Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Asyik cerita pasal sakit je, tak best juga kan? ok-ok lets beraya.
Selepas beraya dengan mama yang lemah lembut, 4 jemputan rumah terbuka, mini tak mini semuanya perlu dihadiri pada hari Sabtu. Aku dah mula rasa tidak sihat. Pantang cuti Sabtu, Ahad semedang badan rasa tak stabil.
Rumah pertama, Rawang. Soto dan sate, rasa jangankan tidak. Borak-borak dan beransur. Mata aku belum sihat sepenuhnya. Sempit rasa penglihatan. Dalam perjalanan abi sibuk dengan handphone, rupanya ada hajat lain disamping menuju ke Rawang, mahu melihat rumah yang dibelinya di Sungai Buloh jadi bila dah orang di sana tidak berangkat makanya hajat berlalu begitu sahaja. Seterusnya ke rumah kedua.
Rumah pertama, Rawang. Soto dan sate, rasa jangankan tidak. Borak-borak dan beransur. Mata aku belum sihat sepenuhnya. Sempit rasa penglihatan. Dalam perjalanan abi sibuk dengan handphone, rupanya ada hajat lain disamping menuju ke Rawang, mahu melihat rumah yang dibelinya di Sungai Buloh jadi bila dah orang di sana tidak berangkat makanya hajat berlalu begitu sahaja. Seterusnya ke rumah kedua.
Taman Melati, kawan satu tempat belajar. Dia memang rajin buat open house setiap kali raya dan abi memang masih belum missed bila sebut jemputan ke rumahnya. Di rumah Norsham Shafinas aka Sham aka Dobot, bertemu pula dengan Fairuzzaki yang masih solo dan Normilawati aka Mila bersama suami dan 2 orang puterinya. Geram betul tengok anak Mila yang berdua tu, tembam betul.
Oni? Aku pakaikan jeans dengan t-shirt, dia punya perangai pun bertukar-tukar. Masa di Rawang, habis mainan sepupunya dikerjakan, masa di Taman Melati, merengek buat perangai. Nak tidur.
Oni? Aku pakaikan jeans dengan t-shirt, dia punya perangai pun bertukar-tukar. Masa di Rawang, habis mainan sepupunya dikerjakan, masa di Taman Melati, merengek buat perangai. Nak tidur.
Ahaaa terasa macam reunion kecil-kecilan pula gamaknya. Macam biasa aku suka rendang dengan nasi impit/ ketupat dan spegetti. Rumah Dobot ni memang terkenal dengan spegettinya. Makan sikit-sikit je sebab ada lagi sebuah rumah yang akan dituju. Hehehe.
Rasa tak sabar gila nak pergi rumah yang last ni, pasal perut aku dah tak mampu di isi. Penuh, mengeras tak sudah-sudah akibat banyak makan. Mesti ramai dah boleh agakkan? Ya, rumah mamaMikhail. Kawan maya aku paling istimewa. Dalam hati, alam maya dan juga reliti. Alhamdulillah dalam kesukaran mencari rumahnya kami bersua juga, terima kasih kakEda dan abi sebagai GPS.
Disambut dengan kakEda sendiri, manisnya dia berbaju pink. Serius, seri muka (bukan kuih) yang dia ada rasa macam tak boleh nak gambarkan. Orangnya rendah sedikit daripada aku, memang aku dah boleh agak pun. Mulutnya, memang tak henti-henti bercakap. Peramah habis.
Rasa macam nak melepak lama-lama je di rumahnya, apatah lagi dilayan makan oleh dirinya sendiri disamping hubbynya yang juga peramah bertemu abi. Rasa bagaikan bersaudara, rasa bagaikan kami dah lama sangat kenal dan selalu bersua muka. Percayala, ini pertemuan kali pertama. Oni? kembali segar tak jadi nak tidur. Habis semua mainan Mikhail dipunggahnya.
Berbual di meja makan sampai lupa diri mulut tak henti menyuap makan. Hidangannya memang kenala dengan tekak aku, kamikan orang Johor. Apatah lagi punya bilangan adik-beradik yang sama ditambah lagi kami adalah kakak kepada sorang adik lelaki. See? kita sama kan kak?
Dan bagaimana aku boleh jadi rapat dengannya apabila due date Oni sama dengan tarikh lahir Mikhail 070809 akan tetapi Oni lahir awal daripada jangkaan itu, Mikhail pun lahir awal daripada due date sepatutnya. Tambahan lagi, aku menjadi penyokong kuat De' Chantique Boutique, terus menjadikan kakEda sebagai teman maya pertama yang sangat rajin berGTalk.
Sifat gila-gila, selamba kakEda membuatkan aku selesa dengan dia, cakapla apa sahaja, ceritala apa sekalipun, dia sedia dengan nasihatnya, jawapannya dan jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang resepi yang di masaknya menjadi resipi aku. Muahahaha.
Cukup ke ni kak? rasanya ada lagi tapi yang lelain tu biarla simpan je antara kami berdua. Kami tahu betapa istimewanya hubungan ini. Sesungguhnya aku sangat berterima kasih atas kesudiannya menjemput. Aku memang nekad nak berjumpa dengannya. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku kak.
Aku yang sepet sebelah mata. Mikhail meradang.
Mari buka rahsia, aku pakai baju kakEda sebenarnya. Oni dah hilang kat luar dengan abi.
Lepas ni, round Putrajaya pula, tunggu lelepas pantang la nampaknya. Rasanya, ramai yang ada di sana kan? meh tinggal sepatah dua kata ;)
14 comments:
hitam berkilat rasa muka akak masa tu pegang mikhail meronta... byknya ko goreng akak cha... malu lerrr.. akak biasa2 je.. apapun bertuah berkawan dengan kamu yg baik... semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila...
pesal plak pakai bj eda ni ... nk tau ...nak tau .... hehehe
seronok bila teman maya dpt bersua muka kan sis....
lagi terasa erat je persahabatan tu....
sis, makin berseri2 lah i tengok u...perut u sorok kat mana?
wah seronoknya
bestnya cha.. murah rezeki betul cha, x berenti jemputan makan2 cha ni.. ;) x per pasni kena berpantang lama kan?! ;) Makan ye dik.. Selagi mampu.. ;)
semoga kekal selamanyer....amin.......
wah..sakannya makan², murah rezeki...makan puas², nanti pantang ada je yg xleh makan...nampak muka cha yang keletihan dalam senyuman..
datang putrajaya jangan lupa singgah rumah kak jue..nanati hello ok...kak jue tunggu teman maya teristemawa nie...
kakEda:
bkn goreng la kak, akak mana sedar diri akak tu, kan org lain yg lbh tau ttg diri kita sendiri. itula pandangan kita pd akak, seronok dpt jd kawan akak.
eima:
kau nak aku buat entry ke? takyah la ye. aku beli baju pre-loved dia. elok lagi, murah pula tu. baju 2nd hand la kiranya.
rasp:
ahahaha akak ni, suka tanya perut kita tau, ada la kak. pakai baju corak halus2 kasi lindung. one day kita jumpa ye, geram dgn sapphire tu.
kakLela:
bestla.
ibu aqil:
berpantang pun masih boleh makan bu, org jemput, bdn pun ok lagi, so jln la. duduk rmh pun bosan.
ya:
aminnn, insyaALLAH.
syila:
muka dah penat, berusaha juga tuk happy sbb dpt jmpa dgn org yg tak disangka akn berjumpa.
cikJue:
masa tu kita akan pastikan kita dpt mkn ketupat sotong cikJue ;)
makan jangan tak makan.
memang kita sentiasa hrpkan hubungan persaudaraan tu kekal kan...
hikhik..ni baru geng ch@ ni, dah biasa berborak maya eh, bila dpt jumpa makin bertmbh2 rancaknya..seronok bertmbh lg kenalan realiti ^_^
anisalya:
betul tu, dipanjang2kan hubungan itu, dierat2kan dgn seketat yg mungkin.
kak ieyna:
hahaha, tu la kak. mmg kalo tak jmpa kakEda ni nak soh dia dtg rmh bila bby kuar nnt.
syoknye cha dh jupe ramai geng blogger, itu la selalu gak bw blog mama mikhail ni tgk resepi dia mmg jenis yg pndai masak ni.
btol tu cha moga persahabtan sesama kita w/pun hanya dialam maya akan kekal selamanya.
adeeii eija jerk masih blom berkesempatan nk jln2 ke umah cha, hope dpt la mlwt cha n coro nnti.
ehehe, tak apa. ada rezeki kita jumpa k.
Post a Comment