Friday, 10 December 2010

Cerdik si kancil.

Salam satu Malaysia. 10.12.10, cun. Haaa... dah pun Jumaat. Pejam celik-pejam celik dah pun habis seminggu. Mulala berdebar-debar menanti si jantung hati, balik KL hari ini. Adus.

Lama tak cerita pasal cikOni kan? haaa dia dah makin banyak songeh, akal dah hampir infinity. Ada je benda yang dia nak buat.

Satu hari kalau tak buat aku hangin memang tak sah. Bila speaker aku kuat sikit, dia buat muka. Majuk la konon, bawak diri. Sungguh aku tak tahan.

See... lepas kena marah sebab sibuk nak novel aku. Tak nak baca buku sendiri. Tangan gatal pergi cabut huruf O. Tau nama sendiri. Suka benar ngan huruf O.

Ok dah pun tercabut, perasan aku tengah fokus kat dia.

Konon-konon pasang semula la kan, kadang-kadang dapat dia pasang semula. Tapi, selalunya ke failed je la.

Tadaaa... camnila gaya pasangan dia. Dah siap pasang la ni. Start geram dengan aku punya kamera.

Ok cabut terus. Datang kat aku gelak-gelak. Lupa dia tengah merajuk tadi.

~)@ Aku sudah tidak berasa sunyi bila jantung hati tiada disisi kerana aku tahu aku masih ada buah hati yang seorang ini.

15 comments:

eima said...

ala comey ...
budak mmg mudah lupa yg diorg tgh merajuk..kejap je dah manja2 balik...suka

@e_da said...

pandai ye oni... tau nama dia o.. HEHEHE.. yeaaaa abi oni balik.. umi rindu tu

Suziey Ahmad said...

kalau bende alah ni aQeel pn mmg suka btl cabut2 dia..haih jenuh nk elkat balik.bersepah2..

rasp said...

budak baya2 nie cepat lupa dorang merajuk hehehehe. chomei!

eija_sweetmama said...

menjengah cik oni yg comey..

huh..kat umah eija benda ni jahanam dh..zaquan keje kan..abis sume huruf dikutai2 nye..patah pun ade..dh x rupe huruf dh..huhu..

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

comel je sikecil tue...

Bee said...

amboi comeyyy gigi dah penuh ker?

chicha$hanteq said...

comey la..mcm umi die..

mamaarifakeemaisy said...

takpe kita kan ada 2 jantung hati, sorang jauh, ada yg sorang ni..hehe...noti ye cikOni..!

Diyana said...

hihihi..comel btul cik oni ni tau.pandai plak mrajuk2..ehehe

alexayussida said...

pandaii oni:)

akak sy slalu ckp 'anakla racun dan penawar at the same tyme,..depa yg cari pasal tp depa gak yg mnhiburkn hati si ibu' :)

qellissa said...

comelnya bila dia majuk..=)

ch@ said...

eima:
tu ar tu, merajuk2 sayang gittu, kita tgk dia merajuk pun rasa nak gelak.

kakEda:
hihiii (blushing), terus jadi sombong dgn umi dia. cis.

[-suziey-]:
ada satu part kita masking tape belakangnya, gigih sampai sekarang dia nak cabut tak boleh. hahaaa...

rasp:
kan kak kan? sweet je, lagi2 tang dia main kepam2 bibir, rasa nak kiss2 aja.

eija:
huiii benda ni kan liat, terror la zaQuan, barula HERO. macho.

cikJue:
comel, nakal, lasak, tak rupa pempuan, main redah semacam.

bee:
gigi blm penuh, tapiii dia membebel, aduhaiii.

chicha:
hahaaa umi dia comel ke? kena cek mata chicha niii.

kakIena:
kan kak kan? rasa munga2 je. bahagia.

kakDonut:
kita suka rambut mia... oni lak ikut rambut kita. lurus.

alexa:
betul. akakmu mmg pandai.

Qellissa:
merajuk. buat muka. menari. mandi. lepas mandi dia lari satu rumah. part2 comel yg ada pada dia.

eija_sweetmama said...

hehe..mmg hero btol..yg huruf kecik2 tu mmg patah digigitnya..kalo mainan kereta dia sume tayar msti dia cabut..huhu

ch@ said...

eija:
baru la LELAKi, oni pun sama. tapiii disebabkan mak dia syg kn mainan tu, mmg simpan tinggi2 la. rosak pun bela blk smula.