Thursday, 4 August 2011

Bila seorang dalam kereta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Amacam? ada terasa perubahan tak? hehehe, ye aku ubah sikit rumah aku ni kasi luas sempena nak raya kan. Anak pun nak masuk dua, so kasi lapang-lapang. 

Fuiyooo, gila stress aku balik kerja semalam. Ingatkan balik awal sampai pun awal, rupanya sama je dua kali lima dengan balik macam biasa. Sudahla perut lapar, memandu keseorangan pula. Menghadapi macam-macam kerenah pemandu-pemandu lain, waaa aku rasa nak langgar semua kereta la gamaknya.

Serius memang tak boleh sabar betul. Dengan kereta yang kedekut nak bagi laluan walaupun aku dah pasang isyarat lebih 3 minit. Dengan pemandu bas yang tak sedar kenderaan yang dipandunya tu boleh buat kereta orang lain calar balar, dengan pemandu bukan Melayu mencilok-cilok laju bagaikan dia yang mahu berbuka puasa. Owh! apa dah jadi ni? Mana kesedaran pemandu-pemandu di bulan mulia ni?

Abi pula asyikla bertanya di mana aku berada, aku yang tak sampai-sampai rumah ni, bila sampai Oni dah pun tertidur dek lama benar menanti aku dengan abi dia. Kesian.

Sempat aku beli kuih dan laksa sebagai hidangan buka. Lepas buka abi bawa ke pasar malam pula. Kesian Oni yang memang teruja kalau part berjalan. Orang dah berkaki. 'Yom, alan-alan (jom jalan-jalan)' katanya. Jadi mahu dan tidak kena jugala tunaikan setelah seharian dia dengan enam ekor bear-bearnya.

 Muka tak ada jiwa. Tiba-tiba dia rasa malu orang celebrate beday dia. Kaku diam membatu.
Kamu dah dua tahun Oni, kamu dah besar. Jadi anak dengar kata ya.

Oni satu tahun. Masa berlalu sungguh pantas. TAHNiAH Oni.

21 comments:

mekchu said...

bebeday to you oni... tak lama lagi nak dpt adik.. ngam2 selang 2tahun kan..

sama arr mi-cah, bila x de org kemain hebat tiup lilin.. bila org ramai dah kerumun, mula lah moody tak tentu arah..

Bond@ While@ said...

iye..smlm mmg jalan jem, baru lepas ujan. akak nyaris² ter xsiden. sampai pg ni teringat² peristiwa smlm..

eima said...

aku ku dok dlm jem pun leh stress seb baik skrg ni umah dah dekat ngan opis ..

Anonymous said...

HAPPY BESDAY ONI .... semoga jd anak yg solehah key

TS said...

Happy Birthday Oni!!!
jadi anak yang baik tau... ;*

puanstoberi said...

Smlm mmg jem gilak...ari Rabu je sure jem teruk. Jumaat sok tak kata la.

Hihi. klaka tgk muka Oni selamba je pandang kek n lilin tu. Hihi.

Jue said...

happy bezday oni..luas pemandangan...betul rumah bariu ch@ nie

rasp said...

hepi bufday oni...
memang stress bila jam nie kan sis...
nak nak sbb kita dok rushing kejar masa & kejar nak jumpa anak kannn..

zaidah said...

happy besday oni...betullah cha...kekadang diorang nie bawak kenderaan tak ingat orang lain...macamlah diorang aje yang nak berbuka pose...

Salina@IbuAqil said...

Happy birthday syg oni.. Geram btoi tgk bbir seksi oni tu..

@e_da said...

elok dia ngadap lilin tu.. kalau mika mau dah main api tu.. appaun oni nak jd kakak oni mesti happy ada adik nanti

Ya ALiya said...

happy bufday oni.....

mamaarifakeemaisy said...

luas rumah ni..suka3x..hee~

oooh kakakOni dh 2 tahun eh..bagus la tu, tak lama lg dpt adik kan...happy besday cayang~

huu~ yelah balik kerja skrg jem teruk kan...seb baik kak eina ni jd madam je kang belakang..hee~

semalam pun berbuka laksa jugak..^_^ laksa beli, cukup la semangkuk..

selamat berbuka~

dilazfamily said...

macam2 perangai.hepi besday oni.moga jadi anak yang baik

Farra Dhelina said...

hpy bday cik oni!!

suka 2 kolum..nampak luas kan..kemas..

Rohani Hashim said...

cha, memang lapang...tu hany pun tukar ke 2column, tapi skrg ada mslah add widget tak keluaar huhuhu...smpai skrg tak siap lagi renovate ....

ch@ said...

mekchu:
beday dh lama lepasnya baru nak tiup lilin. tu la tu, bila tgk gmbr kek ada lilin sibuk dia nak tiup lilin, tgk2 bila hadapkan bebetul. jadi kaku pula.

bondaWiya:
hati2 bonda. kita kalau tak rushing, bawa kereta mcm nak tertidur je. slow sesangat.

eima:
jammed bergerak slow2 tu tahan lagi, ni jammed yg tak bergerak langsung then org cilok2 lak. hangen.

fazilzura, ieyla:
tQ all.

kekda:
rasanya hari puasa ni mmg jammed la kekda. dah 2 hari tersekat di laluan yg sama meskipun keluar awal drpd opis.
muka takde perasaan.

cikJue:
tQ cikJue. hahaaa, kasi lapang senang nak bernafas.

rasp:
tQ.
ha'a stress dgn perut yg munyik2.

kakZaidah:
tQ kak. setujuuu sesangat.

ibuAQiL:
tQ bu, hahaaa. bibir angelina jolie, skali dia bg dia punya jelingan, menikam.

kakEda:
masa dia setahun dia main api tu, dua tahun ni dia jadi pemalu pula.

yaAlya:
tQ.

kakIeyna:
luaskan? bagus smua org suka. hehe.
ha'a nak cepat bsr sama dgn abgArif. tQ kak.
bestla akak jadi mem, kita kena drive sendiri, huaaa.
tokey laksa beli laksa siap. hehehe.

dilaz:
hahaha biasala, nama pun blog nak je cerita smua menda.

farra:
blog farra lagila simple habis.

hany:
terror jugala nak hadap kekoding tu, kita mmg ampun la hany, tak kuasa, serah pada yg pakar je.

Izan Ishak said...

hepi besday oni!

alolo...comel kakak oni dah besar ni...

kak izan pun suka 2 kolum je... lapang kan!

Imaan09 said...

ouh..besday Oni..happy besday Oni..salamat jd kaka..nnt jaga adik ye..

ch@ said...

kakIzan:
beday dah lepas mujur masih sempat nak tiup lilin.

lea:
ahaaa jaga adik? kita tengok nanti macam mana ye.

♥SyilaSyira♥ said...

walaupun dah lepas nak ucap juga..hepy besday oni...semoga menjadi anak yg soleh...cayang oni