Tuesday, 26 April 2011

Antara dua pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Huiii cantiknya korang hari ni? nak ke mana tu?

Saje je, hahaaa hari ni hari tenang, semua berjalan dengan lancar walaupun bangun lambat, kekeke. Snooze, snooze, snooze dah pandai set, dulu tak pandai tu yang puntual je.

Malam tadi, mrABi tanya nak balik Johor minggu ni? eh, peliknya soalan? selalu tu tunggu aku menyuarakan. Aku terpinga-pinga, mestila nak balik kan? 'Isnin umi cuti kan?' sambung dia lagi. 

'Alaaa, nak pergi bookfair' slow motion je aku jawab, hahaaa. Ni yang berbelah bagi ni, bookfair ke, balik kampung ke, harusla balik kampung kan? takpe bookfair tahun depan ada lagi. Boleh angkut kakakOni dengan adik sekali. Kasi happening.

Tu la buat statement lagi, kata sebulan sekali balik Johor, sudahnya aku jawab 'sebulan sekali? ye ke? takde pun?' hahaaa, kan dah masuk perangkap. Kuikuikui. Aku tak kisah pun, mama papa aku tu rajin je nak turun KL ni. Mengenangkan papa yang gila kerja tak bercuti rehat.

Rasanya bookfair 2011 tak dapatla aku nak pergi, lagipun aku memang dah hobi pantang nampak kedai buku mesti nak masuk dan beli pastu belah. 

Layankan aje.

Sekarang ni aku tengah gigih, membaca komik mrABi, Naruto. Habis baby aku nanti jadi kuat macam Naruto, jangan ikut perangai gila Naruto sudahla. Ada banyak lagi untuk aku ulang baca. 

Tapiii hakikatnya, aku masih dalam dilema lagi, nak balik kampung ke, nak pergi bookfair. Nak balik kampung ke, nak pergi bookfair. Adoiii.

Tajuk tak boleh belah. Macam novel.

6 comments:

rasp said...

lepas gi bookfair...balik kampung :)

♥SyilaSyira♥ said...

syila pun teringin nak p bookfair tu..tp jauhla plk..ngeh..ngeh..ngeh

Jue said...

kita serupa...cik hubby dah cakap awal2 nak balik johor..sebab lama tak balik....tapi k'jue ckp nak pi book fair...aduh adakah cik hubby akan merialisasikan impian ku sebelum balik johor....tunggu.....

eima said...

aku tatau la...
tp aku tak suka book fair...huhu

@e_da said...

kalau akak harus balik kg.............. hehehehhe book fair kala nak g kena awal la sebelum balik kg... wahh ni baby boy ni umi suka baca naruto

ch@ said...

rasp:
itu macam bagaikan menyuruhku cuti tu kak :D

syila:
dah pergi, memang rasa tak mahu balik. dah beli, rasa tak sabar nak balik.

cikJue:
kita dlm dilema cikJue. antara dua pilihan, keinginan dan kerinduan.

eima:
kalau jadi kau harus balik kampung dgn segera. pencinta buku aku ni, susah juga.

kakEida:
aminnn. jgn girl skali kuar hah, mcm kakak dia. nasib la tu kan.