Friday, 29 October 2010

Masak jam 3.00 pagi.

Salam satu Malaysia. Sejuk ya, hujan ya, hari Jumaat, mesti mata berat nak buka kan? sabar-sabar.

Hari ni aku halfday, nak balik cepat la nanti sempat tuk ganti tidur gara-gara melayan orang memasak awal pagi tadi. Siapa lagi, cikOni laaa.

Elok je dia bangun, guleng sana, guleng sini, kejap kepala atas badan mrABi, kejap kaki atas kepala aku, kejap melintang, kejap menegak, sudahnya aku mengalah juga, bangun buat susu.

Dah setel, aku cepat-cepat tinggalkan dia kat dapur, terjumpa pulak dia akan sudu yang terpelanting masa aku guna sebelumnya. Aku pun dah lupa dengan sudu tu.


Senyap lagi, aku dok tunggu atas tilam, sekali terdengarkan sudu berlaga periuk. Tak payah la teka, memang dia la yang masak tu. Ayooo... memang lambat la nak tidur semula lepas ni.

Kelentang kelentung atas tilam, siap bunyi 'ammm...' dia merasa masakkan dia. Nak terburai ketawa aku, bijak memang bijak. Aku masak pun tak pernah rasa macam tu. Bising jangan dikatala. Mata aku dah tak larat nak buka, cepat je aku pekup telinga. Lepas tu aku hanyut.

Susu dia aku letak siap-siap tempat biasa, pandai la dia cari sendiri.

Bila aku bangun je pagi tadi, dia dah berselimut, botol susu dah kosong, segala periuk sudu mangkuk dah naik atas sofa. Mungkin mrABi yang kemaskan.

Aduhaiii... anakku.

~)@ Malam ni aku ada dinner, cikOni tinggal dengan pengasuh, hopefully aku tak berapa nak ingat kat dia sangatla, kang tak lalu nak makan pulak.

15 comments:

Zaidah said...

macam nak masak untuk sahur...bangun pepagi....memang menguji kesabaran cik oni nie...pandai memasak nanti tu

Bonda QWP said...

nanti boleh lah bonda wiya rasa masakan oni tu ek?? mesti sedap kan.

Mama Kembar Tiga said...

alahai comeinye dia... masak apa agaknye yer? hehe

rasp said...

so cute pe'el dia..
dah besar nanti, rajin2 tolong ibunya ya...
enjoy ur dinner!

Nida n' Hanafi said...

Ni mesti ikut jejak ummi dia masa kecik ni....

qellissa said...

bleh jd chef cik oni ni..siap ammm sendiri masakan dia...
g dinner kt ner cha? tapau kan i tau..hihihi

Iman's Umi said...

Awalnya masak, cik oni masak sahur ke?

Unknown said...

alahai oni..!!!sian umi aoni!!

ch@ said...

kakZai:
bagus juga, esok² umi dia dah tak payah masak tuk sahur. dia je yg masak.

bondaWiya:
boleh². semanya jadi masin.

kakNani:
boleh la jadi calon menantu kakNani nanti. hahaha...

rasp:
amin, besar harapannya. makan free, cikOni takde, happeningla.

kakNida:
mama kita kata, tak ikut pangai kita pun, sebab kita kekecik pemalu. tak aktif.

Qellisa:
jadi chef kek coklat, boleh ada kedai kek sendiri.
dinner kat royal bintang, haha nak tapau apa eh?

umiIman:
sahur wak. dia soh umi dia ganti posa.

mamaRifQy:
tak payah kesian wak, dah biasa.

Unknown said...

allalaaaa....comelnye cikoni yg masak rupanye...ingatkan mama die..uhuhu..kelakar la..(harap Batrisya nanti xde bgn gak masak cam nak sahur)

Hanim said...

biassa lah tu cha..akak dah merasa masa abg kimi dulu..nasib baik balqis tak mcm tu..tapi sekrg pun selagi belum kul 12tgh mlm @ 1 pg mmg akak tak tido lagi...

:: Mrs.SyahNia :: said...

hebatlah cik oni
nsb baik cik oni tak
mraung2 suh ummi dia msk skali
hehe

ch@ said...

kakWardah:
emak dia masak dlm mimpi je kak. Batrisya sok, kita tunggu dan lihat je la.

kakHanim:
time tu mmg kita tak tidur lagi, dia pun tidur. elok kita masuk tidur, tang tu la dia celik.

Ain:
ooohhh tiiidaaak!

Shiqa Nawar said...

'ammmm.... cedap ny' kata oni.. nsib baik dia x ajak akak masak sesama. lau x ngantok gak nk mlayan. puas main pndai dia mnum susu. oni oni... memng pintar

ch@ said...

shiQa:
dia tau je mana letaknya botol susu dia tu, dia cari sampai dapat. botol susu kosong pun dia boleh hisap buat tido.