Friday, 24 September 2010

Akhirnya kami berpisah jua.

Hari terakhir tuan kenari di opis ini, akhirnyaaa... dia mengambil keputusan untuk pergi jua setelah sekian lama aku mengekorinya sejak tahun 2002.

Aku dan pnIzma satu bumbung opis yang sama, duduk sebelah je.

Macam mana aku nak lupakan dia dari ingatan, sedangkan jasa baiknya lebih banyak mengatasi perangai kurang baiknya? macam mana aku boleh lupakan dia sedangkan dia sentiasa memberi idea, ilham, nasihat mengatasi kata-kata pedas yang memeritkan telinga? Macam mana aku harus lupakan dia sedangkan aku pernah duduk sebumbung, sekatil, sebantal (tak sengaja, tidur lasak), sebilik dengannya mengatasi pengalaman hidup aku yang masih baru diperantauan?

Aku dan pnIzma di TeamBuilding kali pertama aku menjointkan diri ;)

Owh, tidak terhitung jasa dan budimu dengan wang ringgit, dengan segala material, dengan segala intan berlian, tapi kalau aku bagi mesti nko terima dengan lapang dadakan? haha.

Terima kasih kawan, terima kasih kerana memperkenalkan diri menjadi kawan aku, terima kasih kerana sentiasa cool dan sabar melayan aku yang banyak sangat songeh dan sengalnya kekadang tak berapa nak betul ni (kan kepala aku pernah terhempas) ngeee...

Aku dan pnIzma, masa belajar dalam satu kelas yang sama.

Aku dan pnIzma menerima diploma, pernah memakai baju mama semasa majlis pertunangan aku. Mama aku sentiasa mengingati dirinya.

Sungguh biarlah nko kat mana-mana pun, biarlah nko memang nak melupakan aku pun, biarlah nko memang nak duduk jauh dengan aku pun, biarlah nko nak kutuk aku apapun, biarlah nko nak kata aku apapun, biarlah nko nak lupuskan aku skali pun, aku tetap ingat akan nko sampai bila-bila. Aku tetap di sini ingat akan budi dan jasa nko yang terlalu banyak kepada aku, aku aja kekadang lupa diri. Hehe. Aku tatap akan ingat akan laptopmu yang menjadi pojaan hati ku.

Aku dan pnIzma berkumpul bersama rakan ILPKL.

Cukupla untuk setakat ini, sebab memang tak cukup satu entry kalau nak buat pasal nko, ini baru je intro, belum masuk part-part kita sama-sama belajar, sama-sama duduk serumah, mau 10 entry. Semoga nko terus bertabah dan berjaya untuk masa akan datang. Semoga nko dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Semoga nko terus bergembira pnIzma, pnYasturainee Izma binti Abdul Wahid, terima kasih boss.

Sampai kita berjumpa lagi. Kenang kenangan kita dalam setiap doa, aku sentiasa mendoakan nko kawan. Masih terkenang nasi goreng Bandar Kinrara.

~)@ Tinggalla aku... tinggalla aku wakil Melayu dalam teknikal ni. Tidak lama lagi aku akan menyusul. Tunggu... ngeee! sayangkan boss tinggal-tinggalkan. Ekeke.

8 comments:

qellissa said...

like ur quote..syg boss tggal-tggalkan..coz x penah dgr lagi ayat itew..hahaha

♥SyilaSyira♥ said...

bestnya org2 di keliling cha...

mekchu said...

wah.. ingat sape la yg berpisah.. semoga pn.Izma lebih gembira lepas nih..

Diyana said...

kebahagiaan dlam perpisahan..shair yg kata.;). cha, bila akak tgk lama2 muka cha kan..ada iras member akak.nmpk sebijik pun ada..hehe.cha org negeri smbilan ke?kot la bersedara dgn member akak tu..;P

PnIzma said...

alamak aiii.. tacing sungguh entry ini, huhuhu.. semoga nko juge bertabah la tinggal sorang nanti ye.. segala ilmu yang dah diturunkan tu, jangan disia2kan.. kalau dapat boss baru, jangan la dibuli boss baru itu, kesian die..

ch@ said...

Qellissa:
base on, sayangkan anak tangan-tangankan. jadi? itu boleh jadi jugakan?

kakSyila:
kalau boleh memang kita nak menghargai semua orang. kawan-kawan maya pun best.

mekchu:
suspen ke? kita pun berharap macam tu.

kakDonut:
cikOni suka lagu tu, kita kan ada 7 wajah seiras, kita jati Johor kak. kawan je yang ada di negeri sembilan tu.

pnIzma:
apa salahnya buli boss baru untuk sesi suaikenal :p

:: Mrs.SyahNia :: said...

pn.izama ke mana kak??

dah2 jgn sedih2..
t syg bos baru plak yea..hihihi

ch@ said...

sudah mendapat yang lebih baik, harusla pergi untuk jangka masa panjang. tidakla sedih, sebab zaman dah canggih. boss baru? akak la kot... haha.