Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Teringat pula permainan ni dengan arwah kawan baik kat sekolah dulu, main buaya-buaya dalam longkang tepi pagar sekolah rendah. Kenangan.
Onila ni mengimbau kenangan aku, bila dia menyelongkar satu ruang tamu. Aduh, serius aku penat. Nak dimarah tak larat, tak dimarah pun dia akan tetap buat.
Biarkan je la daripada dia pun menyibuk kat dapur, melambatkan proses aku memasak. Suka benar dia turunkan semua kusyen sofa ni. Kusyen ni bukannya ringan, beratla juga untuk yang sebaya dia, ah! Oni, tiada yang mustahil.
Habis semua kusyen di lantai, dia berdiri atas kerusi panggil-panggil aku sambil hulur tangan, dia nak melompat dari kusyen ke kusyen atau pun dia suruh aku kejar supaya dia boleh lompat dari satu kerusi ke kerusi lain. Pantang suruh ambil handphone, nak posing saja.
Memang gigih punya orang. Disebabkan masa aku dengan dia hanya pada waktu malam, memang aku akan pastikan kesemua waktu itu dengan dia, walaupun hati ni sakit tahap gaban dengan perangainya.
Anak, sakit-sakit hati pun, geram-geram pun bila ingat time nak lahirkan dia punyala sakit, takdela nak marah lama-lama. Lagi-lagi bila dia dah pandai menilai emosi mak dia ni.
Bila mak dia marah, dia buat muka kesian. Bila mak dia jeling geram, dia bagi pelukan sayang buat suara sayu-sayu. Bila mak dia daring semacam, dia buat muka comel. Ah! ada-ada je.
Aktiviti habis bila dia dah penat dan nak tidur, mulut asyik minta 'tutu-tutu-tutu' sambil bergulung-gulung dengan selimut. Dia ada bantal dan selimut sendiri, cubala bagi yang lain haram dia memang tak mahu. Aku bagi selimut warna hijau, dia buang pergi cari selimut sendiri warna biru.
Biasanya sebelum upah susu aku suruh dia kemas rumah. Rajin, dia akan buat demi 'tutu'nya. Hahahaaa.
Teringat pula permainan ni dengan arwah kawan baik kat sekolah dulu, main buaya-buaya dalam longkang tepi pagar sekolah rendah. Kenangan.
Onila ni mengimbau kenangan aku, bila dia menyelongkar satu ruang tamu. Aduh, serius aku penat. Nak dimarah tak larat, tak dimarah pun dia akan tetap buat.
Biarkan je la daripada dia pun menyibuk kat dapur, melambatkan proses aku memasak. Suka benar dia turunkan semua kusyen sofa ni. Kusyen ni bukannya ringan, beratla juga untuk yang sebaya dia, ah! Oni, tiada yang mustahil.
Say something to abi's fish. 'tish-tish'
Posing manja sikittt.
Si gigih.
Time for sleep.
Anak, sakit-sakit hati pun, geram-geram pun bila ingat time nak lahirkan dia punyala sakit, takdela nak marah lama-lama. Lagi-lagi bila dia dah pandai menilai emosi mak dia ni.
Bila mak dia marah, dia buat muka kesian. Bila mak dia jeling geram, dia bagi pelukan sayang buat suara sayu-sayu. Bila mak dia daring semacam, dia buat muka comel. Ah! ada-ada je.
Aktiviti habis bila dia dah penat dan nak tidur, mulut asyik minta 'tutu-tutu-tutu' sambil bergulung-gulung dengan selimut. Dia ada bantal dan selimut sendiri, cubala bagi yang lain haram dia memang tak mahu. Aku bagi selimut warna hijau, dia buang pergi cari selimut sendiri warna biru.
Biasanya sebelum upah susu aku suruh dia kemas rumah. Rajin, dia akan buat demi 'tutu'nya. Hahahaaa.
10 comments:
hihihi, bagus oni ni, susun balik kan. tapi betul jugak kan cha, kalau budak ni geram cam mana pun marah marah mcm tu jer kan...hurmmm
wahh,.harap2 dah besar nanti pun dia jadi seorang yg gigih,.=))
aduh oni..perangainya memang sebijik dengan kak farisyah.....
rasa teringin sangat nak jumpe budak tecik nie.....
kamu ni leh serumah ngan mikhail..sama2 pengemas.... heheheh.. tp onipandai kemas balik takpe..mika?? diawak dek jek....
good girl la cikoni..rajin..
Zaquan ikut mood..skrg ni makin malas sgt dia bila kita minta tolong wat sesuatu benda yg dia dh wat salah..
tp skrg ni dia sgt rajin nak tolong eija masak kat dapur..iye la mama dia dh abis berpntang n ada cuti sebulan lagi..jd surirumah..hehehe
sama perangai dengan anak-anak akak dulu ..suka punggah kusyen .. sekarang ni dah takde sofa langsung di ruang tamu :)
tomei la akak Oni.
Hihi.. ada selimut sendiri tu.. :))
hany:
muka flet je bila kena marah, takpun dia cebek2 melalak. kita dh la geram, nak tak nak kena gak pujuk.
aini:
insya-ALLAH, dia mmg gigih srpd kecik.
cikJue:
skrg ni jadualnya sgt penuh. nnt bila dah reda kita jmpa ye.
kakEda:
dulu pun buat derk je, tapi bila nak susu ke, apa ke, suruh dia kemas dulu baru dapat. tu yg gigih gakla dia kemas smula.
kakYanti:
hahaha so rumah akak lapangla ye, best tu. boleh buat khemah.
kekDa:
betul kekDa mujur dia jns yg tak berkepit dgn bntl or selimut busuk. kiranya setiap rumah dia pergi, dia tahu slimut dia yg mana satu.
wah semangat sepah²...tapi oklah klo time kemas sanggup mengemas bila time nak 'tutu' nya..good girl oni
syila:
insya-Allah smg dia good selama-lamanya.
Post a Comment