Salam satu Malaysia.
Gila sempat update blog lagi, ngeee. Hari Jumaat ni, hari tersengih sepanjang hari sebab esok cuti.
Malam tadi, jam 11pm macam tu la, melayan satu movie di HBO dengan mrABi, Oni dok terjerit-jerit bergayut di tingkap tengok bunga api sana sini. Sibuk dia ajak mak pak dia tengok. Lenguh leher aku.
Sambil melayan dia, sambil tengok The Curious Case of Benjamin Button. Filem lama, patutla aku tak pernah je dengar sebab masa tu sibuk dengan hal perkahwinan. 2008.
So far, aku rasa teruja, suka, tertanya-tanya, pilu, sendu, seronok semua perasaan pun ada. Mestila ada part aku nangis. Hiii.
Bila anda dilahirkan seorang tua dan mengalami tumbesaran yang terbalik. Well, kita makin tua, ini makin muda. Cemana tu kan? susah rasa nak terima bila keadaan diri lain dengan orang lain. Awalnya part aku tengok dia pergi berkerja, susah orang nak percaya dia boleh buat kerja tu. Kerja kelasi. Atas kapal.
Kapten kapal tanya, pernah berasmara tak sepanjang hidup, Benjamin jawab tak pernah, ye la dia baru nak menjalani kehidupan. Merantau keseluruh negara, tak lupa dia tinggalkan poskad kepada sahabat, jiran, kekasihnya, Daisy.
Hari-hari dia menulis diary, tentang kehidupan, tentang Daisy, tentang perubahan demi perubahan yang dilaluinya. Berpisah dengan Daisy, berjumpa semula, bergaduh, berasmara semua untuk Daisy sehingga Daisy mengandung anak Benjamin bernama, Caroline. Ketika itu umur mereka hampir sebaya.
Benjamin risau sebab dia tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai bapa, well dia makin muda. Dia tinggalkan poskad, surat, wang simpanan semua untuk Daisy dan Caroline. Then, bila Caroline 12 tahun (kalau tak salah), Benjamin datang berjumpa Daisy, Daisy dah berkahwin mencari bapa normal kepada Caroline. Caroline dapat berjumpa Benjamin, tapi dia tak kenal.
* Part di atas ni, Caroline baca diary Benjamin, Benjamin tinggalkan kad pada setiap ulangtahun Caroline. Aku menangis tak hengat. Caroline baca kuat-kuat depan Daisy yang sedang tua dan sakit. Caroline juga baru tahu dia anak Benjamin.
Next, bila semua dah berlalu, Daisy semakin tua dia menerima panggilan dari pusat kebajikan kanak-kanak, ada seorang kanak-kanak sedang sakit, tak ingat dirinya siapa, tapiii ada sebuah beg, semuanya tentang Benjamin dalam beg tu. Daisy menjaga Benjamin.
Sehingga Benjamin berusia 5 tahun, Daisy cekal menjaga Benjamin. Mengajar Benjamin walaupun Benjamin dah tak kenal dengan Daisy. Daisy bertongkat, bongkok memimpin Benjamin yang baru nak berjalan. Sebagaimana Benjamin bertemu dengan Daisy semasa Daisy kecil.
Akhirnya, Benjamin berusia 2 bulan, dalam dakapan Daisy sendiri, dia pergi meninggalkan Daisy. Setelah merenung Daisy dalam-dalam.
* Daisy bercerita sendiri, sebab Benjamin kan makin kecil so dia dah tak tulis diary. Caroline dengar cerita emaknya. Tak lama kemudian Daisy pergi buat selamanya. Dia dah sakit tenat.
Amacam? ok tak? ni aku sediakan sekali sipnosisnya.
''On the day that Hurricane Katrina hits New Orleans, elderly Daisy Williams (nee Fuller) is on her deathbed in a New Orleans hospital. At her side is her adult daughter, Caroline. Daisy asks Caroline to read to her aloud the diary of Daisy's lifelong friend, Benjamin Button. Benjamin's diary recounts his entire extraordinary life, the primary unusual aspect of which was his aging backwards, being diagnosed with several aging diseases at birth and thus given little chance of survival, but who does survive and gets younger with time. Abandoned by his biological father, Thomas Button, after Benjamin's biological mother died in childbirth, Benjamin was raised by Queenie, a black woman and caregiver at a seniors home. Daisy's grandmother was a resident at that home, which is where she first met Benjamin. Although separated through the years, Daisy and Benjamin remain in contact throughout their lives...writen by Huggo''
Kredit sumber by http://www.imdb.com/title/tt0421715/
Kan? sampai ke hari ini aku terbayang-bayang Benjamin masa kecil tu, sungguh comel. Masa dia jadi baby, aduh montel. Tak rugi aku tidur lambat malam tadi, hahaaa.
Aku pun teruja tengok Oni terjerit-jerit tengok bunga api. Rumah dah bergelap, dia tak lelap-lelap.
14 comments:
Cha!! Akak cukup suka cite benjamin ni.. bukan apsal brad pitt blakon.. tp jln cite dia.. pnuh emosi.. :D
hehehe.sedih je cter tu.kalo saya pon nangis tak hengat.hahaha
bunga api apakah yg oni tgk?
x pernah pun tgk citer ni..
tp drpd sinopsis yg cha cerita ni..dpt bygkan cerita sedih ni..
wah cikoni suka tgk bunga api ye..bdk2 mmg suka tgk..sama la mcm zaquan sikit2 api..api..smpaila dia terkena bunga api kat jari dia raya lepas..skrg dh kurang berani nak main bunga api..tp dia paksa kita yg main bunga api..dia nak tgk api..huhu
klulah manusia jadik macam benjamin tu....agak2 ade tak kes pembuangan bayi meningkat....yer lah sebab kuar2 aje dah besar...
cam best je citer tu.. ;)
oh tk tengok pun lagi..huhu
xtau sal citer ni..hehe
penah tgk citer nustan..yg amitabh bachan jd budak tua tu je..mcm tu ke..hehe
dgr cha citer cam best je..dpt bygkan..dan merasai kesedihan tu..huhu..bru bygkan..kalau tgk real sure leleh2 gak..ngee..
cikOni tgk bunga api raya cina tak hbs lg ka?..^_^
mcm best je cha
tak penah tgk pun citer ni cha, slalu tgk citer antu je kat tb..muehehe
@ibuAQiL
1st time kita tengok, terkagum terkesima sekejap.
@pnCapa
gerenti nangis.
@eija
kalau boleh, oni ni mercun pun dia nak main, selamba dia je.
@kakZai
kan kak kan? keluar je, dah menghargai hidup. setiap kejadian ada hikmahnya kak ;)
@ain, bee, farra
bukan macam best, memang best pun, cuma kena faham betul2 la.
@mamaSarah-Najwan
tak pnh lak tgk nustan tu kak.
@Qellissa
huiii berani kau tengok citer hantu, tengok hantu kakLimah pun i takut nyah.
macam best cete nie...tapi sedih rumah tak de ASTRO lah
filem tu brad pitt ka berlakon? dah lama tringin nak tgk tp tak sempat lg. pasni nak suh hubby download lah. cam best jer
@dilaz
best, malam tadi kita tengok lagi =)
@kakNani
yups, sila kak sila. cayalah, tak rugi tengok banyak kali.
Post a Comment