut. Dia pun ikut keluar daripada lift, seram katanya. Walhal, dia mahu turun ke tingkat yang lebih bawah.

Aku terus ke lift blok sebelah pula, dengan Aie yang tak diam-diam. Haih! mamat ni tak sabar-sabar. Mujur lift rumah aku berjalan seperti biasa. Bila Aie meraung dalam lift, terasa bergema-gema. Hahahaha! konsert Aie. Nasiblah.

Aku, Aie ngan Oni dah kepanasan. Oni pun dah start joint the Aie konset, korang niii memang tau. Suka buli emak korang together-gether. Sampai rumah terus sua breast kat Aie. Huh! diam dan sambung lena sekejap, kasi can emak menonton drama Tentang Dhia. 

Pagi ni, aku hantar bebudak tu tanpa stroller. Oni tak tidur daripada pukul 3pg sampai Subuh. Dia sendiri nak pergi mandi, aku buatkan air suam kasihan juga dia kesejukkan. Leka dia main air dalam besen aku iron baju kerja. Aie? membuta dengan abi la apalagi.

Setel segala kelengkapan, aku dukung Aie dan Oni berjalan sambil mengunyah kismis. Berharap lift tak buat hal macam semalam. Tengok lift semalam, kesian memang dah stuck terus. Hahaaa. Sampai rumah kak Ana, Oni dah tak ingat mak macam biasa. Aku terus turun ikut tangga sahaja. Hahaha! sekian terima kasih.

17 comments:

TS said...

seramnye lift tu sis..
seb baek de Tuan tu..syukur xde pape..

mamaarifakeemaisy said...

aduhai dugaan sungguh..seb baik ada Tuan yg baek hati..hu~

tmbh stress bila dua beradik berduet kan..ngee.. tu susah dok umah tinggi2 ni, risiko di situ..huu~

Imaan09 said...

bahayanyaaaaa!! lagik bahaya sbb bawak 2 org budak cit tu.. Alhamdulillah xde pape.. makasih jugak pada inspector shabb..

dkama said...

masuk lift tekan sendiri...



PEACE..

Salina@IbuAqil said...

Kagum! Kagum dgn kegigihan cha.. Selama ni akak ingat akak je struggle pg2.. Cha lg hebat.. Moga segala urusan kita dipermudahkan dik.. ;)

Jue said...

aduh kesian betullah ....lift tu bahayalah...kalau kak jue pun takut mcm tue..

Masya said...

susah jugakkan kalau lift buat hal, bahaya lagi² bawak budak²kan... nasibbaik terbukak akhirnya kalau tak.. mau lagi kuat aie meraung...

@e_da said...

batul la cha aritu akak naik lift pun kan ada budak tu tekan2 dulu lif baru dia terbukak.. seram kalau terkurung kan

eB said...

uish takotnyer.

Mek Rose said...

la..siannye sib baik ade tuan tu eh..

mintak2 dah masuk keja minggu depan semua ok..risau gak ni huhu sbb petang2 akak kene amek depa berdua..pagi2 ok lagi abahnye leh anta si abang

Nida said...

sekejap je masa berlalu.. dulu Oni kecik je.. sekarang dah jadi akak pun

ch@ said...

ieyla:
yg baca seram, akak yg kena ni? hahaaa, pasrah je. mmg bersyukur sgt time susah mcm tu ada org membantu.

kak ieyna:
tu la, bila diberi kesusahan sikit, dak berdua tu tambah2 lagi jadi byk. if im alone agaknya, mau kita kerja kan lift tu sampai boleh.

lea:
ahaaa mujurkan Tuan tu peramah dan sudi membantu, muka pun manis je. buat yg ada dlm tu pembengis? yg ssh memberi pertolongan? huish! syukur dh slmt.

dkama:
mmg punla, siapa nak tekan kalau tak sendiri menekan, ko ni pun.

ibu aqil:
mama kita sendiri kagum dgn kita, sbb kerja boleh handle 2 anak, tapi tu la org taktau apa ada dlm hati kita ni :D

kak jue:
kita tak boleh tunjuk kita takut, sbb ada oni, nnt dia jd fobia dan tak mau naik lift, lagi haru. lift tu pun mmg dh tua. maintenance byr bulan2 tapi xtau la.

masya:
oni yg meraung sbb lift, aie meraung sbb haus. dia tak kira lift tu buka ke tak. sabar je la kan?

kak eda:
kita mmg takut terkurung dlm lift. walaupun ada loceng kecemasan. tapi, tetap takut juga. bila naik lift make sure hp ada bateri.

eB:
rasa mcm final destination.

kak rose:
untung akak, abi dia ada pun. oni suka ikut kita, sebab kita keluar rumah awal. abi dia lambat.

kak nida:
kan? dulu kenal dgn kak nida oni baya aie je. tak percaya kita.

eija_sweetmama said...

Oni and Aie in green theme..i like to..hehehe, romper hijau Aie tu sama mcm romper Ziqry..^_^..

Cemasnye kalau terperangkap dlm lif, Alhamdullillah selamat sumenya.

sal ya said...

nasib baik ada tuan tu. kalau setakat bertiga je mcm mana la agaknya. mesti dah meraung2 ch@ dlm tu agaknya.

ch@ said...

eija:
dah tak muat romper tu, kalau tau beli yg tuk 6 bulan atau setahun terus.

mmg la, kalau dgn oni je tahan lagi, ni siap ada aie. huuu, jgn la terjadi lagi.

anisalya:
hiii, tak meraung sedih je. tekan loceng kecemasan berkali-kali.

puanstoberi said...

Mujor ada tuan tu. Bahaya oh. Retu kat opis kekda pun jadi camtu. Lif terbuka sekerat. Dan mangsanya adalah suamiku. Bahahaha. Eh. Apsal aku gelak ni..??

ch@ said...

kekda:
kita terbayang juga seandainya kita seorang dgn anak2. tapi, syukur ALLAH tu maha mengetahui.
*kesian hubby kekda, tak baik tau.