Friday, 16 July 2010

Shihlin

Episod makan² kembali, muahaha. Saje.

Akibat ke'mengantuk'kan dan kesejukkan yang tahap kritikal, maka dengan senang hatinya tempat makan di'decide' oleh pnIzma, nak makan yang light² katanya, ye aku tahu sebab aku nampak dia makan nasi lemak pagi tadi.

Murni, tapi aku tidak mahu kerana kedai itu terlalu ramai pelanggannya, hingar. Aku mahu suasana yang aman damai. OneUtama, kita makan Mee Sua. Katanya.

Apakah itu, bagi aku yang terasa asing dek telinga mendengarnya. Rasa tertarik sebab kaki dah tak sabar nak melangkah keluar dari peti ais ni. Sejukkk.

Jom, jom. Setiba di tempat kejadian. Kedai yang agak sempit ye, kena bertolak ansur. Ooo keropok lekor sedap ni. Haha, aku bagi gelaran itu dengan tak pasal².

nikmat dapat soya wei...

Hanya ada dua jenis air aje ye, mineral water dan air soya, nak yang lain, sila ke kedai sebelah.

sudah selesai...

Ampunkan aku ye, aku punya menu Happy! Ricebox Set, hah! bestkan namanya, happy pun aku makan. Gambarnya ada tadi, tapi...tak boleh nak open that file. Kesilapan teknikal. So, tayang pinggan licin je la.

Handmade Oyster Mee Sua

Puan Izma punya, Handmade Oyster MeeSua. Rasanya? huiii pedas sampai capang² telinga aku berasap. Padahal aku rasa sesudu je. Aku kagum dia boleh habiskan semangkuk dengan kepedasan, kehangatan MeeSua ni. Cayalah. Tapi... memang super sedap.

So ada sesiapa mahu try, cuba dan test? bolehla melawat OneUtama sambil cuci² mata :). Untuk menambah pengetahuan, tilik la Shihlin ni terlebih dahulu ye. Berpatutan dan sedap.

Aku bawak balik potatoes pedas buat kudap². Huiii lepas ni nak beli yang tempura pula. Tempura ni la yang aku panggil keropok lekor. Hehe. Oooh ya, Shihlin mempunyai sijil Halal ok.

~)@ Habislaaa dok makan sokmo. mrAbi belum tentu nak cuba makan niii.

6 comments:

Iman's Umi said...

Erk nampak sedap[ giler meesua tu...tp pedas ek? Tp gmbrnya sudah menunjukkan kesedapannya. Belanja kita semangkuk bole? (buat2 senget kepala merayu)

ch@ said...

@IMAN'S UMI
~ boleh no problem punya, saya makan nasi takla pedas sangat.

Pn Izma said...

pedas tu kalau letak sambal die.. kalau tak, ok je rasa die, macam rasa kicap2 campur oyster sos.. yummi!

ch@ said...

@Pn Izma
~ aku tak nampak pun nko letak sambal dia, tapiii mmg sedap la wei.

Anonymous said...

Aslmkm ch@.
Sukernya 'food outlet' tu sbb dpt promosi percuma! :)

ch@ said...

@DDrfauziah
~ waalaikumussalam kakG, haha... kan? lagi best kalau ada orang belanja ;)