Berakhirnya Piala Dunia 4 tahun sekali.
Aku melayan perlawanan terakhir antara Sepanyol dan Belanda bersama cikOni. Memang sudah aku duga Sepanyol akan menang besar pagi ini, aku bukan penyokong kuat Sepanyol pun, haha just memeriahkan suasana aje.
Boleh pula biji mata aku tak mahu lelap pagi ini demi menonton perlawanan. cikOni la paling bersemangat dengan bola orennya. Minah ni memang tau, dia dah puas tidur sepanjang siang, sepanjang malam dia berjaga pula.
Puas juga aku berebut remote astro, kalau tak memang dia la conquer tv tu.
Permulaan permainan kedua pasukan sama hebat, serata je sana serang, sini serang, sana naik, sini naik, sana turun, sini turun, formasi apa² pun aku bukan ambil port, yang penting aku nak tunggu siapa la penjaring gol yang akan dikenang. Ceh!
Akhirnya masa habis tanpa gol, huhuhu penalti? oooh tiiidaaak aku sendiri macam tak mahu dorang buat penalti, nasib menyebelahi Sepanyol apabila pada minit 116 (masa tambahan) encik jejaka boleh tahan kacak Andres Iniesta menjaringkan gol selamba kodoknya.
Huiii riuh sekejap, yeahhh sejarah bagi Sepanyol apabila memenangi piala dunia buat pertama kalinya dan yang pasti si pembawa kemenangan menjadi lebih mahal harganya.
Tapi yang aku syok sekali adalah melihat kekentalan mereka bermain, bertahan, huiii kalau dah memang itu punca rezeki kan? main sampai ke titisan terakhir. Semangat cintakan negara.
Tak lupa juga seronok tengok encikCarlesPuyol melayang-layangkan rambut beliau yang menawan itu. Haha, tayang rambut pun tetap mantap bermain wei...
Dan yang paling seronok apabila kad berwarna kuning dilayangkan sampai 14 keping membawa aku memakai baju warna kuning pada hari ini. Hanya 1 sahaja kad merah. Hrmmm...
Mengharukan apabila encikIker Casillas menangis teresak-esak, wuhuuu kejayaan milik kita katanya dalam hati, huiii itu la penjaga gol yang paling utuh semangatnya. Kagum².
Tamat sahaja perlawanan, cikOni dah pun lena di hujung kaki aku, hahaha... see senang betul dia tidur. mrAbi pun balik sebaik sahaja aku meng'off'kan tv. Dia tengok dengan kawan²nya la baru happeningkan?
~)@ Pssst ada macam pengulas sukan tak? wahaha, tidur setengah jam je wei, tak sempat mimpi apa pun tu yg semua benda pun lekat kat kepala.Oooh dimanakah pasukan German ku??? okla tempat ketiga, tumpang seronok je...
10 comments:
Pttla...mmg sebijik pengulas sukan
kakak wiya kul 2 dah bangun..start je perlawanan dan minit ke 10 kalo tak silap, dia dah lena balik...hahaha..
weeii..berjaga anak beranak tu...
hebat3...
tak sangka betoi teman..
heee..
cayalahh..ch@....
jgn tertidoq kat tempak koje dah lah nantinya..
haaa..
@IMAN'S UMI
~ hahaha...syok², rasa heaven je pagi ni gi keje, jln tak jammed.
@bonda wiya
~ cikOni mmg tak tido, dia main tido² ayam je, bgn tau je kita bgn dia pun ikut bgn juga. tu yg sudahnya sampai ke pg :)
@LanaBulu
~ ngeee...takat ni blm rasa nak tido lagi PakLan, mmg ssh tido siang kita niii.
kenapalah holland tak menang. sedih betul.
@Rara Nasiha
~ kena ingat, bola itu bulat. nasib pun ya juga :)
selama temasya nih berlangsung.. pakcik tgk hanya 2 perlawanan je tu pun pakat tkr2 channel .... sbb masih di awal malam....
kurang minat.. maklong la... dah tua..huhuhu
@dotblogspotdotkom
~ makcik tengok tang German je, haha tu pun skip 2 perlawanan. tak tengok deme kalah pulak.
Post a Comment