Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Rindu aku? hihiii. Semalam dah masuk opis semula, sunyi tanpa gelak tawa kawan di opis Phileo.
Bila kemalasan tahap maksima hanya buat panggilan telefon dan order. Tunggu pesanan sampai, siap-siap pergi mandi dan kemas rumah sikit-sikit. Dan tadaaa.
Roti sardin, roti telur dan roti pisang.
Menu simple malam tadi, ooo bukan ana yang masak tapi mamak kedai depan rumah yang buat. Kuali leper pun aku tak ada, buat lempeng pun baru sekali menjadi, ada hati nak buat roti tebar-tebar ni ye. Cait.
Roti sardin untuk Oni, roti telur untuk abi dan roti pisang untuk aku. Oni ambil setengah je, setengah lagi abi makan, aku masih terhegeh-hegeh siapkan itu dan ini, abi dah pun setel sekeping roti telur, konon bagila setengah sardin tu kat aku, haih! takdenya, semua masuk perut dia.
Aku menikmati roti pisang dengan nikmat. Lama sungguh tak makan. Pertama kali berkenalan dengan roti pisang, part-time Guardian Bukit Bintang. Dek kerana jemu makan nasi, seorang kakak bernama kak Hamidah mengorder roti pisang.
Berkerut dahi aku mendengarnya, tapi merasa juga. Sedap, untuk hari seterusnya aku la penggemar tegar roti pisang di foodcourt Bukit Bintang tu sehinggala memaksa pembuat roti di kedai makan berhampiran rumah sewa pun aku paksa dia buat roti pisang.
Nampak je muka aku daripada jauh dah tau roti pisang dan milo ais. Hehehe, kenangan.
Rezeki baby makan roti pisang. Lepas ni memang itu je la yang aku aim.
14 comments:
alamak sedapnya lama tak makan roti pisang.. nak pi cari gak la nanti.. ehhehe
uish.roti pisang.tak penah try,rs mcm nak try..;)
mamak roti pisang satu lagi... :D
sedap ker cha roti pisang nie....bleh cubalah...
Sedapnya Roti Sardin + Roti Pisang. Sarapan esok nak kena carik ni :-)
aduyai sodap nyeeeeeeeeeeeeeeeee...
sure lunch kene g pekena
hany suka mkn roti pisang cecah susu...fullamak layannn
Hai Cha, serius sedap ke roti pisang tu? baru hari ni lah tau ada roti pisang...hihihi..kejakunan ku terserlah gitu..
kakEda, teratak hami, zura:
sila cari.
kakDiyana, kakZaidah, Qellissa:
lorrr, sedap. rasa sekali pasti mau lagi-lagi dan lagi.
rasp:
haha. satu lagi tu means dua kepingla kan?
hany:
wah, susu pekat tu ke hany? mmg kencing manisla sayang oi.
Nyum! Nyum! Nyum!
sedapnya....yang paling penting siap delivery lagi...
meh no mamak tu, nak suh deliberi ke umah kekda lak. hihi
ibuAQiL:
nom...nom...nom...
cikJue:
hahaha bila dah malas. apa pun boleh cikJue.
kekDa:
wah, meh pindah dekat dgn kita. hahaha.
cha..xpernah kita dengar roti pisang..makan jauh sekali..ish2..terasa sgt2 jakun
Post a Comment