Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ye, hari kedua aku terpaksa berada di rumah. Memantau perkembangan si coro ni. Bos aku kata auditor datang opis hari ni, time aku tak ada semuala nak berlaku. Owh! berbalik pada topik, haaa rehat di katil, tekan loceng je kalau nak apa-apa.
Bila dah duduk atas katil kerjanya pantau gerakan baby dan rehat habis-habisan, gara-gara bleeding sejak hari Ahad lepas. Mungkin tak duduk diam dan buat kerja rumah. Langsung, kena bebel. Kalau degil, duduk wad.
Rehat di katil ialah harus mengurangkan aktiviti dengan berehat dan biasanya di katil. Biasanya doktor akan menyuruh duduk di katil dengan pelpagai posisi (sisi, duduk tegak, baring atau sebaliknya). Boleh juga bermaksud tidak berdiri untuk jangka masa yang lama dengan mengurangkan jadual kerja harian termasuk tidak memandu kereta.
Sebab mengapa perlu rehat di katil:
- Plasenta praevia
- Tekanan darah tinggi
- Kebantutan pertumbuhan
- atau masalah kesihatan yang kronik
Antara kelebihan rehat di katil:
- Tekanan kurang kepada bayi - apabila kita baring, ia mengurangkan tekanan pada bayi di serviks dan tekanan ini mengurangkan penarikan serviks. Tekanan serviks boleh menyebabkan kontraksi, keguguran, kelahiran awal, koyakkan membran dan pendarahan vagina.
- Pertambahan oksigen dan nutrien kepada bayi - rehat di katil menambahkan aliran darah ke plasenta secara tidak langsung menambahkan oksigen dan nutrisi kepada fetus yang tidak membesar dengan betul ataupun mempunyai masalah dengan plasentanya.
- Fungsi organ keibuan bertambah baik - dapat membantu organ-organ ibu untuk berfungsi dengan lebih baik. Apabila jantung dan buah pinggang berfungsi dengan baik, ia boleh membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi.
Hanya doktor sahaja yang boleh menetapkan berapa lama kita perlu rehat di katil. Sekiranya keadaan bertambah baik, maka doktor akan menghentikan aktiviti rehat di katil ini, ada juga kes di mana perlu rehat di katil sehingga tamat tempoh kelahiran.
Oleh itu, pengajaran buat aku ialah, kena sentiasa beringat dalam perut ada satu nyawa lagi yang ingin lihat dunia dan ibu bapanya ;)
13 comments:
oh...take care ye Cha... rest bbtul tau... takyah pikir kije sgt. rehat je :))
Semoga cha & baby dalam keadaan sihat.. Jaga kesihatan baik2 ye cha.. Dh nak dkt2 ni.. ;) take care ye..
haraf semuanyer ok yer.......ya dah selamat bersalin dah.....pas ni turn ch@ lak....
laa kesian awak...
jaga kesihatan ye..
psstt dah tau ke baby boy or gal?
bila due date ek?
Cha..kes uri kat bawah ke Cha? ada pendarahan? siannya Cha...
byk2 rehat ye dear.. :)
haaa dh sampai kena berehat di katil ni..tu lah sape suh aktif sgt..alahai..take care tau ch@..tak prnh lagi alami keadaan mcm ni...huu..kena beringat2 ni..
hope semuanya kembali baik ye..take care~
nape ch@ ??
cam ne leh bleeding...hopefully semua selamat ek....
rehat dan ikut nasihat doctor.
Macam kes akak dulu lah tu.. Plasenta Previa type II dah nk masuk III.. Rehat di katil hospital hampir 2 minggu. bosan.
Aktif sangat masa raya la tu kan.. Moga semuanya baik² belaka..
take care akak..
alahai..take care ch@.....
KEKDA:
thanks kekDa, selagi tak handover btl2 selagi tu hati tak senang.
IBU AQIL:
insyaALLAH, t/kasih ibu.
YA ALYA:
insyaALLAH, alhamdulillah Ya dah selamat. kita pula menanti hari ni.
KAK RETNA:
thanks kakRet, insyaALLAH baby boy. due tgh bulan Oct nanti.
SIS-LIN:
hrm, tahla hari tu scan elok je uri tu, tapi taktau la kot beralih. thanks sisLin.
MAMA LIEYNA:
tu la terlebih berjalan, terlalu merenyah sangat. blm kira kena lanyak ngn Oni lagi. insyaALLAH hopefully semua ok.
EIMA:
biasala terlebih aktif.
BONDA FAIZZAH:
oh mcm tu, kita taktau la. last scan hari tu ok je. rasa aktif sgt kot.
SHIQA:
tQ sayang.
CIK JUE:
t/kasih cikJue.
cha..take care tau..risaunya bab² bleeding ni....
syila:
t/kasih syila.
Post a Comment