Thursday, 7 April 2011

Sahabat pena.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni 7 haribulan 4, ceh macam semua orang taktau kan? Hari ini hari ulangtahun kelahiran sahabat pena aku. Sahabat pena aka penpal. Maksud? sahabat surat menyurat. Tanpa gambar, tanpa bersua hanya surat semata-mata.

Itu dulu, sekarang tidak lagi. Dulu penpal sekarang friendship. Rupanya aku ada peminat dalam senyap, nun jauh dari Sarawak seberang laut. Surat pertama datang pada tahun 1996, aku di tusyen dan beralamat sekolah. Masih aku ingat kena warning dengan teacher bernama Miss Fong, jangan bagi alamat sekolah kepada surat tak rasmi.

He'e, itu kali pertama aku dapat surat daripada orang yang langsung aku tak kenali. Suratnya masih ada aku simpan sehingga hari ini. Dia suka menulis menggunakan kertas buku latihan dan berhelai-helai dengan warna pen yang berwarna-warni. Bersama sampul surat yang sangat cantik yang juga kali pertama aku menengoknya.

Sejak itu, aku gigih minta papa bawa aku ke kedai buku, untuk cari sampul surat yang berbunga-bunga sebagaimana dia mengirim kepada aku, terus bertukar cerita, bertukar kenangan, bertukar kegemaran, bertukar pengalaman. Saling mengkhabarkan perkembangan terkini.

Dari berumur 12 tahun sehinggala berumur 23 tahun membawa kami berjumpa buat pertama kali. Aku namakan pertemuan kali pertama 1996 vs 2007. Kebetulan, dia datang ke Kuala Lumpur. Sedang bershopping di Pavillion.

Kan aku kata, dulu Pavi tu rumah nombor dua aku. Hahaha. Aku jumpa sebaik sahaja aku habis kerja, orang yang bertanggungjawab bersama dengan aku pada hari itu ialah kakAzi. Kakak tersayang aku.

Tiada kata terlafaz, kaku, tergamam, hanya senyum-ketawa-senyum-ketawa. Berjasa juga handphone Motorola L6 apabila menangkap gambar kami berdua. Bila cuci, hah habis kabur 100%. Indah, seronok. Terasa pelukan padu itu tidak mahu lepas. Mengalir air mata bila selama 11 tahun berutus surat tiba-tiba dia di depan mata.

Pertemuan sekejap, tapi aku bercerita sebulan lamanya. Semua orang aku cerita. Semua orang kena dengar cerita yang pada aku kenangan terindah dalam hidup.

Itu dulu, sekarang perhubungan kian meluas, kami berhubung dengan handphone sahaja, mudah. MMS, SMS, Call. Gambar, taip dan dengar suara. Namun, suratnya masih tersimpan kemas di dalam kotak emas kesayangan aku.

Dan sampai sekarang, aku tidak pernah tahu dan sering terlupa bertanya daripada mana dia mendapat nama dan alamat sekolah aku, atau daripada mana dia mengenali aku. Dah seronok benar bercerita memang selalu terlupa nak bertanya.

 Dulu, she is my pen-pal.

Now, she still my friend.

Akhir kata, Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Ismalia Talaha atau Lia. Semoga persahabatan kita kekal hingga bila-bila. Daripada surat menyurat berkembang kepada handphone ke handphone. Hihiii. Satu hari kita berjumpa lagi ok.
Sekali lagi aku nak kata, uniknya persahabatan. Sentiasa mekar dalam lipatan memory dan akan dikenang hingga bila-bila. Sebab tu mrABi kata aku seorang yang unik. Dengan siapa-siapa pun aku boleh suaikan diri. Padahal aku tengok orang juga. Hihiii.

18 comments:

Anonymous said...

dulu saya ada pen pal....org brunei dan org putih...tp skrg xde dah..lost contct :(

puanstoberi said...

sampul surat bunga2.. hihi..tingat masa sekolah dulu. skang nak pos surat tak leh da pakai sampul cenggitu kan?

Bes la cha, ada penpal yg still K.I.T smpai skang. Akak ni dlu rajin gak ber penpal. TP da lost contact suma. hurmm...

eima said...

aku tak dak penpal ...
ko sorg yg sagt menghargai persahabatan ssh nk cari sorg kawan cam ni tau .. sape yg berkawan adalah sorg sgt bertuah dan beruntang itu je aku leh ckp bila aku baca cite ko nih ... tahniah dear

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

wah suka sangat...persahabatan yang indahkan..mcm jugak blog mengenali melalui penulisan,bercerita tentang kehidupan masing2 tapi membuatkan kita rasa makin lama kita makin rapat terus berkawan dan berkawan....

Salina@IbuAqil said...

Cha!!!! Akak lak ok x?? Bleh masuk x berkawan dgn ai ni.. ;p

Zaidah said...

sampul surat berbunga2 nie masa sekolah boyfriend aje yang bagi....wangi lagi tu...

semoga persahabtan cha ngan lia berkekalan....jangan gaduh2 tau...hihihi

Anonymous said...

wah...wah..wah...touching...:) bestnya cha...:)

eija_sweetmama said...

wah lama tu persahabatan yg terjalin w/pun dgn penpal ye..

eija mmg x pernah ada penpal..huhu..

Diyana said...

kak diyana dl pn ade penpal dr sarawak.die amik alamat akak dkt majalah dewan pelajar..haha.besalakan dulu2,kecik2 excited hantar nama jd ahli kelab majalah.kuikui

tp skrg dh lost contact..:|

bestnya cha..kekal bersahabat.

ch@ said...

pnCapa:
sayangnya. kita suka belek kotak emas aka kotak kita simpan segala surat. sebab selalu teringat kat dia.

kakReen:
rasanya macam dah tak boleh je, sebab dah tak nampak sampul tu dijual di kedai.

cara kami berkenalan istimewa kak, masa tu darjah 6 pertama kali dapat surat. macam secret admirer.

eima:
entah kenapa, ada juga orang yg memerhatikan aku macam kau ni, terharu rasa. aku biasa-biasa je la eima. bukan mudah mahu berkawan zaman sekarang ni.

cikJue:
walaupun terasa satu hari nanti 'aku mesti jumpa dia' kan cikJue kan? rasa macam dah kenal lama sangat.

ibuAQiL:
kalau kita tak kawan dgn akak, mesti kita tak bersapa dgn akak. usahla akak risau =)

kakZaidah:
boyfren? hahahaaa. kita memang kawan dgn lelaki, dorang smua biasa2 je, tak romantik. biasa bagi sampul surat berbunga along je la, suami bondaWiya.

Cery:
apa yg touching nya kak, kita pun kawan kan?

eija:
rasa macam tak percaya, kita cerita dgn kawan kita pun, dia rasa kagum sangat2.

kakDonut:
ye kita suka baca majalah tu. kalau tak silap kita, dia dapat alamat sekolah kita daripada akhbar Didik. tak sure sangat la.

:: Mrs.SyahNia :: said...

best kn bile dpt jumpa real ;)
akak bila plak teringin nk jumpa
ain..haha

Mama Gee said...

mmg unik cara persahabatan ni...kekal lama plak tu...

alexayussida said...

seronoknye cerita akk..:)

sahabat sejati ..

Rohani Hashim said...

cha, umm hany dulu pun suka menulis...even dgn budak skolah sendiri, tapi kelas lain2. dan sgt susah nak jumpa...so surat je la jadi penghubung..dgn perempuan lak tu huhu...

Farra Dhelina said...

series mmg unik! pestime dgr..bestnya..part yg pertama kali jumpa yg best tu kan

ch@ said...

ain:
biasanya yg muda cari yg tua.

mamaGee:
dalam tak sedar, ikatan ni sentiasa mekar.

yus:
sahabat sejati, sahabat karib yang, yg dikenali drpd zaman kanak2.

hany:
tulis surat dgn kawan sebab bergaduh, 'kenapa awak tak nak makan dgn kita? kita ada buat salah ke?, balik sekolah nanti saing eh?' hahaaa.

farra:
1st time jumpa tu, macam 1st time nak pergi blind-date. berdebar rasa nak gugur jantung.

♥SyilaSyira♥ said...

uniknya persahabatan ni...cuba tanya dr mana dier tau alamat cha..pastu kongsi r kat cni...tah2 cha ada masuk mana2 majalah kot...sbb tu dier tau alamat cha (ewah, pepandai plk nak teka-teka )hihihi..

ch@ said...

syila:
kita rasa dia dapat alamat kita daripada akhbar DiDik.