Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Rasa bagaikan mengandung kali pertama pula, memang ramai yang kata 'laaa kan dah ada pengalaman'. Memang aku akui dah ada pengalaman, tapi pengalaman tu tetap tak sama. Apatah lagi perbezaannya lebih ketara daripada yang lepas.
Mungkin bila masuk yang ketiga nanti, pengalamannya pun jadi lain. Awal mengandung, antara Oni dengan Coro, memang tak jauh beza, morning sickness, Oni lebih hebat bila 4 bulan tak makan nasi malah tak boleh langsung bau dapur rumah sendiri. Mungkin dah pandai nak handle loya, mabuk, muntah, gusi berdarah dengan Coro aku boleh tahan. Tapi 3 bulan juga menanggungnya, berat aku still turun 2kg-3kg pada awal 3 bulan pertama.
_
6 bulan membawa Oni dan Coro.
Masuk bulan seterusnya, Oni lebih senang nak dihandle, dia tak banyak sangat ragam dan gerak. Pada aku dia lebih suka tidur sehingga aku tak rasa dia ada dalam rahim. Daripada bulan ke bulan, perut aku tak juga nampak-nampak besarnya. Berbanding Coro, sangat aktif. Sentiasa berguling, menendang sampai aku rasa macam dia nak keluar benar dari dalam rahim.
Bila tang nak hujung-hujung ni, Oni juga lebih senang keluar. Ketuban leaking. Terasa air panas mengalir macam tu je, terus masuk wad. Bila indius, tak boleh keluar ikut bawah, dia nak keluar ikut pintu segera. Tak kisahla janji dia sihat. Bila tang Coro ni, tertanya-tanya aku. Bila Coro nak keluar? Macam mana gaya Coro nak keluar nanti? Boleh ke Coro keluar ikut jalan sebenar? Pergh... macam manala aku nak tidur lena.
_
8-9 bulan membawa Oni dan Coro.
Ye aku suka cakap just follow the flow, sama juga macam orang lain bercakap memang mudah. Kadang-kadang aku tak fikir pun, ikut kata orang juga dah sakit kaw-kaw-kaw baru pergi hospital. Macam mana sakit kaw-kaw-kaw tu eh? hrmmm.
Sampai tahap aku jadi tak sabar pula. Muahaha, esok-esok dah keluar bersilatla aku. Mudah-mudahan Oni akan jadi lebih mudah dihandle. Dah pandai pakai baju sendiri, pakai seluar sendiri. Cakapnya pun dah boleh difahami.
Alhamdulillah, kehidupan semakin baik dan semakin seronok untuk ditempuh.
17 comments:
seronoknya tengok orang mengandung.. lg² dengar nak bersalin.. kt pulak yg tak sabar.. moga semuanya selamat amin...
aku pun sebenarnya tak sabo jugak hehe
trasa cam nk pegi scan tgk jantina je ... tp aku ttp nk kebalkan hati tgu die lahir surprise br best ....
hopefully yg adek sama cam Fahim senang je ....
dalam rasa sgt2 berdebar tu, rasa tak sabar pun ye jugak..tp debar tu lebih ketara kot, tmbh2 bila dh dekat2 dan bg kita yg tak prnh merasa lg camna bby keluar ikut jln sebenar..huu~ hrp semuanya baik2 je..dan hrp jugak bby mau keluar ikut jln sebenar..hee~
Insyaallah dipermudahkan..Amin..
eee..tak sabar nak tunggu coro keluar...
ya yg ke2 ni malas nak tunggu betul2 sakit baru g hos,kuar tanda je terus g....
chaiyok2 cha..;).akak yg no 3 ni pun masih rasa berdebar mcm nak beranak sulung...hahaha
coro oh coro...tak sabar nak tgk kamu...cha, andai dah bersalin jgn lupa inform cecepat tau..ngeh..ngeh
Kami doakan semuanya dipermudahkan olehnya .. Take care .
sabar cha .. memang bagi bee setiap kali mengandung tak kira lah yang ke berapa kita tetap akan rasa gementar , sedikit tak sabar .. biasa lah tu..
Dah lama baca.
hari2 baca cerita cha tapi hari ni rasa nak komen.
sebab ayat last sekali tu sangat2 menyentuh hati...:)
Alhamdulillah...bahagianya cha...
semoga dengan kehadiran permata kedua ini hidup cha akan lebih bahagia..:)
keli dulu pun teruk gak anak sulung..8bln xleh bau dapur..
masya:
betul tu, ni akibat seronok tgk org mengandungla ni, tgk2 lekat. hihiii. t/kasih =)
eima:
kan-kan-kan?
hahaaa aku tak suka surprise, ssh nak prepare.
ye sama2 doa dipermudahkan.
kak ieyna:
btl la kak. sama2 kita.
cikJue:
miahahaha, kita lagi tak sabar.
ya alya:
tu la pasalnya.
kak diyana:
really? tapi mmg btlkan?
syila:
i will. smua org dah tak sabar nmpk nya.
kak yanti:
aminnn, t/kasih akak.
bee:
ooo ye ke, baru kali kedua ni.
sha:
tak apa, kita tak kisah pun.
alhamdulillah, setakat ni kena bersyukur dgn apa kita ada.
t/kasih sha, insyaALLAH.
kak eli:
wahahaha, lagi hebat. kalau kita tu mau duduk hospital berat mmg turun mendadak.
mmg btol x kira la preggy yg keberapa kali..perasaan gementar tu tetap ada..mana taknye bersalin ni umpama kita bertarung nyawa kita untuk keluarkan 1 nyawa kedunia ni..insyaallah moga segalanya dipermudahkan.
kalau umi oni x sabar nak tunggu kelahiran coro...kami kat sini pun x sabar mennti kelahiran si coro.., my ziqry dh hmpir menginjak ke 5 bln..cepat jerk rasanya berlalu..
wahhh dah nak sampai masa la tuh..dah kua nti gtaw ye kak..coro oh coro..comelnye nickname kamu ..:)
dah pecah air ketuban baru gi hospital... huhuuu
salam..
mcm den kenal je gambar anak dara yg sebelah awk tu hehe
dari oni ke coro..heii pat kuar yer dik coro..
bersilatla umah pasni..
moga2 sihat wak..saya rindu kat awk ngan kak azie..
eija:
nebes2, sbb mmg tak sama pengalaman tu.
yus:
hahaha panggilan manja2.
mama aqeel:
ooo tak sempat pecah.
cik zila:
ehehe habis la mmg segala silat kuntau smua keluar.
Post a Comment